Borak-borak Zaki Khan Siri 12

8 Ogos 2011 bersamaan 8 Ramadhan 1432

8 Ogos 2011, meningkatlah umur saya menjadi semakin tua. Apabila semakin tua, semakin lah menghampiri mati, jadi tak elok lah rasanya saya terlalu suka apabila tibanya hari lahir, cukuplah dengan rasa syukur kerana masih hidup dan diberi peluang untuk beribadah lagi. Dikesempatan ini, saya ingin memohon kemaafan sekiranya penulisan saya ada menimbulkan rasa tak senang hati sesiapa dan ingin mengucapkan terima kasih kepada anggaran 480 orang yang memberi ucapan selamat hari lahir sama ada di facebook, handphone, bersua muka dan sebagainya.

Kursus Kecergasan 2024

Kalau ditanya, apa pencapaian yang saya dapat sepanjang setahun yang lepas, saya tak tahu hendak bercerita daripada mana. Antaranya, saya berjaya membuat blog Zaki Khan ini. Blog ini bermula sepenuhnya pada bulan Disember 2010. Kalau ikutkan idea asal yang saya pernah timbulkan 4 tahun lepas adalah membuat 1 platform kecergasan pertama alam maya di Malaysia. Disebabkan pelbagai masalah, kumpulan asal yang merancang membuat platform ini berpecah. Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing.

Akhirnya saya memulakan dengan blog ini bercampur dengan idea platform tersebut dan alhamdullilah mendapat sambutan. Syukur kerana ada pelajar sains sukan yang menjadikan blog Zaki Khan ini sebagai rujukan. Syukur kerana terdapat pelbagai golongan profesional yang mengikuti blog ini walaupun bahasa tidak begitu indah. Syukur kerana pelbagai lapisan dan golongan masyarakat yang menjadi pembaca setia, daripada ahli bina badan sehingga ke perempuan-perempuan. Terima kasih semua atas sokongan. Hari ini topik santai je. Saya nak berehat hari ini.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

12 thoughts on “Borak-borak Zaki Khan Siri 12

  1. Abg Kidd Rock says:

    selamat hari jadi tuan, semoga bertambah murah rezeki dan sihat sentiasa..amin

  2. selamat Hari Lahir …tuan…err …mlm ni ade nasi brani ke kat fire gym.
    info Blog tuan boleh dijadikan modul bhg senaman kat sekolah.
    Teruskan usaha yg murni ni.tq

    1. terima kasih. nasi beriani kat rumah je ari tu. x bawa ke gym. 😀

  3. Selamat hari jadi.. semoga dapat berjasa dan memberi pelbagai ilmu kepada semua.. lagi 2 hari dari date posting Borak-borak Zaki Khan Siri 12 giliran saya pula pula tambah tua. 🙂

  4. terima kasih dato’ kerana sudi bekongsi ilmu, me”reply” email2, memberi nasihat dan tunjuk ajar dr masa ke semasa.
    TQ dato’

  5. nur_fatihah says:

    epy besday dato~

  6. Selamat myambut peningkatan umur Dato, Smoga pjg umur, murah rezeki & dapat mcurahkan ilmu dlm blog ini slagi mampu, sbenar nya ramai kekwn mcm x caya ada blog sbegini…ilmu sbegini sukar d perolehi tapi Dato dgn mudah memberi, memberi dan terus memberi ilmu yg ada. Thanx Dato. Happy Birthday…Happy Birthday…Happy Birthday sekali lg.

Leave a Reply to Tergagah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: