Borak-borak Zaki Khan Siri 14
Menghampiri setahun menulis blog Zaki Khan ini. Terus terang saya kata, semakin banyak saya tulis, semakin banyak saya tak tahu. Maksudnya, semakin hari semakin banyak benda saya belajar. Belajar tak pernah habis. Hampir setiap hari saya membaca jurnal.
Boleh dikatakan 60 hingga 70 peratus adalah hasil penulisan saya. Manakala ada juga saya olah daripada definisi, takut lari daripada maksud sebenar. Ada juga saya gabungkan daripada beberapa sumber. Ada juga yang saya akui, saya baru belajar disebabkan ada yang tanya. Tetapi jika benda baru, saya akan cuba ambil masa untuk fahamkan, baca beberapa jurnal yang bersangkut paut. Baca kajian-kajian, juga bertanya pada yang pakar. Terima kasih pada yang tanya soalan-soalan pelik yang mana saya sendiri pun tak pernah terfikir.
Alhamdullilah banyak juga yang mendapat kesan positif daripada apa yang saya tulis.
Antara yang saya tengah lakukan, saya tengah cuba sediakan seorang (Amran) untuk kategori super heavy. Jika boleh, saya sasarkan dia keluar bertanding pada berat 130 kg. Berat Amran sebelum bermula sekitar 70 kg, selepas raya, 102 kg, dalam masa 2 minggu mencecah 111 kg. Saya mensasarkan dia mencecah 160 kg jika boleh. Saya akan cuba muatkan cerita ini dalam entri khas nanti, Project A for Amran ZK.
Amat menantikn projek a for amran….Tgh bt saiz skrg…
ermmm..cepat peningkatan berat badan dia dato..berat otot ke berat lemak..apa kata plak klu dato wat plan nak turun berat badan..projek b plak..huhu
project b for bard. :D. berat mass overall. naik agak sebu dulu peringkat awal ni. mustahil naik 9 kg otot dlm masa terlalu singkat tu.
blog ni memang terbaik lah dato’ terima kasih sebab bagi consultasi online kat saya, dah byk perubahan kat saya sekarang ni.
jika dah menjadi nanti, post la gambar before n after.:)
insyaAllah dato,
salam bro.adakah bro yg sy jmpa masa g gym tempohari di mana bro kasik balik rm4 akibat ingt sy ni regular customer, sedangkan sy ni dpt privilage as a student?hehehe. btw this is super cool blog.i juz knew the essential of taking frequent meal but nice portion of 40,40,20.tqvm!!! 🙂
itulah amran yg sedang disetting utk cecah 160kg ni. 🙂
hehe ok bro.all the best!!!lpas ni train sy plak huhuhu :p
terbaik dato!!!! ini lah blog kesihatan yang paling bagus yg penah saya jumpa!!!!
saya pun kebanyakannya merujuk dlm blog Dato ini… setakat ni smnjak 2 bulan 2 minggu main scara intensif dan betul (ikut panduan Dato)… ada perubahan positif dah… masa start hari tu berat badan saya 92.4kg, otot jangan cakap la…sinisana “otot” lemak…bulat n gendut habis, perut pun bunCH…skrg dah turun ke 87.5kg… bahu,bicep,tricep n chest nampak perubahan otot, 6pack blm nampak tapi sasaran saya hingga bulan september2012… smua saya rekod dlm blog saya…kalau dah capai sasaran 80% baharulah saya link dengan blog Dato…
Apapun, trima kasih banyak2 Dato…
Assalam. Tahniah blog DKH byk manafaat.Dengan ketinggian 5′ berat 72 kg saya rasa trlalu gemuk. Saya dh mula exercise guna treadmill selama 2 bulan selama 30 minit 4-5 kali sminggu, tetapi tiada perubahan. So, bagaimanakah cara nk guna treadmill yg betul utk saya dptkan berat bdan yg ideal. Harap Dato’ blh bantu. TQ vry much.
treadmill sahaja sgt slow, tambahkan dgn latihan bebanan