Borak-borak Zaki Khan Siri 21

Selamat Tahun baru 2020 kepada semua pembaca yang mengikuti blog ini. Saya akan kurang menulis sejak akhir-akhir ini, akan tetapi saya meletakkan azam 2020 ini untuk menulis sehari 1 artikel. Harap boleh tercapai.

Sepanjang 2019, saya gagal mencapai sasaran menurunkan lemak ke 8 peratus. Paling rendah pun 11.9 peratus. Ada banyak pencapaian dalam sukan Strongman, antaranya bergelar juara dalam pertandingan Labuan Strongest Man 2019. Bagi saya ianya satu kemenangan yang manis walaupun selepas itu tewas di peringkat dunia.

Pertandingan SCL World Championship di Kolkata, India merupakan pertandingan paling mencabar saya pernah lalui di mana peserta 1 kategori sangat hebat. Pengalaman ini mengajar saya, walaupun kita rasa diri kita laju dan kuat akan tetapi ada yang jauh lebih laju dan kuat. Ia tak melemahkan semangat saya untuk terus berjuang.

Saya bermula dengan kekalahan pada peringkat awal penglibatan saya dalam sukan Strongman sebelum mula mendapat tempat atas. Jadi saya anggap kekalahan ini sebagai cabaran untuk saya jadi lebih baik.

Bercerita tentang tahun baru, ramai yang meletakkan azam tahun baru seperti nak kurus, nak kaya dan sebagainya. Akan tetapi berapa ramai yang capainya? Antara penyebab tidak tercapai adalah azam yang tidak munasabah.

Ada yang letak azam turun 30kg. 1 angka yang besar. Azam berpandukan angka. Apabila gagal cecah dalam masa singkat, mula kecewa. Apa kata anda ubah azam lebih kepada mengubah tabiat. Azam untuk ke gim seminggu 3 kali. Azam untuk habiskan program 3 bulan. Azam untuk ikut kalori yang disasarkan. Azam berdasarkan angka lebih sukar dilaksanakan berikutan ianya sukar dikawal, akan tetapi kita boleh ubah habit kita.

Semoga anda berjaya dalam apa yang disasarkan.

Kursus Kecergasan 2024

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: