Borak-borak Zaki Khan Siri 4

Sedar tak sedar, dah masuk entri ke 75. Maknanya sesiapa yang baru masuk blog saya ini, ada 74 tajuk sebelum ini untuk dibaca. :D. Hari ini saya nak bercerita pasal orang kita, orang Malaysia, majoritinya saya kira orang melayu. Bila bercerita tentang diet dan senaman, ramai yang tiba-tiba menjadi pakar. Ada yang mengajar supaya jangan makan nasi, ada yang mengajar jangan makan malam, ada yang mengajar suruh makan buah sahaja seharian, ada yang tetiba nak menggantikan dr atkin, bila bercerita bab bersenam plak, ada yang mengajar, joging 8 jam sehari, ada yang mengajar buat kerja-kerja rumah, ada yang mengajar pergi main badminton dan lain-lain lagi. Di gym pula, ada yang tiba-tiba jadi doktor, mengajar orang menggunakan steroid dan sebagainya.

 

Kursus Kecergasan 2024

Inilah situasi di Malaysia, tiada undang-undang digubal untuk menyekat mereka-mereka ini daripada mengajar. Tiada undang-undang untuk menyekat ilmu-ilmu begini keluar dalam majalah-majalah. Sentiasa ada majalah yang bercerita, artis ini makan sehari sebiji epal sahaja untuk menurunkan berat badan dan pembaca yang kebetulan peminat artis tersebut mula mengikut. Sebelum ini Dato Azalina pernah usahakan untuk mengubal akta kecergasan, tetapi sebelum proses akhir pembentangan akta tersebut, beliau dipindahkan ke kementerian lain melalui gubalan dibuat Pak Lah. Melalui akta itu, hanya mereka yang berlesen sahaja boleh mengajar. Sayang sekali.

 

Saya ingat lagi ketika saya mula bermain pada tahun 2000 dahulu. Ketika itu, saya sangat gemuk. Tiba-tiba terpanggil untuk kuruskan badan. :D. Di gym sahaja, macam-macam ilmu saya dapat, orang ini ajar ini, orang itu ajar itu, ada orang suruh guna weight gain, ada orang suruh guna steroid, ada orang suruh berlatih begini, ada orang suruh berlatih begitu. Macam-macam ilmu bercampur. Rasanya ramai yang alami perkara ini. Akhirnya saya tak puas hati, saya terus sambung belajar dalam bidang berkaitan. Belajar fisiologi sukan. Ambil pelbagai kursus daripada pelbagai badan yang mengiktiraf jurulatih peribadi, aerobik, dan lain-lain. Sambung dalam terapi senaman. Saya belajar daripada pelbagai guru. Antara yang saya cukup hormat seperti Dr C.P. Lee, Dr Arvind dan beberapa lagi. Rasanya ramai yang mengenali mereka. Mereka adalah nama-nama besar dalam industri kecergasan ini. Lama juga saya berguru dengan mereka ini. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi mengajar saya.

 

Jika ditanya, apakah perancangan saya? Jika boleh saya ingin menyebarkan apa yang saya belajar selama ini supaya tiada lagi yang jadi seperti saya dahulu dan mudah-mudahan dapat membantu sesiapa yang memerlukan. Dahulu jika hendak mencari, apa yang ada semuanya dalam bahasa yang sukar dimana saya kira tak ramai yang memahaminya. Saya cuba memudahkan dalam bahasa melayu. Tak lama lagi saya akan cuba letakkan diagram-diagram latihan yang akan dirakam sendiri di sini, video-video latihan dan banyak lagi. Jika sempat dalam minggu ini, e-buku yang pertama berkenaan kebenaran tentang makanan tambahan akan dikeluarkan yang mana sedang dalam proses akhir menyusun sekarang. Semuanya percuma. Terima kasih banyak pada yang menyokong saya selama ini.

 

(Jika ada pandangan, cadangan, kritikan dan lain-lain, saya sudi mendengar)

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

35 thoughts on “Borak-borak Zaki Khan Siri 4

    1. Zaki Khan says:

      sabar. nak cantikkan sikit bahasa dia ni. xnak kluar bahasa blog je. 😀

      1. bahase blog pon ape salahnye..senang phm..hehe

        1. Zaki Khan says:

          haha. bezakan sikit la. nampak proper. :D. tp insyAllah senang faham gak. xde scientifik sgt

          1. alhamdulillah..itu yg nak denga tu..huhuu

          2. aah.. lebih bgus klu bhasa biase je.. mudah faham bg org kureng ilmu cam sye.. 😀

  1. kadang2 bnyk sngat petua smpai x tau nk ikut yg mana dan x tau nk bezakan yg mana yg btl atau slh

    1. Zaki Khan says:

      haha. bykkan baca journal

  2. Tanya pada orang yg arif,kepada org yang wat arif n pakar tu,no komen la,sbb tgk hasil dr badan dia pun,tak mcm pakar…sbb kt gym yg sy selalu pergi byk yang pakar2 ni..heheehhe

    1. Zaki Khan says:

      ada tempat ok. mcm kat area bandar2 ni ok skit kut. byk gak trainer yg kualiti.

    1. Zaki Khan says:

      harap dpt membantu sesiapa yg memerlukan. saya cuma menyebarkan ilmu yg ada base ngan apa diblaja selama ini dan berdasarkan pengalaman sbagai seorang terapi senaman

  3. Zaki Khan says:

    im not a competative bodybuilder. im just exercise therapist.

    kalau nak tgk bodybuilder, boleh check my partner, syukri the wheel, check kat fan page fb, bawah nama syukri

    http://www.facebook.com/pages/Syukri/107739019246161?sk=wall

    kalau link tu x boleh masuk, type syukri kat atas fb tu.dia merupakan partner saya merangkap kawan baik saya. video training n diagram2 training mungkin akan dibuat oleh dia nanti. nantikan. :p

  4. Coxn Azhar says:

    cadangan dato terbitkan buku tentang binabadan siap gambar latihannya sekali ewah..

    1. Zaki Khan says:

      kalau buku betul tu mungkin amik masa sikit.tp kalau gambar2 latihan tu, kitaorang akan shoot utk gambar2 tu bulan depan, dan akan dipamerkan di web ini, mungkin 1 page special utk tu. memudahkan bg yg baru, mungkin x faham istilah2 pelik training ni. apa tu deadlift, bench press dan sebagainya. apa itu latihan jeda, pliometrik dan sebagainya. bg yg biasa mungkin faham. tp yg baru2 ni, pening pale nak pikir. :D.nantikan, stage by stage masukkan

  5. Zaki Khan says:

    ada apa2 cadangan atau idea lg? atau komen? atau kritikan? atau apa sahaja?

  6. Zaki Khan says:

    bg menjawab persoalan yg hari2 org tanya pasal saya, adakah saya plu? gay? saya pun xtau apa maksud plu tu, dan sebagainya. disebabkan ada yg tgk di fb saya di zakifiregym@yahoo.com yg mana ramai kawan2 begitu. di fb itu, saya approve semua. saya berkawan dgn semua. x kira apa jenis sekali pun. tetapi saya lelaki normal yg meminati wanita. harap maklum. 😀

  7. terima kasih kerana berkongsi selama ini. byk yang saya belajar dari sini

    1. Zaki Khan says:

      terima kasih kerana memberi sokongan selama ini

  8. nurfatihah says:

    dato tak bgtau lg kan, umur berapa? hehe

    1. Zaki Khan says:

      haha. kan dah bgtau ari tu. 99 nak masuk 100.haha

  9. nice blog. love the zaki khan kembara. hope ada aktiviti and pengisian soon.

    1. Zaki Khan says:

      accually ada activity, cuma x sempat update lg. nanti akan cuba isi kalau berkesempatan. 😀

  10. tunggu ebook mcm tggu launching film tranfomer lak… x sabaQ cekk.. hehehe

    1. Zaki Khan says:

      haha. terima kasih kerana sabar menunggu.

  11. bnyk ilmu dpt dr blog nie…tq bro=)

    1. Zaki Khan says:

      terima kasih kerana membaca selama ni. :p

    1. Zaki Khan says:

      dari mana dtg isu mandul ni? 1st dgr soalan ni ngan lipo 6. biasa org tanya kaitkan ngan steroid. 😀

  12. hai saya bru sje jmpe blog ni banyak entry 2 menarik .banyak ilmu yang dikongsi.thanxs sekarang sye jus ikut pe yang sedare zk tulis .lebih padat n bersesuaian dengan cara hidup di negara kite.full credit 4 ZK

  13. Tahniah!
    Teruskan usaha. Buat macam bodybuilding.com tapi versi Malaysia punya. Hebat2 🙂

  14. salam alaik..maap tuan..kdg2 sy copy paste artikel tuan nie taruk dlm fb..tp sy letak gak sumber..dari zakikhan..hehehhe..blh yer tuan..

  15. salam perkenalan tuan,,,bole bagi tips sikit tak…dah nk masuk 2 tahun main gym tapi badan lambat naik,,,protien amek gak,,,ada apa2 nasihat yg boleh d jadikan panduan x??

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: