Borak-borak Zaki Khan Siri 8

Berakhir sudah kejohanan Mr Kuala Lumpur 2011 semalam pada 29 Mei. Seramai 84 atlet bertanding dengan 973 penonton di Arena Sukan Tertutup Majlis Olimpik Malaysia di mana ZK Dinamik Sdn Bhd @ Zaki Khan merupakan salah satu penaja untuk kejohanan ini. Saya sendiri merupakan salah seorang pengadil untuk kejohanan.

Booth Zaki Khan

Kursus Kecergasan 2024

Zaki Khan menghantar seramai 4 orang wakil. Dengan persiapan ala-ala, tidak menjadi juara tetapi semua mendapat ranking. Kategori remaja bawah 70kg tempat ke 5, kategori fly tempat ke 3 dan kategori heavy tempat ke 2 dan 3. Saya akan masukkan cerita penuh pasal kejohanan Mr Kuala Lumpur 2011 dalam entri akan datang. Tahniah kepada Kumar kategori light heavy yang berjaya merangkul gelaran juara keseluruhan.

Sebahagian wakil Zaki Khan yang bertanding

Di samping itu, ZK Dinamik membuka 1 booth yang diserbu ramai sehingga tidak menang tangan mereka yang menjaga booth tersebut. Terima kasih diucapkan kepada team Zaki Khan di booth. Juga terima kasih untuk pengacara majlis yang juga dari team Zaki Khan. Pengacara ini masih baru, jadi kalau ada salah silap, atau mungkin mendatar sahaja, minta maaf lah.

Pasangan bahagia Isa dan Ira di booth Zaki Khan
Kumar juara keseluruhan
Saya menjadi pengadil

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

12 thoughts on “Borak-borak Zaki Khan Siri 8

  1. Tahniah tok peserta zaki.khan…best tngok diorg nya body….mantap…

      1. Ada…..diri agak dpn gak…..

  2. xde lagi ke pic2 jaguh2 mr. kl ..

  3. tahniah pada yg menang. x sempat nak g tgk. huhu

  4. terbaik atlet yg bertanding

  5. Kumar tu main gym area maner..?

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: