Bunyi ‘Pop’ Pada Sendi

Ramai berpengalaman buat squat dan dengar bunyi ‘pop’ pada lutut sehingga takut untuk melakukannya atau mencipta alasan daripada melakukan squat? Tapi yang pelik, bila bunyi ‘po’p di bahu masih lagi melakukan bench press. :).

Kebanyakan bunyi ‘pop’ boleh dikategori sebagai crepitus atau bunyi-bunyian di sendi. Ia adalah disebabkan cavitation. Saya tak jumpa perkataan yang sesuai untuk menggantikan cavitation. Cavitation berlaku disebabkan perubahan tekanan yang membenarkan karbon dioksida menyerap ke dalam bendalir atau sinovia di sendi yang mana akan keluar dalam bentuk buih gas. Apabila sendi ditutup dengan cepat, ia menghasilkan bunyi pop atau bunyi keretakan. Ia boleh berlaku di sendi-sendi lain seperti yang biasa kita buat, di jari. Tarik dan letupkan. Jangan amalkan tarik dan letup itu. Tidak elok untuk jangka masa panjang.

Kursus Kecergasan 2024Secara teorinya, ia akan mengarah ke arthritis tapi belum ada kajian yang benar-benar buktikannya. Ramai yang mengalaminya dan tiada masalah berdepan dengannya sehingga ke hari tua. Tiada gunanya mengambil glucosamine untuk masalah ini. Ia tidak membantu.

Jika pergerakan yang menghasilkan bunyi itu menyakitkan, ia masuk kategori yang lain. Ia mungkin disebabkan permukaan bawah patella atau penutup lutut berlaga dengan hujung tulang femur di peha. Keadaan ini boleh menyebabkan rawan atau cartilage lembut dan koyak. Kehilangan rawan ini boleh menyebabkan sakit di bahagian lutut terutama apabila melibatkan pergerakan mendaki tangga, duduk, bengkokkan lutut untuk jangka masa panjang dan kondisi-kondisi lain. Boleh ambil glucosamine sebagai pencegahan tetapi bukan jaminan cegah secara keseluruhan.Seeloknya betulkan kembali alignment badan dan lakukan senaman untuk kuatkan kembali lutut. Antara yang perlu dibetulkan termasuk mobiliti buku lali dan pinggul.

Apabila masuk kes begini, anda perlukan terapi fizikal dan dalam kes kritikal mungkin perlukan pembedahan. Terdapat juga kes-kes lain yang mengakibatkan bunyi ‘pop’ dan seterusnya menyebabkan bengkak, kebas dan sebagainya. Keadaan ini boleh dikategorikan sebagai kecederaan sukan. Dapatkan bantuan perubatan untuk pengesahan.

Chapter 428.1

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

110 thoughts on “Bunyi ‘Pop’ Pada Sendi

  1. Saya juga mengalami masalah begini apabila berlari dan membuat calf raises. Saya juga mengalami sakit lutut dan sentiasa bunyi ‘pop’ apabila ingin membuat stretching. Adakah ada langkah lain untuk menangani masalah ini ?

    1. boleh try buat streching utk piriformis dulu. tgk ada perbezaan x

      1. betulkan juga hip joint, knee joint. sy belum berkesempatan utk share cara betulkan. insyAllah coming soon.

      2. Salam cik sy nk tye la.. td msa main touch rugby ..sy terjatuh smsa mgjar pihak lawan …msa jtuh tue sy xsure smada ltut sy bunyi pop or terus menangkap area peha…msa mula2 mmg pksa jelah trainning ble nk balik mmg xley bgkok sgt kaki…aftr lma2 skit sy trus pksa wt pgrakan dgn bjln ..
        La n sy try blari tp ad bunyi pop…ap patut sy buat

          1. Assalamualaikum dato saya nak tanya Lutut saya meletop terus jatuh tp selepas beberapa hari saya masih bole bjalan seperti biasa tapi kene wrap lutut jika tidak saya bjalan mcm tmpurung lutut lari ke kanan adekah serius kecederaan lutut saya??saya masih bole membengkok mengangkat berjalan

          2. wslm. jgn paksa diri berjalan. makin lama makin teruk. g jumpa doctor tu.

      3. Mohd khairul says:

        Salam…sy mengalami lenguh di ats tengah dada,bila mendongak kepala sehingga dada kedepan akan berlaku letupan kuat pop!apa masalah?tq

        1. Zaki Khan says:

          wslm. mungkin salah 1 sendi bahu lock. ada 4 sendi bahu secara am. ada 1 ikat di bahagian tulang clavicle atau selangka.

  2. hi dato,sy baru start exercise buat cardio je treadmil,recently lutut sy sgt sakit,knp ye?

  3. Salam dato.
    Tiap kali saya buat squat mesti ada bunyi “click” kat lutut kiri. Lutut kanan tak ada lak bunyi tu. Tapi sakit tak ada. Bunyi je. Boleh terangkan tak? Trimas.

  4. assalamualaikum dato.ade masalah area shoulder.memang bunyi pop tu ade.sendi mcm belage je.kalau maen fly mmg terase sgt sakit tu.mcm mane ye dato?

    1. wslm. boleh try buat mobility streching utk joint shoulder. tp ia xkan terus hilang. kena kuatkan otot sekeliling termasuk rotator cuff.

  5. de kangaroo says:

    salam..sy de masalah tumit…bila pijak terase sakit..tumit kiri..kanan ok je..start kena bile sy bsukan..warming up n cool down da wat da..tp lps sy duduk jap, bgun blek mmg xley nk pijak..nape ye…sy try sapu menzza cm doc bg..tp cmtu je..xde prubahan..sy jog..ms jog ok je..sy ley pusing balapan 4-5 kali…tp ble nk bgun blek lps duduk sbntar, mmh xley nk pijak..how? tumit kiri jela yg problem..yg kanan ok la pulak..cmne ye..huhu..

    1. ada 2 possibility, thighness disebabkan mungkin kasut, mungkin tapak semasa bersukan. mungkin boleh dibetulkan dgn terapi. tp mungkin juga perlukan medical attention. dptkan pengesahan dulu.

  6. mohd zaki says:

    salam dato. mcm mana dengan siku? adakah sama. apabila buat push-up, kedua2 siku saya rasa mcm tulang `bergesel` tapi tak berbunyi dan tak sakit pon..

    dan satu lg, masalah sy jugak sama dgn DE KANGAROO. tapi tumit kanan, bila jogging n berlari ok. problem bila berenti dan duduk lama akan rasa sakit..lebih2 lagi bagun tido pagi dan pijak rasa sakit..lps 2-3 min baru ok, lpas mandi bleh jln cm biasa..

    nak kata kasut mmg sy dh beli kasut khas utk running n joging yg mahal skit. tp x mmbantu. ada kemungkinan tulang tumbuh ke dato !!

    1. siku pun masuk kategori sama.
      ada kemungkinan injury di tendon atau ligamen.

  7. Salam,mak mempunyai masalah yang sama.Apa yan patut saya lakukan untuk memulihkan keadaan kaki mak saya.Adakah saya patut mengurut kakinya.Sebenarnya mak saya ni kaki dia kecil tetapi badan serta betisnya besar.Harap ZK boleh bantu saya.

    1. boleh cuba kuatkan quad, hams dan calf tapi tiada jaminan akan hilang sepenuhnya.

  8. Salam. Sy mengalami bunyi pop d jari2 tgn trutamanya ibu jari n jari tengah.. sy boleh bunyikan byk kali n x sakit.. ketika berjalan pula bhgn kaki sering bunyi pop. Hampir selalu berlaku.namun xda kesakitan. Adakah ini masalah penyakit? Atau ada punca lain? Ada cadangan utk hentikan bunyi pop ini? Sbb rasa x normal.

    1. benda yg sama, disebabkan gas co2. kalau boleh jgn amalkan letup2 jari tu.

  9. Assalammualaikum Dato’ , saya berlatih memanah 2x seminggu.tetapi setiap kali saya tarik tali bow dari step 3(paras mata) masuk ke step 4 (bawah dagu), bahu saya rasa seperti ada tulang bergesel.adakah ia satu masalah?kemudian apabila saya lepaskan tali tu, akn bunyi meletup.bagaimanakah saya harus mengatasi masalah ini? Harap Dato’ dapat memberi jawapan dgn terperinci krn saya x tahu sgt berkaitan sukan.

    1. wslm. mungkin, overuse bahu utk buat repetative movement. utk sukan seperti memanah, asyik buat pergerakan sama. antara kaedah kurangkan kesannya, boleh massage, phisio dan lain2. ada juga training bersesuai.

  10. Salam..saya nk tanya, sy pnya buku lali berbunyi bila berjalan..ada cara ka nk bagi hilang. Bersukan sy x dak masalah tp ada la rasa sakit cikit ja.

    1. sebarang rasa sakit tu tak normal. kena check balik alignment kaki sampai ke pinggul. tengok sama tak. dari situ betulkan.

  11. Salam.. saya nak tny. sejak saya buat jump rope 4 minggu yg lepas kawasan lutut sy berasa sakit bila ditegakkan ataupun ketika nak sujud dan dudk antara 2 sujud. dan akhir2 ni bunyi pop tu dtg pulak bila nk sujud. apa yg patut saya buat?

    1. ada possibility kecederaan cartilage termasuk miniscus apabila melibatkan jumping. patellar tendinitis pun boleh. pergi check doctor untuk pengesahan.

  12. Aqilah hamid says:

    Salam,saya nak tanya sesuatu mengenai bunyi tulang yang saya sering alami..contohnya ketika rukuk waktu solat tapak kaki saya berbunyi seolah ingin patah..begitu jugak tangan..pada waktu lain contoh dari berdiri ke duduk..akan ada bunyi yang mungkin dari pinggang dan lutut seolah meletop sampai kawan dan saya sendiri terkejut..kawan2 saya takut dengar bunyi tulang saya dan kadang2 bunyi tulang yang saya alami 30% akan buat saya rasa sakit..apa perlu saya buat..

    1. wlm. kalau x sakit biasa x jadi masalah. tapi kalau sakit, kena betulkan. kalau di sendi, disebabkan perubahan pressure. tapi boleh jadi simptom arthritis juga tapi boleh jadi bukan juga. better check.

  13. NORDIN BIN ALI says:

    Saya ingin bertanya sesuatu apa masalah penyakit yg ada pada isteri saya dimana di pengelangan kaki kanan sering berbunyi krek apabila dibuat rengangan kaki. Mohon beri penjelasan dan apa ubatnya itu dan jenis penyakit itu. Tk

  14. Sy nk tanye dato’..apa yg patut dibuat utk kurangkan bunyi pop. Pd saya kerap berbunyi sebelah kanan lutut…waktu nak berdiri tegak setelah bangun dr sujud dlm solat.

  15. Salam dato’ ., adakah kaedah Bekam dapat mengeluarkan buih gas tersebut?

  16. IqbalShafiq says:

    Salam dato. Saya pernah mengalami kecederaan lutut masa bersukan (bolasepak) dgn bunyi ‘pop’ di lutut tapi sakit reda dalam sehari dua. Namun, lepas dari tu saya sering mengalami kecederaan yg sama sehingga satu hari bengkak di kawasan lutut. Saya ke klinik dan doktor terpaksa menyedut cecair bengkak di lutut saya dan alhamdulillah okay sikit. Tapi masalahnya, saya kembali bersukan dan masih lagi boleh mengalami kecederaan yg sama (bunyi ‘pop’ dan sakit) cuma tidak berpanjangan malah ketika solat juga kadang kadang boleh berlaku. Boleh dato berikan cara utk menghilangkan masalah ini dari terus berlaku supaya saya boleh bersukan tanpa rasa takut? Terima kasih.

  17. alfirzamunira says:

    Salam Dato,

    Saya sering mengalami bunyi pop ni pada tulang pinggul tengah kerana membuat senaman untuk rengangan untuk tulang belakang saya..Adakah bunyi pop ni menyatakan tulang saya rapuh atau bagaimana?saya juga sakit2 sendi di bahu, jari2 ..boleh Dato berikan sedkit pandagann …Boleh dato berikan cara utk menghilangkan masalah ini dari terus berlaku supaya saya boleh bersukan tanpa rasa takut? Terima kasih.

  18. MAHAZREEN BIN MOHD JAMIL says:

    salam…

    saya sering mengalami perkara ini..bila naik tangga dan semasa duduk dan saya sudah mengambil glukosamine tapi jika ambil ia akan baik akan tetapi jika saya x mengambil lutut akan berasa sakit semula… perlu ke?? saya buat rawatan atau terus mengambil glukosamine

    1. tak semua rasa kesan baik dgn glucosamine, jika ianya membantu, boleh teruskan.

  19. MAHAZREEN BIN MOHD JAMIL says:

    salam…

    saya sering mengalami perkara ini..bila naik tangga dan semasa duduk dan saya sudah mengambil glukosamine tapi jika ambil ia akan baik akan tetapi jika saya x mengambil lutut akan berasa sakit semula… perlu ke?? saya buat rawatan atau terus mengambil glukosamine

  20. salam..
    saya mengalami bunyi pop dibahagian belakang atas pinggul tiap kali kali melakukan senaman seperti ‘lying leg raises’..tapi tidak sakit…adakah bahaya dan tidak normal?terima kasih.

    1. wslm. sebarang bunyi luar biasa tak normal. walaupun x sakit, cuba check possibility alignment berubah mungkin.

  21. Salam datok,sy nak tanya,baru je semalam lepas saya bangun dri duduk antara dua sujud,tulang lutut saya mcm nk bunyi,tpi tersekat then bru saya kasi lepaskan bunyi.tpi kesannya lepastu terasa sakit dilutut kalau nak sujud dan duduk antara dua sujud,dan aktivi yg ade renggangan.apa yg saya perlu buat bgi hilangkan sakit ni?tq

  22. assalamualaikum. tulang lutut saya selalu lenguh dah berbunyi yang kuat setiap kali ingin duduk dan berpusing . lenguh yang teramat lagi kalau jalan yang banyak. untuk tulang pingang juga sama . kalau duduk dalam kereta lama juga lenguh sangat. untuk tulang siku lenguh sahaja tapi tidak bunyi . dia tak rasa sakit bisa cuma lenguh sangat.

  23. Assalamualaikum dato,

    Saya mengalamai acl blah lutuy kiri pada bulan 9 thn lps..cuma saya x melakukan pembedahan hny menjalani fisioterapi..cuma nye sejak akhir2 ini..apabila saya melakukan bicycle crunch pinggul sebelah kiri akan berbunyi..apakah yg perlu saya lakukan..saya ada memberitahu doc fisio tu cuma dia ada berkata mgkn effect dr lutut saya itu..dan menyarankan meneruskan senaman itu..

  24. Rusinah Anas says:

    Assalamualaikum Dato’.maaf jika salah tempat mengajukan masalah ini. Tapi mungkin dato’dapat memberikan nasihat atau kemungkinan kepada masalah ini.
    Begini dato’.ibu saya sedang sakit.semua tulang belulang terutama persendian dia sakit.tapak tangan pun sakit.
    Yang menjadi persoalan, sekalipun dia dalam keadaan berbaring, lutut dan bagian tangan, jari jemari seola-ola terkena renjatan elektrik.ada bunyi letup-letup macam tu. Ibu saya sebenarnya mengidap penyakit apa?
    Untuk pengetahuan dato’.ibu saya sudah pun mendapat kan rawatan doktor hospital@pakar. Tapi cuma dibekalkan kalsium dan ubatan lain. Tapi keadaannya sepertinya semakin sukar.
    Mohon penjelasan atau nasihat Dato’.
    Kalau boleh, emailkan saya apa permasalahan kesihatan yang dialami oleh ibu saya Dato’.

    1. betul dah di beri kalsium tu, tapi kena sertakan dgn pergerakan. aging, atrophy mmg akan sebabkan sakit sendi dan sebagainya.

  25. Muhd Bukhary says:

    Bila saya duduk memandu kereta lama sangat akan terasa tulang tungkin punggung sakit adakah berkaitan dgn slip disk?

  26. Assalammualaikum…sya pelajr berusia 21 tahun. Sya skrng mengalami rasa sengal2 di bhgian betis dan sakit apabila menekan labu betis. Kemudian setiap kali saya berjalan, bhgian kaki kiri saya pasti akan mengeluarkan bunyi “prap”. Hanya kaki kiri saya yang mengalami ssengal2 tersebut manakala kaki kanan saya ok sje… Terima kasih. Harap encik bleh beri pendpt?

  27. assalam…boleh share cara fisio terapi di rumah dgn ubat atau supplement bagi sakit lutut spt yg saya alami ini…drive lama akan berasa sakit,kerap meletup bunyi pop tapi x sakit,sakit di area kepala lutut…saya kerap bersukan

  28. Saimon Antakang says:

    Saya mengalami kecederaan lutut meletup. Saya susah buat x ray dan hasil dari x ray tiada keretakan atau pun koyak. Masalah sekarang lutut saya tidak boleh di lurus kan atau tegak. Mcmna cara utk merawat.

  29. Assalam ..
    Ingin saranan Dr Doc
    Akibat kemalangan tulang peha saya patah kiri kanan Dan tempurung kaki kanan hampir tercabut
    LigAment turut cedera
    Selepas 4 thn saya boleh berjalan seperti biasa namun kadang2 lemah
    Terutama ketika bangun Dari angkat barang Berar
    Kaki kanan kini tidak boleh lipat sepenuhnya
    Lutut sakit ketika berkerak Dan ada bunyi pop
    Perlukah saya melakukan pembedahan…

  30. assalamualaikum , saya nak tanya kuku lali saya selalu terasa berat dan rasa mau bengkokkan sehingga bunyi pop , sama juga di lutut terasa begitu sehinggakan kaki saya seperti tidak sama seperti kaki kiri lutut kedalam sedikit adakah berpunca saya sering bengkokkan ?

  31. salam DR..
    bahu saya akan berbunyi pop ketika saya pusingkan 90darjah lengan, tapi tidak menyakitkan..bagaimana cara utk hilangkan bunyi tu..bimbang utk jangka masa yg panjang akan mengakibatkan sakit

  32. Muhamad Zaki says:

    Salam Tuan,

    Saya Ada Masalah Jika DUduk Lama Atas Motorsikal. Apakah masalahnya. tuan ada menjalankan perkhidmatan untuk diagnose dan rawat tak untuk masalah mcm ni.

  33. Izza Sharmira says:

    Salam Dr,
    Saya prnah terjatuh dlm bbrapa thun lepas sbb terkehel, lutut saya jdi bengkak.
    Lepas bbrapa thun, lutut saya kerap berbunyi pop dan berasa sakit ,selalunya time saya berjalan. Adakah ini serius doktor?

  34. Nurul Nashyuha bt Abd Karim says:

    Salam ,semalam sewaktu saya bangun dari mencangkung lutut saya seakan meletup dan ada bunyi ‘pop’ dan sampai sekarang saya masih rasa sakit. Any suggestion?

  35. HAJJAH MOHIDEEN BIN KS IBRAHIM says:

    AS SALAM .KEDUA DUA LUTUT SAYA BERBUNYI.TAPI TAK SAKIT .ADA CARA UTK MENGHILANGKAN BUNYI LUTUT.BERAT SAYA 67KG .TINGGI SAYA 177CM.UMUR SAYA 45 TAHUN DULU SAYA RAJIN BERSUKAN .DAN SAYA JUGA PERNAH MEMBUAT PEMERIKSAAN LUTUTDAN MELAKUKAN IMBASAN SINAR XRAY.TETAPI ITU 4 TAHUN YANG LEPAS ADAKAH SAYA PERLU MERUJUK KEMBALI KE PAKAR ORTOPEDIK KEMBALI.

    1. bunyi x sakit biasanya mmg x byk yg dibuat. normal kes bila dah mula aging due to several factor.

  36. kalau lutut berbunyi pop dan tidak sakit adakah boleh berjumpa dokter

  37. Assalam dr. Sendi2 kaki dan pergelangan tangan kerap berbunyi klik apabila saya gerakkan secara tiba2 dan adakah itu normal?

  38. Hii salam nk
    Masa terasa sakit kepalaa
    Sy urut dbahagian leher ada bunyi krookkk…. Org kata itu bunyi angin.. Betul ke

    1. wslm. kalau boleh elakkan massage di bahagian leher kalau xtau. byk saraf di situ.

  39. Assalamualaikum tuan, masalah lutut saya sekarang ni tiba – tiba merasa ngilu dan sakit pada lutut. apakah yang berlaku pada lutut saya? sedangkan saya sudah lama tidak aktif bersukan.

  40. bahu saya kalau dirotate akan ada bunyi meletup dan kadang2 kalau duduk saja pun rasa lenguh dan sakit. kadang2 bila bangun tidur pun rasa sakit2 ,kenapa eh?

  41. assalam dr..saya nak tnya smalam kaki sya terpelecok..balik tubsya tuam dgn ais n ad refer dr..tp dr just bg ubat bengkak n than sakit..hari ni sakit tu ad brkuranganla tp still ad rasa sakit lg..cuma bnyi pop dekat area pergekangan tapak kki tu kerap..kenapa ye dr?

  42. As Salam, minggu lepas saya pusing lutut dgn mengejut dan bunyi pop meletup dan sakit kalau lipat kaki, dah jumpa doktor katanya masalah ligament, apa yg perlu utk ubat kes ni

  43. Salam tuan. Saya baru dapat call dari mak saya.. Masa dia sedang berjalan. Bunyi meletup di lutut kanan..dan terus mak saya tak boleh berjalan. Jika dia bangun dan cuba berjalan sangat sakit. Kenapa ya..apa yang perlu saya lakukan..

  44. Mohd Ezuwan Shah B Basir says:

    Assalam…. kelangkang kanan berbunyi kluk ketika angkat kaki ke atas secara terbuka kanan. Mohon pencerahan

  45. Assalamualaikum, boleh saya bertanya?
    Kalau lebam dekat paha, bengkak. Adakah patah? Atau otot sahaja cedera?

    1. Zaki Khan says:

      wslm. cuba ice dulu. ada mcm2 possibility.

  46. Mohamad Raziz bin Abu Hasan says:

    Salam tuan,saya jumping bila lending bawah lutut saya ada bunyi pop, lepas tu saya x boleh nk pijak lantai, apabila saya luruskan kaki dan picit2 serta tarik lutut ke dada dia akan ok balik, masalahya kerap berlaku sekiranya pergerakan saya x stable. Sakit x rasa fobia je walaupun nk gi jln mana2. Mohon pandangan tuan, doktor cuma bagi ubat tahan sakit,ubat sapu dan ubat saraf..

    1. Zaki Khan says:

      wslm. ada buat physio? jika berdekatan kl, saya cadangkan di yourphysio.

  47. Salam tuan,saya jumping bila lending bawah lutut saya ada bunyi pop, lepas tu saya x boleh nk pijak lantai, apabila saya luruskan kaki dan picit2 serta tarik lutut ke dada dia akan ok balik, masalahya kerap berlaku sekiranya pergerakan saya x stable. Sakit x rasa fobia je walaupun nk gi jln mana2. Mohon pandangan tuan, doktor cuma bagi ubat tahan sakit,ubat sapu dan ubat saraf..

  48. Lily Zainn says:

    Assalam tuan. Sy nak tanya. Sy pernah mengalami bunyi ‘pop’ di kepala pada bahagian kiri ketika sy angkat barang berat dari tempat tinggi utk diturunkan ke bawah. Ia bukan sekadar bunyi tp sakit ditempat itu. Sy pernah kena 2 kali. Ada kaitan ke dgn artikel tuan tulis diatas atau symptom lain? Mohon pencerahan. Terima kasih.

    1. Zaki Khan says:

      wslm. ini mcm kes lain. ada darah tinggi?

  49. Muhammad Nurshafuan says:

    Salam dato, saya ada mngalami nyeri bhagian pinggang selepas mngankat barang, juga terdengar bunyi seperti letup berlaku. Adakah sya diserang slip disc. Apa perlu saya buat sekarang. Mnx bntu tuan. Wasalam

    1. wslm. x semestinya. susah nak buat confirmation begini, kena jumpa doctor gak.

  50. Azlan ahmad says:

    Salam doc..sy nk tanya bahagian otot dada sy kerap bunyi krup’ contoh klw sy tido ka rehat ka untuk legakan sy tolehkan badan kiri dan kanan utk bg bunyi krup tu..baru sy rasa mcm lega sikit..sebab apa ya..mnx bantuan apa perlu sy buat ye..trima kasih

  51. Salam dr, saya nak tanya kalau saya pakai kan anak saya baju bayi 5 bulan. Ketika sarungkan lengan baju macam ada terbunyi klup seolah bunyi mcm terkihil mcmtu. Adakah bole ada efek pape dekat lengan dia.

    1. wslm. time baby tulang lembut dan ada yg tak bercantum lagi. kalau sakit, elok bawa jumpa pakar.

  52. Salam, saya nak tanya tuan sikit.

    Waktu saya sujud kan, selalu sakit kat bahagian dalam pangkal peha bahagian belakang. Kalau say senget sikit dia sakitlah sikit mcm ada otot lari.

    Kemudian nanti saya baring, lipat kaki, minta org tekan kaki saya, nanti ada bunyi kt bahagian pangkal peha tu.

    Saya nak tahu dulu sebelum saya ke hospital, sebab di akan rasa mcm repeat lgi and rasa kena tekan lagi mcm kt atas tadi.

    Harp tuan dapat berkongsi ilmu atau opinion. Saya pon tktau nak gambarkan mcam mana bendanya ni.

    1. wslm. cuba buat stretch bahagian hip flexor, piriformis, tgk ada perubahan tak.

  53. salam, saya nak tanya tuan sikit iaitu, ketika saya melakukan tekan tubi, ada bunyi pop setiap kali saya buat tekan tubi. Boleh saya tahu apa masalahnya.

    1. bunyi pop pada bahagian siku

Leave a Reply to Ana Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: