Cuka cider epal untuk penurunan berat badan?

Apple cider vinegar (ACV) atau cuka cider epal telah digunakan dalam perubatan selama berabad-abad. Walaupun ACV mempunyai banyak dakwaan tentang manfaat kesihatan ACV paling kerap diambil sebagai supplement untuk membantu dalam penurunan berat badan. ACV menjadi trend selama beberapa tahun namun adakah ia berkesan? Artikel kali ini membahas kajian-kajian terkini dan keberkesanan ACV.

 

Obesiti dan berat badan berlebihan telah menjadi masalah kesihatan di seluruh dunia, membawa kepada peningkatan dalam mencari supplemen semulajadi untuk mengurangkan berat badan. Kajian oleh Abou et al melaporkan bahawa pengambilan ACV tiga kali sehari selama 4 hingga 12 minggu dikaitkan dengan pengurangan ketara dalam nilai antropometrik (berat badan, indeks jisim badan, lilitan pinggang/pinggul dan peratus lemak badan), glukosa darah, trigliserida. dan tahap kolesterol. Tiada faktor risiko yang ketara diperhatikan semasa 12 minggu pengambilan ACV.(1)

 

Bukan itu sahaja, malahan kajian oleh Abou et al melaporkan yang Penggunaan ACV pada orang yang mempunyai berat badan berlebihan dan obesiti membawa kepada keputusan yang positif dalam parameter antropometrik dan metabolik. Kajian ini mendakwa yang ACV boleh menjadi suplemen antiobesiti yang bagus yang tidak menghasilkan sebarang kesan sampingan. (1)

 

Di samping itu, kajian yang dilakukan oleh Khezi et al melaporkan ACV bersama dengan diet rendah kalori (pengurangan sebanyak 250kcal) boleh dianggap sebagai strategi yang berkesan untuk mengurangkan parameter antropometrik, tahap kolesterol darah, selera makan dan meningkatkan kepekatan HDL-C dalam individu yang berlebihan berat badan atau obes.(2)

 

Kajian oleh Khezi et al yang dibahas di atas melaporkan keputusan yang positif, namun kajian ini hanya dilakukan keatas 39 orang peserta untuk mengikuti diet rendah kalori dengan cuka sari apel, atau diet rendah kalori sahaja, selama 12 minggu. Walaupun kedua-dua kumpulan kehilangan berat badan, kumpulan cuka sari apel kehilangan lebih banyak. Seperti kebanyakan kajian terdahulu, size sample peserta dalam kajian ini agak kecil dan jangka watu kajian ini pendek.(2)
Kursus Kecergasan 2024

Cuka cider epal diperbuat daripada asid asetik, yang mungkin menyumbang kepada penurunan berat badan dan manfaat kesihatan seperti menurunkan gula darah dan paras kolesterol yang lebih sihat. Namun anda harus berhati-hati dengan beberap efek samping ACV. Jika anda mempunyai masalah sakit perut, mual dan muntah adalah disarankan untuk tidak mengambil ACV. ACV juga boleh menyebabkan hakisan enamel gigi. (3)

Kajian oleh Launholt et al melaporkan yang cuka sari apel boleh mengurangkan kadar makanan keluar dari perut dan memasuki saluran penghadaman yang lebih rendah. Ini boleh memperlahankan penyerapan nutrien ke dalam aliran darah. Walau bagaimanapun, kesan ini boleh memburukkan lagi gejala gastroparesis, keadaan biasa yang memberi kesan kepada penghidap diabetes. Gejala gastroparesis termasuk pedih ulu hati, kembung perut, dan loya.(3)

 

Cuka cider epal boleh membantu mengurangkan selera makan, tetapi ia juga boleh menyebabkan rasa loya, terutamanya apabila dimakan sebagai sebahagian daripada minuman dengan rasa yang tidak sedap.(4) Tambahan, satu laporan kes tahap kalium rendah dan osteoporosis yang mungkin disebabkan oleh pengambilan ACV yang tinggi.(5)

 

Makanan dan minuman berasid telah terbukti merosakkan enamel gigi. Minuman ringan dan jus buah telah dikaji dengan lebih meluas, tetapi beberapa kajian menunjukkan asid asetik dalam cuka juga boleh merosakkan enamel gigi.(6) Kajian kes oleh Gambon et al juga menyimpulkan bahawa kerosakan gigi yang teruk pada seorang gadis berusia 15 tahun disebabkan oleh pengambilan 1 cawan (237 mL) ACV yang tidak dicairkan setiap hari sebagai bantuan penurunan berat badan.(7)

 

Kesimpulannya, berdasarkan kajian-kajian yang dilamprikan dalam artikel ini, kalori defisit masih merupakan gold standard dalam penurunan berat badan. Untuk mengambil cuka sari apel dengan selamat, hadkan pengambilan harian anda, cairkannya, dan elakkan jika anda mempunyai keadaan tertentu. Kebanyakan individu boleh menggunakan cuka sari apel dalam kuantiti yang rendah dengan mengikuti cadangan yang dirumus dibawah: –

 

1. Alahan terhadap cuka sari apel jarang berlaku, tetapi jika anda mengalami reaksi alahan, hentikan pengambilannya dengan segera dan hubungi doktor anda.

 

2. Pertimbangkan untuk mengelakkannya jika anda mempunyai gastropaesis. Elakkan cuka sari apel atau hadkan jumlahnya kepada 1 sudu teh (5 mL) dalam air atau sos salad.

 

3. Mulakan dengan jumlah yang kecil dan secara beransur-ansur bekerja sehingga maksimum 2 sudu besar (30 mL) sehari, dicairkan dalam air, bergantung pada toleransi dan selera anda.

 

4. Cuba cairkan cuka dalam air dan minum melalui penyedut minuman demi mengurangkan pendedahan ACV pada gigi (enamel) anda. Bilas dengan air selepas mengambilnya. Untuk mengelakkan kerosakan enamel selanjutnya, tunggu sekurang-kurangnya 30 minit sebelum memberus gigi anda.

 

 

1. Abou-Khalil R, Andary J, El-Hayek E. Apple cider vinegar for weight management in Lebanese adolescents and young adults with overweight and obesity: a randomised, double-blind, placebo-controlled study. BMJ Nutrition, Prevention & Health. 2024:e000823.
2. Khezri SS, Saidpour A, Hosseinzadeh N, Amiri Z. Beneficial effects of Apple Cider Vinegar on weight management, Visceral Adiposity Index and lipid profile in overweight or obese subjects receiving restricted calorie diet: A randomized clinical trial. Journal of functional foods. 2018;43:95-102.
3. Launholt TL, Kristiansen CB, Hjorth P. Safety and side effects of apple vinegar intake and its effect on metabolic parameters and body weight: a systematic review. Eur J Nutr. 2020;59(6):2273-89.
4. Frost G, Sleeth ML, Sahuri-Arisoylu M, Lizarbe B, Cerdan S, Brody L, et al. The short-chain fatty acid acetate reduces appetite via a central homeostatic mechanism. Nat Commun. 2014;5:3611.
5. Lhotta K, Höfle G, Gasser R, Finkenstedt G. Hypokalemia, hyperreninemia and osteoporosis in a patient ingesting large amounts of cider vinegar. Nephron. 1998;80(2):242-3.
6. Zahara AM, Tee LM, Hazirah MAN, Selvamary S, Phor JY, Hasnani IN, et al. Relationship between food habits and tooth erosion occurrence in Malaysian University students. The Malaysian journal of medical sciences: MJMS. 2012;19(2):56.
7. Gambon DL, Brand HS, Veerman EC. [Unhealthy weight loss. Erosion by apple cider vinegar]. Ned Tijdschr Tandheelkd. 2012;119(12):589-91.

Dr. Vishnu Raj .S

Vishnu Raj

Saya adalah Dokter perubatan ( MD, Hasanuddin University), pemegang ijazah sarjana Masters in Public Health (MPH, University of Malaya) dan jurulatih peribadi bertauliah (CPT NASC) yang berminat dalam sukan bina badan dan pemakanan sihat. Objektif utama saya adalah memerangi ” Fad Diet ” dan ” Bro Science ” dengan mengongsi artikel yang disokong oleh fakta dan bukti saintifik.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: