Daging Merah VS Daging Putih

Apa sebenarnya beza daging merah dan daging putih?

Antara contoh daging merah termasuk lembu, kambing, babi dan sebagainya manakala daging putih termasuk ayam, ikan dan lain-lain. Kalau ikutkan, kebanyakan haiwan ada kategori daging merah dan daging putih.

Kursus Kecergasan 2024Nak diikutkan sebenarnya banyak perbezaan. Daging merah ada kepekatan myoglobin yang tinggi. Darah merah tinggi kandungan zinc, riboflavin, niacin, thiamin, vitamin B6, B12, iron, yang selalu diwar-warkan kerana kegunaannya dalam pergerakan anaerobik iaitu creatine dan sebagainya. Disebabkan faktor tenaga, daging merah biasa digunakan semasa proses membesarkan badan. Daging merah juga tinggi lemak tepu dan kolesterol jika dibandingkan dengan daging putih. Daging merah jika dimasak dengan suhu tinggi akan meningkatkan karsinogen yang mana boleh jadi penyebab kanser. Disebabkan lemak tepu yang tinggi, daging merah juga dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit.

Daging putih rendah lemak tepu dan kolesterol. Terdapat pelbagai jenis asid amino dalam daging putih seperti ikan. Kebiasaannya daging putih digunakan dalam proses memotong disebabkan kurang lemak lemak tepu dan tinggi lemak yang baik. Secara ringkasnya, kedua-dua jenis daging ini ada pro dan kontranya. Pilihlah diet yang sesuai dengan anda.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

27 thoughts on “Daging Merah VS Daging Putih

  1. Information yang ringkas dan bermanfaat sebagai quick reference… TQ strengthsifoo.com.

  2. d antara daging dn telur pulak dato’ yg mne ok? maksud sye dlm kontek diet untuk body bilder…

    1. dlm memilih protein, tgk pada biological value, BV utk telur lebih rendah drpd BV utk daging. tp telur ‘putih’ lebih selamat dari daging utk amik kuantiti tinggi.

  3. sya nak tanya dato pasal partner yg support ni..saya tgk kat gym yg men ngan partner bukan men nak tunjuk yg dia dapat men berat…sebelah 60kg…angkat 120kg…kawan support..tp bila men seorng2 nak angkat sebelah 25kg pn dah bergetar2…yg tu xpe lg…konon nak angkat berat sampai120kg tp chest mcm xda kembang pn leper jea…xtau sapa yg angkat lebih la tu…sama ada diri sendiri atau yg kaki support….jd soalan nya yg jd support ni sbenarnya ape peranan nya??? adakah tlg angkat utk stiap ulangan atau dia tlg bla kita dah xberdaya?? sbb sya nampak byk yg men mcm tu..dh mcm trend pula..sampai ada yg men bertahun tp xnampak perubahan….huhuh

    1. sbb tu ada beza antara bodybuilder ngan powerlifter. :).
      support ada masanya ada guna, time nak built strenght, atau time bila concentric (push) dah fail, tp still aim nak tambah strength, dan essentrik (turun) blum fail.
      tp kalau dlm bina badan, lebih elok istilah spotter, tlg tgkkan, avoid injury, drpd istilah supporter.
      bab jd ke x tu kena tgk drpd beberapa faktor termasuk pemakanan yg mungkin x seiring dgn training terlalu heavy

      1. salam
        ape beza bodybuilder dgn power lifter?

  4. dato, nak tanya.. protein bars 100% whey crisp bar ok ke? bleh ke dimakan untuk menambah protein intake?

    1. boleh gak, tp mcm x brapa berbaloi disebabkan harga. :). tp kalau mampu, boleh je

      1. so ape bende yg senang dibawa n byk protein n murah dato? selain telur la. heheh

          1. alamak.. saya x makan tempe..heheh

  5. Dato..ada sbrang masalah tak jika kita ambil daging merah(lembu) serta ayam dalam satu hari…? skrg ni..sy amalkan mkan roasted chicken waktu pagi,tgh hari nasi serta sup daging satu mngkuk dan ayam pda waktu mlam.sblum pkul 8..ada sbrg masalah tak dlam pemakanan sy? satu lagi..adkah roasted chicken bgus sbb sy tgk ada minyak lagi la..sy slalu microwave je utk buang lebihan minyak ayam.. reply drpada dato amat sy hargai..trma ksih

    1. boleh. tp sy cadangkan, cuba follow diet ikut jenis darah. x semua sesuai. ada benda elok lebih. ada benda mungkin perlu kurang.
      roasted chicken ok.minyak tu daripada ayam. kalau nak betul2 buang minyak, basuh balik ayam tu. tu pun kalau berselera utk telan. 🙂

      1. ok dato..sy dh check..trima ksih…daging yg patut lebih..type sy B…

  6. salam ZK, nak tanya sikit pasal nasi ayam..adakah ia diet yang elok?

    1. ok, tp x berapa lean, sbb buat nasi ayam dah guna air rebusan ayam, yg mana ianya lemak.

      1. oo..so ada menu yang sesuai tak untuk gantikan nasi ayam?

  7. Salam,

    Bagaimana dgn quinoa ianya sumber protien daripada sayuran bagus juga .

  8. Salam Dato ZK, maaf lari tajuk.. tumpang tanya.. saya ada masalah pada kaki. ikut kata Doktor (DR) kat klinik Achilles tendonitis, tp rasanya tak la putus sebab masih bolih melompat.. cuma skrg DR bg ubat tahan sakit. ni dah masuk 3 minggu.. sakit dah kadang hilang kadang datang.. tapi bila workout ada rasa sengal2 sikit..
    soalan nya.. biasa nya masalah macam ni apa treament dia?
    apa senaman yang sesuai.. dan berapa lama kena rest jika tak elok bersenam…
    terima kasih.

    1. wslm. saya pun tak dpt bagi kesimpulan dengan maklumat yang tak lengkap begini. mungkin thingness, mungkin sebab lain.

  9. hafiz firdaus says:

    Salam dato . Nak mnta pandangan sikit pasal meal plan untuk bulking saya
    Meal 1 : whole bread + hezzelnut + telur putih 3/4 biji
    Meal 2 : oat + pisang
    Meal 3 : dada ayam grill + nasi putih + tempe
    Meal 4 : daging rebus + sayur
    *harap dato reply

  10. Nazari Johari says:

    Salam Dato’ ZK,berat saya 65kg,tinggi 168cm,corak diet dan workout yg sesuai utk saya bg menambah berat dlm masa singkat macam mana yer,utk pengetahuan saya workout 5@6 hari dlm seminggu,tp badan lambat naik.

Leave a Reply to faris Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: