De-loading Dan Kesihatan Kardiovaskular (Siri De-load 2)

Jom baca artikel kali ini akan membahas mengenai kesan de-loading terhadap kesihatan kardiovascular manusia yang merupakan Siri ke-2 dalam artikel kami yang membahas mengenai de-loading dalam latihan atau senaman.Banyak kajian yang melaporkan yang aktiviti fizikal bermanfaat untuk kesihatan kardiovaskular. Gaya hidup yang sihat dengan meningkatkan kadar aktiviti fisikal dikaitkan dengan penurunan dalam kematian kardiovaskular serta risiko mendapat penyakit kardiovaskular. Individu yang aktif secara fizikal mempunyai tekanan darah yang lebih rendah, sensitiviti insulin yang lebih tinggi, dan profil lipoprotein plasma yang lebih baik.(1, 2)
Kursus Kecergasan 2024

Tahukah anda, latihan berlebihan atau over-training boleh menyebabkan perubahan dalam kebolehubahan kadar denyutan jantung (HRV atau heart rate variability) anda, iaitu selang masa antara degupan jantung anda. (3)

Apa itu HRV? HRV ialah apabila jumlah masa antara degupan jantung anda turun atau naik sedikit. Variasi ini sangat kecil, menambah atau menolak pecahan sesaat antara rentak. HRV juga tidak dapat dikesan kecuali dengan bantuan alatan yang boleh memantau kadar degupan jantung. Walaupun HRV mungkin terdapat pada individu yang sihat, namun ia masih boleh menunjukkan kehadiran masalah kesihatan, termasuk keadaan jantung dan masalah kesihatan mental seperti kebimbangan dan kemurungan.(4)

Jantung anda berdegup pada kadar tertentu pada setiap masa. Kadar itu berubah bergantung pada perkara yang anda lakukan pada waktu itu. Denyutan jantung yang lebih perlahan berlaku apabila anda berehat atau bersantai. Manakala, kadar denyutan jantung yang lebih pantas berlaku apabila anda melakukan aktiviti fisikal atau berasa stress.

Bukan itu ahaja, malahan perubahan HRV juga telah dikaitkan dengan diabetes, penyakit kardiovaskular, dan gangguan psikologi. Kadar HRV yang lebih tinggi secara umum adalah lebih baik. Latihan berlebihan pada jangka waktu yang lama sebaliknya boleh mengurangkan kadar HRV kita. (3)

Disamping itu, dengan merancang dan menjadualkan minggu deload secara konsisten dan sistematik boleh membantu mencegah gejala over-training seperti HRV yang berkurangan. Mengambil satu minggu de-load setiap lima minggu latihan boleh membantu dengan kadar HRV anda.(3)

Anda juga bolah mendapatkan khidmat jurulatih peribadi bertauliah (CPT) supaya mereka boleh membantu dalam proses perancangan minggu de-load anda. Artikel seterusnya atau Siri De-load ke -3 akan membahas kesan de-loading terhadap kesihatan mental.

 

  1. Nystoriak MA, Bhatnagar A. Cardiovascular effects and benefits of exercise. Frontiers in cardiovascular medicine. 2018;5:135.
  2. O’Keefe JH, Patil HR, Lavie CJ, Magalski A, Vogel RA, McCullough PA, editors. Potential adverse cardiovascular effects from excessive endurance exercise. Mayo Clinic Proceedings; 2012: Elsevier.
  3. Holmes CJ, Wind SA, Esco MR. Heart rate variability responses to an undulating resistance training program in free-living conditions: A case study in a collegiate athlete. Sports. 2018;6(4):121.
  4. Malik M. Heart rate variability: Standards of measurement, physiological interpretation, and clinical use: Task force of the European Society of Cardiology and the North American Society for Pacing and Electrophysiology. Annals of Noninvasive Electrocardiology. 1996;1(2):151-81.
Dr. Vishnu Raj .S

Vishnu Raj

Saya adalah Dokter perubatan ( MD, Hasanuddin University), pemegang ijazah sarjana Masters in Public Health (MPH, University of Malaya) dan jurulatih peribadi bertauliah (CPT NASC) yang berminat dalam sukan bina badan dan pemakanan sihat. Objektif utama saya adalah memerangi ” Fad Diet ” dan ” Bro Science ” dengan mengongsi artikel yang disokong oleh fakta dan bukti saintifik.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: