Diet Mengikut Bentuk Badan
Bersambung dari Entri
Bentuk Badan
Bentuk Badan VS Metabolism
Bagaimana menentukan diet mengikut jenis badan?
Mesomorph – Berat badan (lbs) x 15
Ectomorph – Berat badan (lbs) x 16.5
Endomorph – Berat badan (lbs) x 13.5
Sebagai contoh, jika seorang mesomorph dengan berat 200 lbs. 200 x 15 = 3000. Jika dia menyasarkan hilang 1lbs lemak seminggu, 1lbs lemak = 3500 kalori, jadi sehari 500 kalori. Keperluan kalori sehari 3000 – 500 = 2500
Kekerapan makanan
Mesomorph – Makan setiap 2.5 – 3.5 jam
Ectomorph – Makan setiap 2 – 3 jam
Endomorph – Makan setiap 3.5 – 5 jam
Keperluan protein
Mesomorph – 1.2g / lbs berat badan
Ectomorph – 1.5g / lbs berat badan
Endomorph – 1.4g / lbs berat badan
Keperluan lemak
Mesomorph – 17-23% daripada jumlah kalori
Ectomorph – 24-28% daripada jumlah kalori
Endomorph – 23-28% daripada jumlah kalori
Kepeluan karbohidrat
Tolakkan protein dan lemak yang dah dikira dengan keperluan kalori. Mengambil daripada contoh di atas. Keperluan protein 200 x 1.2 = 240. 1g protein bersamaan dengan 4 kalori, jadi 240 x 4 = 960. Manakala lemak, 20% daripada 3000 = 600. Maka, 960 + 600 = 1560. Karbohidrat, 2500 – 1560 = 940. 1g karbohidrat bersamaan dengan 4 kalori, maka 940 / 4 = 235g karbohidrat.
Nota: Kiraan ini lebih untuk proses pemotongan. Untuk membesarkan badan boleh pusingkan, karbohidrat lebih daripada protein atau samakan keperluan protein dan karbohidrat.
Nota:
1g protein = 4 kalori
1g karbohidrat = 4 kalori
1g lemak = 9 kalori
Dato kalau mcm saya bodytype meso-endo mcam mane ratio utk penentuan kalori badan? n brapa jam sekali kekerapan makan?
kajian ni x brapa didetailkan ke pecahan2nya. boleh amik ke arah yg lebih nampak, meso@endo, atau amik purata.
dulu saye gemuk..sekarang dah kire ‘in shape’ lah..so klau mcm tu saya ambik untuk meso ke Dato? kalau ambik purata kire agak2 lah kan?
bentuk bdn ni ikut rangka, bukan berubah mengikut peratus lemak atau otot.
menarik bro..tq so much
salam dato, saya x berapa faham sebab asal badan saya ectomorph, sekarang dh endomorph (bila dh berumahtangga)..maknanya ikut terkini atau bentuk asal. tq dato.
tu bukan berubah bentuk, tu pertambahan lemak.
info yg baik
salam.nak tanya, kcal = calories atau kilocalories?
1 nutritional calories = 4.184kJ
utk nutritional calories calories = kcal, 1 nutrition cal = 1kcal
utk nutrition sahaja.
kalau biasa 1000cal=1kcal
oh ok.di situ ada perbezaan.patut la sy cek kat packaging certain makanan, seperti roti gardener , dia catat 190kcal.sy ingat 190kcal=190000cal hahaha.trimas!
salam dato,
klu badan kt jenis endomorph apakah senaman weight traning yang sesuai menurunkan berat badan dan add muscle…
ikut training system yg biasa. cuma beza jenis2 badan ni tempat lemak berkumpul
benda ni kalau faham btul2 bgs ni
Nak tanya ckit kenapa sy bersenam dan blari berkilometer tp susah badan nak menghasilkan peluh dan menurunkan berat badan
ada byk kemungkinan, mungkin metabolisme dah start drop, berikutan muscle loss. ada kemungkinan bdn dah adapt.
Maknanya sy kena cuba senaman yg lain mungkin br badan sy dpt menghasilkan peluh
mungkin. atau mungkin kena ubah cara makan. ada byk possibility. kena check dari segi diet n training
So klu cara pemakanan mcm mana sy makan 2 atau 3 kali sehari satu lg nak tny dato tahu tak produk nutrix lipo 6x. Apa pendapat dato ramai ckp besttttt???
boleh ubah ke 6 kali sehari. pecahkan portion makanan. tp maksud ubah kat atas tu, adalah check dari segi kalori. mungkin intake terlalu kurang, atau terlalu lebih. biasanya org diet ni kalori terlalu kurang. boleh je nak lipo6, boleh la juga membantu, tp kena diet yg betul
salam…..dkt k ea firegym dgn ktm rwng
dlm 5 minit berjalan
mcm mne nk tau yg kte nie mesomorph ke ape morph ?
umur 21 tahun biasanya lebih tepat,samada kita tergolong meso,ecto/ endo.
wow..!bru dapat tahu jenis bentuk badan..
Saya kurang faham lah.boleh x bantu saya.senaman ape yg perlu dilakukan setiap hari?menu makanan setiap hari?utk makluman.tinggi saye 170 cm berat 107kg. ==’
general sgt soalan tu.
cuma try baca http://strengthsifoo.com/orang-baru/
dan
http://strengthsifoo.com/pelan-pemakanan/
maaf.ape yg penting skarang saye cume nk kurus dulu.otot2 ni kemudian.sekurang kurang nye saya dapat turun 20kg dlm sebulan.adakah slowjog dan basketball sudah memadai?x makan nasi? ==’
kalau x bina otot, prosesnya sgt perlahan.
owh.ok.terima kasih encik =)
bdn sy jenis pir shape…. masalh sy nk cri bju agak susah.. sy nk tnya x senaman yang boleh kecilkan bhagian punggung..
squat, lunges. lebihkan rep
wow..detailnya..bagos post ni.. 1 soalan dato, lepas dah dapat badan yang muscular, cukup tak sekadar jaga makan tapi tak continue workout?
tak. Badan tak perlukan otot, kenapa dia perlu simpan? otot memerlukan kalori yg lebih
Salam..nak tanya skit… mcmane kita nak ukur rangka untuk menentukan yg kita ni tergolong dr jenis badan ape…kalau dapat satu range rangka dr segi saiz tolong share….contoh ukur lilit dada ke ukur tulang pinggul ker….jadi senang skit….terima kasih
wslm, nanti sy buatkan entri pasal ni.
salam dato, saya nk tanya sket ni.. macm mna nk buat proses pemotongan… saya mngambil whey protein setiap hari, otot dh jadi besar.. tapi cutting tk de..saya mnghabiskan 6 hari seminggu di gym.. tolong ye dato.. tq…
wslm. mcm mana dgn diet?
http://strengthsifoo.com/pelan-pemakanan/
saya mngambil 1300 hingga 1500 kal sehari termasuk whey protein 300 kal (2 skoop) selepas work out… untuk pngetahuan dato.. saya memang dah berbadan besar dengan berat 71kg dan tinggi 168cm.. tpi skg berat dah bertambah 2 kg dalm 1 bulan.. saya selalu mnjaga kalori pemakanan harian saya tp berat naik jugak.. cuma saya nk mintak pendapat dato untuk buat pemotongan atau cutting yang berkesan… thanks dato sudi balas…
berat naik mungkin disebabkan otot naik. bagaimana dgn fat percentage?
kandungan lemak pada badan saya berkurang.. paling ketara di bahagian muka dan perut.. tp saya tk dpt pastikan lagi peratusan lemak jitu yang terkandung dlm badan saya.. cuma buat pemerhatian dengan mata kasar…
kalau dlm bdn, kena pakai alat utk measure.
Salam dato, bdn sye bntuk hourglass, tmbh dgn underweight, memg kcik je pinggang, so training ape yg dato recommned utk bg naik sikit side abs sye?
wslm. side crunches. jarang org tanya mcm mana nak naik abs. biasa nak kurang.
Orait, memg underweight, so perut pn x buncit ha3… kalau forarm pulak? Sy tengok orang workout forarm pegang dumbbell pastu bengkok2 kat area wrist tu betul ke?
ya, wrist curl. utk forearm n calf, buat high rep.