Duduk Kebas

Pernah rasa kebas di kaki selepas bangun dari duduk, atau bersila? Kebas bukan sesuatu yang normal. Persoalannya, kenapa kebas? Ada beberapa kemungkinan. Kebiasaanya disebabkan kurangnya darah turun ke kaki atau mungkin disebabkan saraf. Terdapat saraf di belakang kaki yang dipanggil sciatica. Sciatica adalah saraf terbesar di badan yang mana boleh mencecah saiz jari terkecil.

Saraf ini terbentuk daripada kumpulan saraf daripada pinggang yang melalui bahagian punggung dan turun ke kaki. Jika saraf ini tertekan, anda boleh berdepan masalah daripada keadaan tidak selesa sehingga menyebabkan sakit. Simptomnya termasuk kebas, rasa terbakar, rasa mencucuk, sakit, dan lemah di bahagian kaki. Terdapat beberapa keadaan menyebabkan sciatica termasuk protrusion atau hernia di bahagian tulang belakang yang menyebabkan tekanan dan peralihan tulang belakang atau dipanggil subluxation.

Kursus Kecergasan 2024Satu lagi penyebabnya adalah piriformis syndrome. Piriformis adalah otot di bahagian dalam punggung yang diikat di sacrum kepada tulang pinggul. Apabila berlaku pergerakan yang berputar, ia mungkin menyebabkan sarat sciatic ditekan. Antara pergerakan berpusing adalah duduk, atau bersila. Kebanyakan kes yang teruk adalah disebabkan alignment pelvik dan pinggul tidak berada di tempat sepatutnya. Apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan atau menghentikannya? Betulkan kembali alignment dan kurangkan keketatan pada otot piriformis.

Kebanyakan kes tidak merbahaya tetapi ada juga kes yang dikaitkan dengan stroke dan tumor. Pengaliran darah juga mungkin berkurangan disebabkan beberapa kondisi seperti arteriovenous malformation, buerger’s disease, deep vein thrombosis, frostbite, peripheral artery disease atau dikenali juga sebagai peripheral vascular disease yang mana salur darah mengecil disebabkan plak dan kolestrol dan seterusnya menyebabkan darah kurang dialirkan kebahagian badan tertentu.

Masalah kecederaan pula yang boleh menyebabkan kebas di kaki termasuk kecederaan pinggang atau belakang, degenerative disk disease, herniated disk, osteoporosis dan sebagainya. Manakala masalah neurologikal pada saraf boleh disebabkan oleh alkohol, kecederaan belakang dan leher, diabetis dimana saraf rosak disebabkan terlalu tinggi gula dalam darah, keracunan besi berat seperti plumbum, hypothyroidism, multiple sclerosis, peripheral neuropathy, kecederaan spinal cord atau tumor, stroke atau angin ahmar, systemic lupus erythematosus, transverse myelitis dan kekurangan vitamin B12.

Keadaan kaki kebas boleh menyebabkan keadaan jadi lagi teruk jika dibiarkan. Jika anda sudah membetulkan alignment pinggul tetapi masih berdepan masalah sama, dapatkan pengesahan pakar. Sakit susulan yang dikaitkan dengan kaki kebas termasuk;

Amputation
– Ketidakupayaan
– Kegagalan organ
Paralysis
– Kehilangan kekal deria
– Sakit kekal

Chapter 427.2

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

38 thoughts on “Duduk Kebas

  1. Betulkan kembali alignment dan kurangkan keketatan pada otot piriformis. mcm mn nk wat tu Dato?

    1. saya mengalami masalah kebas2 dr tapak kaki sampai ke punggung..apa patot saya buat

  2. saya selalu rasa kebas kalau duduk bersila terlalu lama terutamanya ketika mendengar khutbah solat jumaat. cara lipatan bersila iaitu kaki kanan atas dan kaki kiri di bawah menyebabkan kebas hanya berlaku pada kaki kiri. kebas berhenti kalau saya meregangkan kaki iaitu meluruskan kaki tetapi berlaku kembali setelah kembali bersila. ada cara mengatasi tak?

    1. sbb x betulkan puncanya lg. jd ia akan dtg n dtg. strecht bahagian hams akan legakan sekejap sahaja.

      1. kalau gitu, macam mana nak cari puncanya?

          1. Adakah bahaya kalau dibiarkan tanpa dirawat?

  3. assalam. mcm mana dgn masalah sindrom kaki letih atau restless leg syndrom.apa penyebabnya

  4. dato, ibu jari, telunjuk dn jri hantu sy kebas setelah sebulan lebih sy start w/out.sy tak tau apa punca.trlbih senaman ka,urat tgn tergeliat ka.tau apa pnca.prgelangan tgn pn tak sakit.hnya 3 jari ni yg kebas.kebas da 2 mggu.klu tngh w/out angkat2 besi lg kuat rsa kebas.klu da stop w/out kurang la rsa kbas.tp msh terasa.sy da cuba cri mklumat kt internet tp xda pl ckp antara pncanya adlh drpd angkat2 besi.adakah rsa kebas ini blh berpunca drpd kesan angkat berat2? adakah tekanan yg berat2 mnyebabkn urat tergeliat ka atau bnda2 lain.rsa kbas ini hnya pd jari di tgn kanan dn tiada pd tgn kiri

    1. kalau nak cerita, sebab, byk possibility. mungkin pernah terhempas, tertekan weight di bahagian atas leher ketika squat.

  5. hari semlm sy ada pg berurut.urut jari, tapak tgn dn lengan.ada la rsa kurang skit.tp btul2 xnk hilang rsa kebas.hari ini w/out dn rsa kebas msh xhilang hlang.btul2 rsa xselesa..klu buat bnda lain pn rsa tak selesa sbb da kurang rsa deria pd 3 jari ni.jari manis dn kelingking rsa ok je.xda pl rsa kebas 2 jari ni..mmg da rsa pelik da ni.ada ka dgn cara berurut yg berterusan blh menghilangkn rsa kebas ini?

    1. kalau kebas dkt jari, ada kemungkinan masalah nerve di bahagian saraf tunjang. kena betulkan masalah tu.

  6. Salam tuan..
    Kenapa tumit saya berasa sakit selepas bangun tido?
    Adakah sebab berdiiri terlalu lama atau terlebih latihan bebann

    1. ia mungkin plantar fasciitis atau achilles tendinitis. kalau betul2 bawah tulang tumit, plantar fasciitis. jika belakang tumit, achilles tendinitis.

  7. salam dato..sy ade masalah di bahagian pinggang melarat hingga ke paha belakang..apakah tanda sakit saya?dan bagaimana untuk sya mengatasi masalah ini

  8. Salam Tuan.
    kedua-dua kaki sy di paras lutut ade rasa spt terbakar…urat rasa tegang…nyilu…dan kadang2 rasa spt nak kebas pun ade ada. memang tak selesa. da seminggu sy rehatkan otot betis sy tapi masih sama.
    ape yg perlu sy buat & berapa tempoh peyembuhan…
    tq

  9. Assalam. Sy kerap berlaku kebas ketika bersila dan cangkung. Jikalau sy bangun ketika bersila kaki sy akan paralise untuk beberapa minit. Jadi mcm mana cara mencegah dan merawat tu dato.

    1. wslm. pergi jumpa mana2 fisio terdekat. betulkan masalah alignment yg mungkin ada.

  10. Aslmlkm Dato
    Soalan saya sekiranya saya duduk diatas benda keras,seperti kerusi kayu atau tangga.. Dalm tempoh 5minit keatas seluruh pinggang termasuk bgian pangkal kemaluan saya terasa kebas.. Apa mslhnya dato.. Tksih

  11. Salam Dato,

    Sekiranya sy duduk atas kerusi atau bersila, dalam beberapa minit shj kaki rasa lenguh terasa sedikit kebas dri betis hingga ke punggung. Kadang kala tapak kaki sy berpeluh tanpa sebab jika sy pakai kasut sekalipun sy duduk dalam penghawa dingin. Soalan sy, adakah kemungkinan ada kaitan dgn masalah saraf? Siapa yg perlu sy rujuk? Terima kasih.

    1. cuba regangkan otot piriformis, tgk bantu tak. jika teruk, cari mana2 physiotherapist berdekatan.

  12. Salam dato, kalau kaki kebas semasa duduk bersila dengan tangan selalu berpeluh ada kaitan dengan jantung ke, and saya selalu hiking tpi kaki kiri selalu akan terasa sakit, Kdg2 x hiking pun dia dtg rasa sakit ada kaitan ngn masalah urat ke. Terima kasih.

  13. Asalam,dato
    Dimanakah tempat perubatan dato?

    1. wslm. saya tak buka centre. tapi ada di bangi avenue jika perlukan.

  14. Salam dato, saya mengalami sakit belikat yg agak teruk.. Sehingga berdenyut… Sebelah kiri semua kebas… Takde darah tinggi Dan lencing mansi, semua normal.. Tapi bila duk mencangkung.. Kebas dri lutut ke bwh… Mcm dato’

  15. Duduk lama depn laptop lepastu dh rasa kebas 1 badan mcm mana tuh ya

  16. Salam dato sblom tidur kaki sy sihat x da masaalah.. Bila bangun pagi kaki saya terasa sakit di bhgian kaki sy cek x ade bengkak ataupun luka. Bila sy nak berjalan sakit dibahagian tapak kaki.. Apa puncanye.sebelum ni x pernah sakit macam ni

Leave a Reply to michael Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: