E-Buku Rahsia Diet

 

E-buku Rahsia Diet adalah ‘sebahagian’ daripada buku (hard-copy) saya yang dijangka keluar pada tahun 2013. E-Buku ini mengandungi 39 muka surat bergambar. Apa yang ada dalam E-buku Rahsia Diet? Secara ringkas saya kata, E-buku Rahsia Diet mengandungi info tentang apa anda perlu tahu untuk menurunkan berat badan, apa yang anda perlu tahu tentang pemakanan yang betul secara am untuk seorang atlet, untuk mereka yang aktif atau tidak aktif, untuk mereka yang ingin membina otot, cerita tentang kalori, bagaimana menentukan jumlah kalori dan sebagainya.

Kursus Kecergasan 2024E-buku Masa Memotong pula adalah campuran pelbagai topik ringkas tentang memotong. Ini adalah E-buku tambahan yang disekalikan dengan E-buku Rahsia Diet. E-buku Masa Memotong setebal 24 muka surat bergambar. Sebahagian daripadanya adalah tambahan ilmu daripada blog Zaki Khan.

Selain dua E-buku, saya sertakan juga borang Jurnal Latihan, Jurnal Pemakanan, Jurnal Rancangan Pemakanan yang mana anda boleh cetak dan guna. Jurnal adalah sesuatu yang anda perlu ada untuk memastikan anda sentiada berada dalam landasan. Jika tiada perubahan, anda boleh rujuk dan lakukan perubahan demi perubahan.

Akhir kata daripada saya, saya berharap E-buku Rahsia Diet dan E-buku Masa Memotong ini sedikit sebanyak dapat memberi sedikit ilmu dan bantuan dalam menentukan diet yang sesuai dengan anda. Tiga perkataan daripada saya;

‘Baca Buku Saya’

E-Buku Rahsia Diet (39 muka surat)

E-buku ini mengandungi info tentang apa anda perlu tahu untuk menurunkan berat badan, apa yang anda perlu tahu tentang pemakanan yang betul secara am untuk seorang atlet atau untuk mereka yang aktif atau tidak aktif atau untuk mereka yang ingin membina otot, cerita tentang kalori, bagaimana menentukan jumlah kalori dan sebagainya.

E-Buku Masa Memotong (24 muka surat)

Campuran pelbagai topik ringkas. E-buku ini merupakan tambahan ilmu daripada blog Zaki Khan.

Jurnal Makanan Harian (bm)

Jurnal Rancangan Harian (bm)

Log Senaman (bm)

Daily Food Diary (english)

Daily Actual Jurnal (english)

Klik sini untuk dapatkannya.

Sistem Kedai Zaki Khan ini masih dalam tempoh percubaan.  Jika terdapat sebarang masalah, emailkan ke jaytiraa@yahoo.com .

Penjualan E-Buku ini diharap serba sedikit mampu menampung kos operasi server baru yang meningkat demi menampung kapasiti pengunjung laman Zaki Khan yang semakin meningkat. Koleksi E-Buku ini merupakan Hak Cipta © ZK Dinamik Sdn. Bhd. Buku ini atau sebahagian daripada mana-mana bahagian tidak boleh dijual, dikongsi, dicetak, ditiru, diplagarism dalam sebarang bentuk tanpa mendapat kebenaran.

Selain daripada E-Buku, Zaki Khan juga beri anda pakej terbaik menjadi ahli di BodyExpress Fitness Center. Harga asal rm209 sebulan, ada yuran pendaftaran rm99 + rm49, ada deposit. Tetapi untuk pembaca blog Zaki Khan, anda hanya perlu bayar rm139 sebulan, tiada yuran pendaftaran, tiada deposit. Kan menarik? Tak cukup? Anda juga dapat percuma 1 sesi Latihan Peribadi, 1 Ujian Kecergasan. Tak cukup? BodyExpress Fitness Center adalah gym besar, terkenal dengan latihan Spartanz. Anda boleh cuba secara percuma pada 21-23 September ini di Subang Avenue, PJ sempena Carnival Health & Fitness. Booth ZK akan berada betul-betul berdepan dengan pintu masuk BodyExpress Fitness Center. Karnival bermula jam 12 tengahari hingga 7 petang selama tiga hari.

Apa kelebihan hadir ke Karnival tersebut?

1. PERCUMA Bag Goodie bernilai rm300 seorang.

2. PERCUMA kemasukan ke BodyExpress Fitness Center. Bawa pakaian sukan anda dan cuba latihan Spartanz!

3. Booth Tawar Menawar.

4. Booth Vitamin dan Supplement.

5. Booth Makanan.

6. Booth Peralatan Gymnasium.

7. Ujian Kecergasan dan Pelbagai aktiviti menarik dengan hadiah menarik!

Kan menarik? Tak Cukup? Ada banyak lagi. Jumpa anda di sana!. Zaki Khan dan Body Express Fitness Center cuba pastikan yang terbaik untuk anda!.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

1 thought on “E-Buku Rahsia Diet

Leave a Reply to nur-fatihah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: