Ego lifting tidak menjadikan kita sado!

Jikalau mahu sado, elakkan untuk melakukan ego lifting!

Ego lift merupakan satu tabiat yang buruk bagi sesiapa yang nak membina otot. Ramai orang yang beranggapan bahawa ego lift ini okey dengan alasan “asalkan boleh angkat, kuatlah tu!“. Malangnya, ia tidak memberi sebarang manfaat pun selain daripada untuk menunjuk.

Kenapa lakukan ego lift?

Mudah sahaja, untuk meningkatkan kekuatan otot. Ramai orang sudah faham bahawa untuk menjadi kuat perlu mengangkat beban yang berat. Kita tidak boleh hanya bergantung kepada low weight-high reps untuk membina kekuatan yang signifikan. Tidak dinafikan bahawa low weight-high reps itu penting untuk membina stamina otot (endurance) yang baik, tetapi untuk meningkatkan kekuatan, ia memerlukan cara latihan beban yang lebih sistemik dan baik.

Bagaimana untuk tahu bahawa kita sedang ego lift? Mudah sahaja, apabila cara melakukan senaman (form) sudah tidak baik dan kita memerlukan form yang hodoh untuk mengangkat beban tersebut. Maknanya, beban itu terlalu berat, harus diturunkan sedikit.

Contohnya, bayangkan anda sedang melakukan bicep curl. Jadi, anda perlu curl lengan ada untuk mengecutkan otot bisep, betul? Tetapi, pernahkah anda melihat orang yang menghayun badannya untuk melakukan bicep curl? Persoalannya kenapa hayun? Sebab, dengan hayunan itu sahaja yang membolehkan dia untuk curl beban tersebut. Anda perlu meminimumkan pergerakan lain selain bisep. Anda perlu diamkan badan. Diamkan kaki. Diamkan siku. Sekiranya anda disokong oleh hayunan badan, maka anda tidak akan sesekali mendapat kesan maksimum pada bisep. Apabila sudah dalam keadaan demikian, maka untuk apa anda melakukan bicep curl? Baik tidak perlu buat!

Jadi, bagaimana kita hendak elak daripada ego lifting?

  1. Amalkan Time Under Tension. Caranya, anda perlu perlahankan pergerakan anda mengangkat beban. Semuanya terkawal. Jangan hayun dan terlalu cepat. Otot yang disasarkan itu akan mendapat kesan yang baik sekiranya anda mengawal pergerakan anda dengan perlahan. Jangan terlalu perlahan, sederhana perlahan sudah memadai. Contohnya, pergerakan eccentric 3 saat, tahan dengan kontraksi selama 1 saat, dan concentric 3 saat. Akhirnya, ulang sehingga habis mengikut bilangan ulangan yang kita tetapkan.
  2. Belajar secara mendalam tentang teknik, cara dan otot yang terlibat ketika melakukan latihan beban tertentu. Ini dapat membantu kita untuk fokus pada otot yang disasarkan. Sekiranya kita tidak tahu akan perkara ini, maka kita akan angkat semata-mata angkat sahaja, bukan sasarkan kepada otot yang sepatutnya. Teknik juga penting kerana tanpa teknik yang betul, kita terdedah pada risiko kecederaan dan kemajuan yang terbantut. Bagaimana nak dapatkan hasil sekiranya cara sudah salah?
  3. Julat pergerakan yang tidak penuh. Range of motion sangat penting. Tanpa range of motion yang penuh, otot kita tidak akan merekrut serat otot secara menyeluruh. Mungkin serat otot tertentu sahaja yang terlibat. Apabila kita hendak melakukan latihan beban, kita patut mendapatkan paling banyak serat otot yang kita boleh.
  4. Bersabar. Jangan hari ini juga nak angkat 100kg. Kemajuan kita melakukan latihan beban seharusnya perlahan. Kuantiti beban perlu dinaikkan secara perlahan. Jangan terlalu gopoh. Otot kita juga mengambil masa untuk mengadaptasi dengan latihan.

Kesimpulan

Elakkan ego lifting. Untuk meningkat kemajuan, kita perlu mengamalkan ilmu yang betul dan kemajuan yang berperingkat.

Rujukan
How to Tell if You’re Ego Lifting. https://www.mxfitnessworld.com/how-to-tell-if-youre-ego-lifting/
Defining ego lifting and how it impacts your gains in size and strength. https://performancerevolution.com.au/defining-ego-lifting-and-how-it-impacts-your-gains-in-size-and-strength/
5 Tips to Combat ‘Ego Lifting’ and Build Legit Strength. https://www.stack.com/a/5-tips-to-combat-ego-lifting/

Sadiq Salihoddin

Saya seorang penulis yang meminati sukan-sukan yang berorientasikan kekuatan (strength). Saya juga seorang atlet profesional gusti lengan yang bertapak di Kuala Lumpur. Saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan. Saya berharap, perkongsian ilmu dengan cara begini secara tidak langsung dapat memperkembangkan literasi dalam bidang sains sukan umumnya. Selamat membaca!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: