Elevation Training Mask

Topeng apa saya pakai dalam latihan-latihan saya sejak kebelakangan ini? Topeng ini dipanggil “elevation training mask‘. Daripada konsepnya, seorang atlet yang menggunakan stamina tidak menjadi lebih hebat dengan menambah masa latihan akan tetapi, adalah intensiti latihan. Latihan yang memberi tekanan positif meningkatkan prestasi seseorang. Elevation training mask ini melimitkan kemasukan udara di mana memaksa meningkatkan keupayaan badan seseorang untuk memproses oksigen.Topeng Latihan

 

Salah satu latihan yang biasa dibuat oleh atlet prestasi tinggi adalah dengan berlatih di satu tempat yang tinggi. Agak sukar bagi kebanyakan orang untuk berlatih di kawasan tinggi. Jadi topeng ini direka untuk seseorang merasai kesan latihan altitude tinggi tanpa perlu mendaki gunung. Kesannya ‘dikatakan’ boleh mengurangkan masa sebanyak 2 per 3 daripada masa yang biasa digunakan.

Kesan-Elevation-Training-Mask

Kajian keberkesanan topeng ini belum menyeluruh tapi boleh dijadikan alternative untuk latihan anda. Sesuai untuk kebanyakan sukan seperti combat sport, strongman dan sebagainya. Ada banyak juga kajian bertentangan. Ada yang kata latihan altitude tinggi tidak baik dan sebagainya.Kursus Kecergasan 2024

Kajian Klinikal
http://www.trainingmask.com/the-science/

Kajian Bertentangan
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/16338719

Adakah ia benar-benar berkesan? Saya masih dalam proses mencuba. Dalam masa sebulan saya bagitau.

 

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

5 thoughts on “Elevation Training Mask

  1. bagaimana setelah berlatih dengan training mask…apakah alat ini berguna…apa yg dirasakan?

    1. as for me, saya rasa peningkatan dalam keupayaan jantung menahan high intensity training.

  2. mcm plateu training…..
    atlet guna surgical mask …yg sengaja dibashkan(air bersih) sebelum pakai.

    lack of oxygen ….tarinng aerobic jadi anaerobic…

    killer training hu hu……..tapi mask tu ganazzz…..

  3. Berapa harga topeng tu?

Leave a Reply to Omok Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: