Fokus

Fokus!

Fokus adalah salah satu faktor penting dalam membentuk badan selain latihan, nutrisi dan faktor-faktor lain. Anda perlu memberi 100% tumpuan kepada latihan anda atau anda hanya membuang masa anda. Kebanyakan orang saya lihat, hanya cuba menghabiskan latihan sedangkan minda entah kemana-mana. Latihan sebegitu tidak akan mengeluarkan sepenuhnya potensi anda.

Kursus Kecergasan 2024Terdapat dua perkara perlu difokus semasa set dan diantara set;

– Memikirkan otot yang bekerja
– Cuba merasakan otot yang bekerja

Apa yang dikatakan memikirkan otot yang bekerja? Apabila berlaku gerakan di sendi, otot bekerja. Jika anda melakukan biceps curl, fokus pada gerakan bisep yang mana melibatkan dua sendi jika pergerakan penuh. Otot kita dengan sistem neuro bekerja lebih effisien jika otak memberi arahan fokus pada otot tertentu. Bayangkan otot tersebut membesar. Bayangkan otot tersebut di pam. Bayangkan berlaku pembakaran lemak di tempat sasaran.

Apakah yang mengalihkan tumpuan kebanyakan orang di gim?

Berborak. Jika anda ingin berborak, sila lepak di kedai mamak.
Main mesej di telefon bimbit. Jika anda ingin bercinta, pergilah ke taman bunga. Bercintalah dengan besi di gim. Letakkan telefon bimbit di locker.
Berangan. Gim bukan tempat untuk mimpi siang. Lupakan apa-apa yang tidak ada kena mengena dan tumpu pada latihan anda. Bila bekerja, bekerja lah bersungguh-sungguh. Bila belajar, belajarlah bersungguh-sungguh. Bila bersenam, bersenamlah bersungguh-sungguh.
Mata Meliar. Biasanya pada lelaki apabila nampak perempuan di gim. Gaya macam tak pernah tengok perempuan. Sebab itu kut, ramai perempuan takut masuk ke gim hardcore.
Membaca. Ada gim dah macam perpustakaan di dinding. Segala macam artikel ditampal di dinding. Cara latihan, artikel bina badan dan segalanya. Walaupun dah pernah baca, mesti ada yang baca berpuluh kali.
Berjalan ke tempat minum. Lebih baik sekiranya anda bawa botol minuman sendiri. Tak perlu setiap kali nak minum ke tempat minum atau ke water fountain. Fokus pada latihan anda.
Muzik. Muzik boleh jadi alat untuk fokus dan juga boleh menyebabkan anda tidak fokus. Jika lagu yang diminati berkumandang, ada yang ikut nyanyi atau menari.
Jadi jurulatih. Ketika sedang asyik berlatih, tetiba anda bermurah hati untuk mengajar orang. Lupakan orang lain seketika walaupun awek cun minta ajar. Fokus!

Apa yang patut dibuat?

Fikirkan set terakhir. Adakah anda dah cecah ulangan sasaran? Adakah anda melakukannya dengan cara yang betul? Adakah anda rasa pamnya?
Fikirkan set seterusnya. Berapa ulangan patut dibuat? Bagaimana rasanya? Set satu sasaran untuk dilakukan.
Bayangkan. Bayangkan anda berjaya melakukan apa yang disasarkan. Tutup mata dan lihat jauh ke depan. Bayangkan mampu mengangkat berat yang diangkat. Rasakan.
Kawal pergerakan otot. Dengan mengawal pergerakan otot, anda mampu merasai senaman yang dilakukan. Latih hubungan antara otak dan otot.
– Jika anda rasa muzik dapat membantu anda dan muzik di gim menyebabkan anda mengantuk, bawa mp3 set anda sendiri dengan lagu kegemaran.

Fokus!

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

13 thoughts on “Fokus

  1. fokus…. dats rite dato!

  2. kalau main berat sangat nak focus pada muscle contraction pun payah sebab dlam kepala asyik fikir nak abiskan reps aje, kalau ringan2 sgt tak terasa pula muscle bekerja,,,ermmm yg sedang2 berat aje kot dato’?

    1. sbb tu kalau bodybuilding, x terlalu heavy. powerlifting baru heavy. 🙂

  3. Terbaik dato’

    patut wat perut six packs susah beno nk jd. rupanya tak fokus..
    good info..

  4. salam dato

    off topik…
    1. saya kurus tapi ada cutting. saya dah masuk gym dalam 1 setengah tahun. saiz otot tak banyak meningkat. apa yang perlu saya buat untuk tambahkan saiz otot… saya ingat nak berenti main gym dalam 1 bulan. saya besarkan badan (clean) n buat kardio jer. ok tak… atau dato ada cadangan yang lain untuk saya. k. terima kasih.

      1. 1. makan jaga takut perut naik jadi saya kurang sangat makan sebab banyak sgt makanan yang bergoreng dan berminyak n berlemak. saya nak makan clean jer. susah nak dapat menu yang clean… (jadik balik umah baru bleh makan – kat tempat keje banyak goreng2)

        2. protein amek whey protein pagi, ptg n after workout.

        3. cukup…? rasa2 mcm cukup tapi tak lebih dari keperluan kalori sy takut jadi gemuk…(org kata kalori lebih disimpan jadi lemak – lemak tu pulak disimpan kat perut) OOOhhhhh tak boleh blah…. 🙁

        1. ada kemungkinan kalori terlalu rendah. bila terlalu rendah, ada kemungkinan katabolic, n menyebabkan buncit xnak turun.

          1. 1st thank 4 info n tips yg diberikan, semoga dato akan terus berjaya, Chaiyok!!!

            ada betul gak cakap dato… intake kalori terlalu rendah… skrng nak amek mass gainer pulak (sebelum nie whey).. ada chance tak lagi utk besar?

            katabolic…. ish simpang 44. tak kot. kalori kurang sebab tu tak cukup keperluan utk besar. perut kat bawah jer ada lemak sikit… insyaallah akan berkurangan nanti. takpe pelan2 kayuh, janji tiba gak…..

  5. dato,masa bulking,perut sy jd cepat besar banding dgn otot2 lain mcm chest..ke salah cara makan..saya bnykkan kalori je,mcm mee gorong,nasi yg kalori tggi..btl ke cara bulking macm tu?cara cutiing bnyk kan protein dari kalori?

    1. tgok youtube..bulking food scooby

    2. mcm pernah sy kata, kalori merapu dan kalori baik berbeza. bdn perlukan protein utk membesar. carb boleh diisi dlm otot jika ruang menyimpan byk. jika tidak ia akan disimpan, di mana? di perut. carb tidak bertukar ke protein.

  6. selalu tgk cermin sampai tembus cermin..hahaha ;p

Leave a Reply to puyie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: