Gemuk Air

Sodium ada dalam hampir setiap makanan yang diambil setiap hari. Garam dalam paket yang ditambah dalam masakan harian adalah dalam bentuk sodium klorida. Pengambilan sodium yang berlebihan dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi dan penyakit buah pinggang, ia adalah nutrien bukan kalori dan tidak boleh menambah lemak di badan. Sodium adalah mineral yang penting untuk mengekalkan beberapa fungsi badan, termasuk penyerapan nutrien, peraturan tekanan darah, penyelarasan isi padu darah, fungsi jantung dan pengecutan otot.

Kursus Kecergasan 2024

Sodium tidak mengandungi karbohidrat, lemak atau protein jadi ianya tidak menyumbang apa-apa kalori tambahan yang menyebabkan badan menambah lemak. Satu-satunya cara menambah lemak adalah mengambil kalori berlebihan dalam diet harian. Walaubagaimana pun, pengambilan sodium meningkatkan retansi air. Badan akan menyimpan air lebih banyak. Orang Malaysia kata gemuk air. :D. Gemuk air boleh dikurangkan dengan mengurangkan pengambilan sodium.

Apabila bercerita pasal gemuk, macam-macam istilah ada di Malaysia. Gemuk air, gemuk angin, dan sebagainya. Masing-masing tak nak mengaku gemuk lemak. :D. Jika sudah mengurangkan pengambilan sodium, masih berlemak, itu namanya lemak. Tak perlulah duduk dalam sauna 3-4 jam dalam sauna untuk buang air. Bersenamlah untuk membakar lemak-lemak terkumpul itu.

Retansi air yang tinggi menyebabkan beberapa kesan negatif ke atas kesihatan. Peningkatan air meningkatkan isi padu darah dan seterusnya membawa kepada tekanan darah yang lebih tinggi dan jantung bekerja lebih keras. Lama-kelamaan, tekanan darah tinggi boleh membawa kepada kegagalan jantung kongestif, penyakit buah pinggang, sirosis, sakit jantung dan angin ahmar.

Walaupun begitu, sodium masih diperlukan badan untuk membentuk eloktrolit dalam badan. Jangan mengurangkan garam secara drastik dalam diet. Jika tidak perlu, jangan kurangkan lagi sehingga ke peringkat akhir diet.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

51 thoughts on “Gemuk Air

  1. ermm..mmg ramai yg kata gemuk air nie..btl ke tuan ada gemuk air…pic atas tu gemuk air ke..huhu

    1. tu istilah org Malaysia kita ni. mcm2 istilah kluar. tah dari mana dtg xtau la. pic atas tu pic org gemuk yg berlemak, saja nak tgk camna org nilai? 😀

      1. so, gemuk air ni xwujud la ea? im really love drink a mineral water. sometimes in a week I only drink mineral water only. so is it fattening?

        1. Diva azwan ali says:

          water isn’t the reason why you’re gemok air. that’s doesnt make any sense. bodo

        2. Saya percaya pada gemuk air sebab saya sendiri alami nye. Sodium dan minum banyak air dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa boleh jadi gemuk air.

          Sebab tu badan gelebeh sebab bawah lapisan kulit ade air yang terperangkap.Sel badan akan perangkap air bawah lapisan kulit. Nak buang air bawah lapisan kulit perlu keluarkan peluh dengan banyak.

          Sekarang masalah gemuk air settle dengan mandian halia serai. Serai berkesan untuk singkirkan air melalui peluh dan dibuang melalui air kencing.

          Tempat yang gemuk air dah fit semula sebab ramuan manjakani dalam mandian ni.

          Istilah gemuk air tu wujud. Kebanyakkan perempuan yang alami. Lelaki kebanyakkan gemuk lemak.

          Gemuk lemak boleh settle dengan mandian halia serai ni

  2. infor yg menarik, gemuk air dlm BB ia lah org yg memakai steroid… btl ke?

    1. x semestinya pakai steroid menyebabkan gemuk air..cuba tgk supplement fact mesti ada tulis sodium ..kuantiti byk plak tu..

      1. btul x semestinya, sbb ada steroid x beri kesan water retaintion. jd perkataan steroid ni terlalu general.

    2. kebanyakan anabolic steroid menyebabkan water retaintion. tp x pernah dgr plak org guna istilah gemuk air utk bodybuilder. biasanya kebanyakan geng2 prempuan dan yg sewaktu dgnnya saja. 😀

  3. contoh makanan yg paling banyak sodium:

    1. sup olahan
    2. mee segera berperisa
    3. semua makanan di fast food

  4. ingin tahu says:

    saya harap dato leh jwb soalan nie…katakan dl dia gemuk air,n skrng dia da jd kurus..but perut dia ada prob sket..mcm perut jadi lembik..x tegang cam org normal,y lembik 2 lebihan kulit ataupn lemak..n camna nak buang spya nmpk normal blk..hope sngt3 dpat membntu…

    1. sbenar jd mcm tu pasal berdiet x makan atau x cukup mkn n menyebabkan isi termasuk otot semua hilang dlm jangka masa yg cepat. kulit x mengecut secepat otot. jd kecut n seterusnya tinggal lemak dan lebihan kulit disekeliling. ketika itu, proses pembuangan sedikit sukar. jika sudah jd strecth mark, sapulah krim cocoa butter. tp mungkin sgt lama kesannya. 6bulan, setahun. kena bersabar. then dlm masa sama kena jaga makan, naikkan balik metabolisme bdn yg dah pasti merosot. training. pendek kata kesabaran tu penting. benda dah jd camtu mungkin pasal kurang pengetahuan dlm bab diet sbelum ni, tak boleh nak buat apa.

      1. ingin tahu says:

        tq dato…asalkan ada peluang..i2 da ckup..jd x perlu steroid untuk buang semua lebihan kulit 2?

        1. jgn terpengaruh ngan org yg meracun utk amik steroid. ada lg cara lain, ke hospital, tp x perlu la guna cara begitu.

  5. artikel yang sangat bagus, tak sia2 bookmark…saya pun berat badan yoyo ikut musim…susah hati betul dibuatnya…lebih2 lagi bahagian punggung yang besar…tang nak beli seluar mesti tak muat tang punggung walaupun pinggang tu ukur lilit sama dengan seluar…

    1. elok mulakan senaman. antara yg perlu dibuat cam lunges. buat senaman yg consistant. walaupun starting sikit.

  6. Banyak info yg menarik di blog tuan , harap tambah lagi …..

  7. boleh ke org yang gemok mengambil supliment untuk menaikan muscle?ia boleh menjejaskan kan diet kita?

  8. sya ada terbaca kalau nak kuruskan badan yang gemuk air kena banyak makan sayur dan kurangkan garam..
    so,senaman ape yg bgs untk kuruskan badan yg gmuk air?

  9. sya nk tnya..kalau seseorang gemuk air membuat latihan bina badan..adakah otot dia terbentuk…??

  10. Berat saya 140 kg tinggi 173cm….boleh x cadangkan senaman yang sesuai untuk saya turunkan berat badan….saya ni jogging skit je dah penat…ade x senaman2 ringan untuk starting…nak kurus pun jadilah xde otot ketul2 pon xpe….

  11. Salam En Zaki. Saya ada rakan-rakan yang mengamalkan diet Alpha Lipid Slim Diet II dan mereka telah berjaya turunkan berat sebanyak 2 – 5kg seminggu. Pemakanan berprotein tinggi diamalkan ketika menjalankan diet ini. Apakah kesannya untuk kesihatan?

    1. penurunan yg byk bukan penurunan yg sihat. penurunan mungkin drpd otot dan air. dan sy x galakkan penggunaan sd2 yg mana terlalu mahal. 1 bulan 4 tin. sekitar rm700-800 sebulan.

  12. azizol aziz says:

    salam, sy ingin bertanya, sy hanya minum air mineral shj sepanjang hari dan bukannya air masak..kandungan garam dlm air mineral tinggi jgk kn?adakah ianya berbahaya?

    1. x perlu risau kandungan garam dlm air mineral. garam ni ada pelbagai jenis. garam yg perlu risau, adalah garam seperti sodium.

  13. salam..saya nk tye..org ckp sy gemok air…cmne kita nk diet ye…supaya ksy sihat..ptg lrang ke..kene exercise…boleh bagi sy tips x…

  14. safwan amran says:

    gemuk air ni kita boleh cek guna bodyfat scanner ke x?

      1. kat mana nak check tu ye

  15. salam..dato..
    sy ingin kan kurus n kurang kan berat bdan saya, tinggi sy 155 dan berat macam yoyo..kejap 70,75,80.. saya jugak mempunyai masalah tubuh bdn berbentuk pear, dimana bermasalah lemak di punggung dan peha..perkara niy btul2 buat saya stress, sejak bulan 12 2012 saya mengamalkan senaman skipping dan joging..akan tetapi bahagian dri pinggang ke atas turun, ke bawah still sama..apa yang perlu saya lakukan, sy juga amalkan diet..maybe sy perlukan supplement yang boleh membantu..tq 🙂

  16. so, gemuk air ni xwujud langsung ke ape? im very love with mineral water. sometimes, in a week i just drink a mineral water only, so it is cause a fattening?

  17. salam tuan. dulu saya gemuk berat 70kg dan dan tinggi 171. akhirnya saya dapat kurus kn badan dengan berjonging setiap hari selama 4 bulan.tapi bila dah kurus berat badan turun ke 62 kg masalah sekarang .Cuma bhagian perut saya masih berlemak..dan saya gemuk air dibhgn perut .mcm mana nk hilangkn lemak yg degil bhgn tersebut dengan cepat..

  18. Salam Uncle , Umur saya 17 tahun .Tinggi saya 160cm , berat saya 54kg . BMI saya normal . tapi saya ada lemak di bahagian bawah perut dengan dada . Saya tgk kat internet , ada orang badan macam saya . diorang panggil Skinny Fat . macam mana nak selesaikan masalah Skinny Fat ni ? Terima Kasih .

    1. benda yg sama, kena kurangkan peratus lemak. jaga makan, training.

  19. Assalam…tinggi saya 167 berat 65kg saya main gym utk menurunkn lgi berat badan saya sehingga 55kg sambil tu saya berdiet tidak ambil nasi langsung bole x kalo saya nk ambil whey protein adakah berat badan saya akan bertambah

    1. wslm. cuba target turun fat percentage. jgn hanya target bodyweight. boleh jadi juga weight gain disebabkan otot dll.

Leave a Reply to safwan amran Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: