Genetik

Adakah genetik memainkan peranan penting dalam membentuk badan? Apakah kelebihan genetik? Melayu vs Cina vs India? Apakah genetik boleh diubah? dan yang paling penting apa itu genetik?

Kursus Kecergasan 2024Genetik didefinasikan sebagai disiplin biologi, sains gen yang melibatkan keturunan dan kepelbagaian dalam individu hidup. Genetik berkait rapat dengan susunan molekul dan perbezaannya di cell, kromosom yang mana didapati daripada keturunan sebelumnya dan perubahan berdasarkan beberapa faktor termasuk populasi, gaya hidup dan sebagainya.

Secara contoh besar, kita boleh dapati perbezaan genetik yang ketara di antara penduduk Barat dan penduduk Asia yang ketara seperti saiz rangka, warna kulit dan sebagainya. Jadi, dalam membentuk badan, jangan bandingkan diri dengan penduduk di Barat dahulu. Mereka sama sekali berbeza dengan kita. Kebanyakan norm yang digunakan dalam bidang kecergasan termasuk norm kiraan peratus lemak, kardiovaskular dan sebagainya datang daripada sana. Kita kekurangan kajian untuk menghasilkan norm sendiri. Bagi menghasilkan norm yang baik, kajian perlu dilakukan dalam skala yang besar yang mana melibatkan jumlah kajian yang besar.

Apa perbezaan genetik kaum utama di Malaysia? Melayu, Cina dan India? Penyesuai genetik akan mengambil masa yang agak lama. Secara amnya, perubahan bukan hanya pada warna kulit. Sejak dahulu lagi, penyesuaian telah berlaku. Di mana orang Melayu pada asalnya dahulu mengamalkan pemakanan yang lebih seimbang di mana ada karbohidrat, dan sumber protein melalui hasil buruan, ikan, ulam dan sebagainya. Orang Melayu lebih bekerja keras, dengan terlibat dalam kerja seperti nelayan, petani dan sebagainya. Proses adaptasi telah berlaku di mana orang Melayu mempunyai genetik yang baik dalam membina dan membentuk badan. Berbanding dengan orang Cina, mereka lebih tertumpu pada kerja mengangkut dan kemudian berubah ke ekonomi. Orang cina mempunyai kaki yang kuat jika dibanding dengan orang Melayu. Pemakanan orang Cina juga banyak tertumpu pada jenis daging. Orang India pula banyak yang bekerja di estet. Kerja yang melibatkan penggunaan tenaga yang sedikit, sebagai contoh menoreh getah. Pemakanan orang India lebih kepada kari dan rempah. Keadaan ini membuatkan orang India lebih gemuk dan mudah gemuk.

Penyesuaian genetik mengambil masa yang sangat lama, di mana mungkin mencecah sehingga ratusan tahun. Minima 50 tahun di rekodkan. Penyesuaian ini telah menurun pada kita. Sebab itu dapat dilihat, orang Melayu lebih menyerlah dalam sukan bina badan, jika dibandingkan dengan orang Cina di tempat kedua, dan India paling kurang. Orang Melayu memiliki pakej yang menarik dan seimbang atas dan bawah. Orang Cina mempunyai kaki yang kuat dan besar (jika dilatih), dan orang india memiliki kaki yang kecil dan lebih sesuai untuk sukan aerobik seperti marathon. Jika kita tengok di Sabah, mereka lebih kuat daripada orang di Semanjung. Ini adalah adaptasi daripada kerja-kerja berat di sana seperti menarik sampan dan sebagainya. Adaptasi-adaptasi ini diturunkan daripada generasi ke generasi.

Adakah genetik ini boleh diubah? Mengubah sesuatu genetik bukan satu proses yang mudah. Proses ini mengambil masa yang sangat lama. Mungkin boleh diubah untuk generasi akan datang dengan bermula daripada sekarang. Pemakanan yang betul dan aktiviti yang seimbang perlu diterapkan dalam generasi kini untuk kepentingan generasi akan datang. Proses evolusi kepada bangsa 1 Malaysia akan mengambil masa yang sangat lama. Bangsa Malaysia boleh diwujudkan jika penyamarataan ini dibuat. Tetapi adakah praktikal dan boleh dibuat?

Hari ini kita mendidik diri kita dengan membiasakan diri dengan makanan segera, mendidik diri kita menambah lemak di badan dan sebagainya. Inilah rupa generasi akan datang jika keadaan ini berterusan. Malaysia akan jadi negara yang tidak sah jika rakyatnya tidak gemuk.

Adakah makanan tambahan yang kononnya mampu mengubah genetik boleh membantu? Tidak terdapat sebarang bukti jelas menunjukkan makanan tambahan itu sebenarnya berkesan. Kebanyakan hanya teori dan kajian yang dijalankan sendiri dan bukannya kajian pihak ketiga. Pendek kata, lebih kepada melariskan jualan produk.

Bangsa Malaysia?

Adakah latihan dan senaman membantu? Secara jujurnya, mereka yang genetik lebih baik tetap akan lebih baik. Kerja keras akan membantu menonjolkan seseorang tetapi bukan memaksimakan potensinya. Seorang atlet pelari yang bukan ditakdirkan sebagai pelari tidak akan betul-betul berjaya sebagai pelari tetapi boleh berjaya juga jika pihak lain tidak melatih atau tidak cukup apa yang diperlukan. Contoh jelas, dapat dilihat perbezaan antara Phil Heath yang digelar, ‘The Gift’. Genetiknya antara yang terbaik dalam membentuk badan. Jangan kecewa kerana faktor genetik kerana anda masih boleh menjadi seorang yang baik mengikut bidang yang sesuai. Mungkin bukan sebagai seorang atlet bina badan, tetapi sebagai atlet badminton. Boleh juga berjaya dalam bina badan dengan usaha yang lebih.

Jangan dibandingkan diri dengan seseorang yang mempunyai asas genetik yang berbeza. Perbandingan yang tidak munasabah, mungkin akan mengundang kekecewaan. Perbandingan yang selalu dibuat seperti membandingkan diri dengan rakan atau partner latihan.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

18 thoughts on “Genetik

  1. org pertama..hihihi..

    1. hhhmm..mcm tu ke dato..nampaknya saya xda genetik yg d nyatakan..uuwwaaaa..kecewa nyer tp sebabkan minat sukan ni xkisah la…dgn genetik tu…janji kepuasan angat besi walaupn org tua2 slalu ckp xda kerja len ke asyik p angkat besi buruk jea….anywhere tq dato….

      1. bukan ckp x boleh, boleh tu boleh, tp jgn compare diri dgn seorang yg geneticnya sgt baik. usaha pun main peranan. cuma jika dua2 berusaha, baru masuk faktor genetic. mcm kes jay cutler vs phil heath. kedua2 berusaha.

        1. nak tanya dato ni..saya kecewa betul dgn bench press saya..biasa saya train sampai 80kg..lately ni pelik pula nak angkat 40kg pn berat smcm..bila d tambah beban mmg berat sgt pula rsnya…apa sbb nya???rasa geram pn ada…dato ada tips utk perbetul kan masalah tersebut o cadangan ke??

          1. byk penyebab yg mungkin.
            1. mungkin x cukup rehat
            2. mungkin dah tiba masanya buat perubahan program
            3. mungkin …
            , antara yg boleh dibuat, rehat beberapa hari, pergi merehatkan otot seperti urut dan sebagainya, cuba cara train yg lain.

  2. khairul aizal says:

    dato, calf sy susah nak membesar (cut aje) adakah faktor genetik

    1. mungkin ya, mungkin tidak. jika segala cara dah dicuba, masih x besar, bukan ya

  3. salam dato.
    mksd dato nie,klu parents kita gemuk mksd dato kita akan mewarisi gen berkenaan dan kt akan gemuk ka..ataupun klu kita dah kurus nnt mungkinkah anak kt akan kurus..

    1. wasalam. mungkin ya dan juga mungkin tidak. ada kes, 1 generasi x effect sgt. mungkin diwarisi drpd datuk nenek. case individual mungkin berbeza.

  4. muscular-girl says:

    kalau campuran cam i ni camna? :p

  5. dato,adakah genetik ini mempengaruhi symmetry atau bentuk badan yang beza?

  6. memang kalau nak kira,saiz dan bentuk lengan,tangan & kaki kita semuanya diturunkan pada kita(pendek kata semua anggota tubuh badan dipegaruhi genetik) , kerana genetik kita telah menghadkan limit kita dalam bina badan,tapi jika dilihatkan pada sudut latihan kekuatan ia adalah universal kepada semua orang tidak kira anggota badan kaki dan tangan kata pengarang buku savage strength.tetapi 4 faktor perlu diambil kira antaranya genetic,exercise and exercise routine,nutrition,mental attitude kata “The iron Guru”Vince Gironda.dan utk memahami faktor diatas diringkaskan kepada konsep falsafah ke atas diri(motivasi),tranquility,workout tempo,concentration,visualization baru lah sampai genetic limit.jika nak dihuraikan konsep sahaja memang payah apatah lagi faktor.jika nak tahu pasal vince gironda nie,pernah training arnold.tapi jangan lah berputus asa,selepas tahu perkara ini sebab ada beberapa tokoh bina badan terkenal yang melawan genetik(maksud di sini melepasi maklumat genetik),contoh Tom Platz tengok pehanya dan saya tahu cara Tom Platz melepasi had genetiknya,pendek kata believe in what you believe

    1. back in the year of 2004, waktu malaysia ada organize world fitness event di ipoh. ada demo cara tom platz training. actually concept yg lebih kurang sama mcm breaking the fascia yg diura2kan skrang. cuma dgn nama berlainan.

      1. ooooo,,,saya nie kira nya sdh lama x workout tapi dada tak trun2,msh maintain je,,,,.adakah genetik saya bagus.saya campuran arab,melayu,india,burma,siam(pattani).campuran arab dan india sudah lama kira-kira 4keturunan sblm saya.datuk sebelah ayah saya dulu berkerja memrlukan tenaga yang banyak,spt mencangkul,tebang batang balak 3-4 peluk(ukuran kelliling guna pelukan),nenek sebelah ayah saya kerja berat juga spt mencangkul.ayh kpd nenek saya org pantai,kuat kerja spt mendayung perahu dan pernah mendayung dari pattani hingga kelantan,emak kpd nenek sblh ayah saya kerja kuat spt berkebun.nenek sebelah emak saya berkerja sebagai petani dan datuk sebelah emak kerja kilang kayu.Tubuh saya mudah cut,rip and shredded,badan saya mudah membina otot tetapi sukar utk hilang,pendek kata yang saya tahu 2 keturunan sblm saya memang kuat berkerja dan kerja keras….adakah genetik saya termasuk jenis yang baik

        1. genetik yg baik tu terlalu luas, baik utk ap. daripada generasi sbelum ni, nampak cam baik utk kekuatan, tp ada kemungkinan senang rip tp susah size. senang ke nak sizing skrang?

          1. sng sizing,so genetik saya sesuai utk powerlifting,strong man

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: