Glosari Latihan Bebanan

Terlalu banyak nama latihan yang pelik-pelik. Entri kali ini umpama glosari latihan.
Superset – Merujuk kepada 2 latihan berterusan tanpa rehat. Ia boleh jadi otot sama atau berlawanan atau berlainan. Contohnya bench press terus ke biceps curl. Berapa ulangan bergantung pada jenis latihan.
Tri-set – Merujuk kepada 3 latihan berterusan tanpa rehat. Boleh jadi otot sama atau berlainan.
Giant Set – Merujuk kepada lebih 3 latihan berterusan tanpa rehat. Mungkin boleh cecah ke 50 jenis latihan.
Negative – Turun perlahan berbanding menaikkan beban. Fasa essentrik terkawal. Biasanya menggunakan bantuan luar.
Drop Set – Menggunakan beban yang semakin dikurangkan untuk sesuatu senaman. Boleh jadi beberapa set.
Super Slow Rep – Berhenti di pertengahan pergerakan dan bergerak sangat perlahan. Kebiasaanya 4 saat.
Post-Exhaust – Pergerakan kompaun disertai dengan pergerakan isolasi. Contohnya, squat ke leg extension.
Pre-Exhaust – Pergerakan isolasi disertai dengan pergerakan kompoun. Contohnya, leg extension ke squat.
Forced Reps – Ulangan paksaan dengan kehadiran spotter atau supporter.
Cheat Reps – Cara melakukan pergerakan mungkin sendikit salah tetapi menggunakan beban yang lebih.
21’s – Merujuk kepada 3 latihan berterusan 7 ulangan. Kaedah yang diguna pakai oleh Ronnie Coleman suatu ketika dahulu.
Pyramid Set – Merujuk kepada beban yang ditambah dan apabila mencecah maksima dikurangkan kembali separuh daripada beban maksima. Contoh, daripada 20kg ke 40kg ke 60kg ke 80kg dan akhirnya ke 40kg.
salam dato..blh terangkan apa fungsi compound movement dan apa tujuannya..tq
compound = byk otot terlibat. depend pada sistem latihan. jika diguna utk power, jadi power.
isolate = 1 atau sekumpulan otot sahaja.
Comment