Gynecomastia
Gynecomastia adalah istilah yang digunakan untuk tisu payudara besar di kalangan lelaki. Dalam bahasa greek, gyne bermaksud perempuan dan mastos payudara. Ia juga dikenali sebagai gyno. Dalam dunia bina badan, ia biasa dikaitkan dengan steroid berikutan nisbah testosteron berbanding estrogen. Dalam majoriti kes, ianya tidak boleh dipulihkan. Satu-satunya cara merawat adalah melakukan pembedahan untuk membuat gynecomastia itu mengurangkan peningkatan tisu payudara.
Gyno ini biasa berlaku pada pengguna steroid jenis testosteron. Ia biasa terjadi apabila pengguna berhenti menambah testosteron kepada badan. Mereka mengambil masa untuk menghasilkan testosteron secara semulajadi pada tahap yang normal. Pada tahap ini, paras estrogen boleh jadi lebih tinggi berbanding testosteron. Ia juga boleh terjadi apabila pengambilan testosteron terlalu tinggi dimana mekanisme badan cuba menaikkan paras estrogen untuk seimbangkan testosteron mengikut rationya. Testosteron ditukar ke estradial yang mana menyerupai estrogen. Sebaik sahaja tahap hormon kembali normal, rangsangan tisu payudara akan hilang tetapi seri kali tisu payudara kekal.
Bukan semua jenis steroid menyebabkan masalah ini. Antara steroid yang boleh menyebabkan masalah ini termasuk anadrol, sustanon, dianabol dan sebagainya yang sama jenis. Terdapat juga mereka yang semulajadi dengan masalah gynecomastia dimana paras estrogen mungkin tinggi sedikit daripada lelaki lain. Ia mungkin nampak hilang apabila melakukan latihan atau aktiviti yang melibatkan pergerakan dada tetapi timbul kembali selepas itu.
Cara terbaik mengelakkan gynecomastia adalah tidak menggunakan steroid sama sekali tetapi bagi mereka yang menggunakan steroid, terdapat rawatan yang membantu mengelakkan gynecomastia. Terdapat ubat yang dipanggil anti-estrogen seprti nolvadex dan arimidex yang boleh digunakan dalam kitar yang membantu mengurangkan kesan gynecomastia jika diambil sebelum paras estrogen terlalu tinggi. Ia tidak berkesan menghalang jika diambil selepas timbul kesan gyno.
Bagi mereka yang tidak mengambil steroid, masalah gynecomastia disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon. Ia selalunya disebabkan masalah kelenjar dalam badan. Ia juga selalu terjadi pada lelaki yang berlebihan berat badan. Pada amnya, gynecosmastia tidak memberi risiko kesihatan, cuma kesannya daripada segi imej. Tak lawa rasanya menayangkan dada di pantai jika ada masalah gyno ini.
Sebab-sebab lain gynecomastia termasuk akil baligh, obesiti, tumor, gangguan genetik, penyakit hati, ubat-ubatan tertentu, sindrom klinefelter, sindrom gilbert dan penuaan. Penggunaan ganja juga mungkin jadi penyebab.
Mereka yang berdepan masalah gynecomastia kerana obesiti mungkin mampu pulih setelah berjaya turunkan berat badan tetapi kebanyakan orang perlu menjalani pembedahan membuang tisu berlebihan. Pembedahan itu adalah gabungan liposuction dan pemotongan kelenjar di sempadan puting. Jika di Malaysia, pembedahan boleh dilakukan dengan kos sekitar 5 ribu.
Salam dato,penyakit ni sama tak dgn yg saya hadapi sekarg,buah dada belah kiri sy besar sebelah dlm die ada cam biji
biji dah mcm possility breast cancer
Dato,saya umur 14 tahun..dan saya salah seorang mangsa gyno.. Saya nk main muay thai pon ssh..kena bkk baju..
soalan saya:apakah katogeri gyno saya?..adakah kerana akil baligh ataupon sbb benda lain..
2:adakah saya blh mengambil ubat gyno?
3:apakah cara tercepat untuk memulihkan dada saya ni dari gyno
Saya berumur 14 tahun
Soalan sya:1)bolehkah saya menggunakan ubat gyno
2)apakah cara tercepat untuk memulihkan badan sya ni dr gyno
dptkan nasihat doctor utk penggunaan ubat. mungkin boleh rendahkan bodyfat dulu.
tgk cam takde beza pn gambar kiri n kanan lepas pembedahan tu, cuma puting je tak terjojol. kalau saya badan cam kiri tu mmg tak yah bedah2 dah.. haha.
dato’.,apa maksud dato’ dgn ” ia akan nampak hilang kalau lakukan aktiviti atau senaman”??? klau seseorang tu gemok dan mengalami masalah ini adakah ia akan hilang jika seseorang itu menurunkan berat badan dan bersenam???
ataupun gyno ini akan selesai melalui pembedahan shj???
tq dato’
bila dada bergerak, biasanya gyno ni x nampak. bila bdn cooldown, start nampak balik.
gemok, dlm kebanyakan kes hilang. minor kes x hilang.
surgery sebagai jln akhir.
tq dato
Sy sedih selalu kene ejek sbb tetek cam perempuan.. Bkn salah sy.. Tp skang nk makin kurus tp dada still x berubah
aq ada masalah ni………….kcewa2……
jgn kecewa, bukan end of life. 🙂
Mcm mana nak hilangkan ? Dia tekan sakit em. Ada gumpalan dkt area puting tu emmm pls help me ???
Skrg macam mana?
Salam Dato’
Saya nk tanya ttg pengambilan creatine dan anabol 5..
adakah ia boleh diambil pada waktu yg sama iaitu pagi dan selepas workout..
takut ada konflik jika diambli secara serentak..
tq dato..
anabol 5 pagi sekali, sebelum workout sekali.
creatine amik semasa training atau lepas training.
anabol tu bukan steroid ke
anabol 5, categori supplement tp menggunakan nama hampir serupa seperti steroid
so blh ambek x dato, kesan x mcm steroid?
dato, sy mengalami mslah ini,dan masih adakah cara utk mengatasinya dr segi senaman ataupn workout? selain dr surgery.
kena turunkan peratus lemak. kalau peratus lemak dah sgt rendah tp still ada, makna mmg x boleh hilang begitu sahaja.
macam mana nk tahu peratua lemak dalam badan?
salam..apakah kandungn yg terdapat dlm steroid yg mnjadi punca kpd pnyakit ni DATO’??
ada pelbagai. setiap steroid lain jenisnya.
salam dato, mcm mana kita nak cek percentage fat? maksud saya mahu sendiri cek, ada alat atau penimbang khusus? kalau badan tak gemuk sangat, cuma lemak2 berlebihan banyak, apa exercise yg efficient utk lean kan badan?
ada penimbang, boleh dpt di fitness concept. atau mesin2 biasanya di shopping complex.
salam dato..
saya pun ada masalah ini..Apakan senaman yang boleh membantu..tolong…huhu
wslm. senaman buang lemak. x kira senaman apa. boleh membantu. cuma kalau dah timbul gyno tu. agak sukar sikit nak hilang.
salam dato..boleh ke benda ni berlaku dkt sebelah payudara lelaki,sebelah saje
boleh.
boleh tak sy amik nolvadex tok anti estrogen dgn testostorone booster tok lawan benda ni? atau dato ada cara lain …
biasanya bila dah timbul x brapa berkesan. boleh cuba.
Tq dato,sy akan cuba..
Berat saya 140 kg tinggi 173cm….boleh x cadangkan senaman yang sesuai untuk saya turunkan berat badan….saya ni jogging skit je dah penat…ade x senaman2 ringan untuk starting…
boleh cuba http://strengthsifoo.com/orang-baru/
As-salam… doc, sy mengalami gynecomastia juga.
Fizikal sy kurus shj dgn tinggi saya dlm 170cm dan berat dlm 57kg,
saya tak pernah dpt kn kepastian dari mane2 doc, tetapi apa saya kaji dlm internet mungkin saya mengalami gynecomastia ni,
Adakah salah satu penyebab terjadinya ini disebabkan saya kurang bersenam ditambah lagi dengan saya mengalami masalah hyperhidrosis yang menyebabkan saya tidak boleh melakukan aktiviti sihat seperti bersenam dan bersukan?
Saya teringin untuk melakukan pemeriksaan dengan doktor tetapi tidak tahu dimana boleh saya dapatkan pemeriksaan lanjut. Boleh doc cadangkan mana2 hospital/klinik yang perlu sy boleh sy bt pemeriksaan ini?
Ataupun ada x apa2 supplement yg perlu sy ambil untuk mengelakan pembesaran akan berlaku lebih ketara..?
hyperhidrolisis kategory mana?
sy x kenal doktor dlm bidang ni.tp setakat normal checking, majoriti hospital boleh.
boss buat cek kat mane???
alamak aiman ada la masalah ni ==”
habis lah
doc..kos pembedahaan 5k tu di hospital kerajaan atau swasta?
swasta. tu cost yg murah.
ADUH..SAYA RASA KECEWA APABILA SAYA MENDAPAT TAHU INILAH PENYAKIT YANG SAYA DAPAT…BERAT SAYA 175 CM DAN BERAT BADAN SAYA 85 KG BERUMUR 15 TAHUN..JIKA SAYA BERUSAHA MENGURUSKAN BADAN ADAKAH PAYUDARA SAYA SEMAKIN MENGECIL??SAYA DA TAK SANGGUP KENA BAHAN KAT SEKOLAH..ASYIK KENA RABA JE..SAYA SANGAT KECEWA..PLEASE TOLONG JAWAB DATO..TQ
kuruskan badan dulu. jgn tertekan dgn masalah ni.
askm, sy ad jugak menghidap penyakit ini, buah dada sy besar seperti perempuan , sy slalu berfikir ia mungkin kerana berat badan sy melebihi 100kg, sblum nih sy ad membuat senaman slama sbulan, terasa ia mengecil sedikit, sy nak ty kalau sy terus mengamal kan diet atau kurangkan berat badan mungkin ia akan menjadi positif??
cuba kurangkan lemak dulu
Salam dato..saya pon mengalami masalah yg sama…saya sedang berusaha untuk membuang lemak didada..tetapi masalah gyno tu still ade ke kalo lemak kat dada ilang?..
ada possibility ada, ada juga possibility hilang.
Ouh boleh macam tu ehh…. saya pun kene penyakit ni dua ii belah ada….bila suhu sejuk dia kempis rasa lawa bila tengok macam sado sikit body…..bila suhu panas dia jadi menonjol pulak….ape ii pun saya cuba dulu kurangkan lemak nak tengok dia hilang atau pun masih kekal lagi….mudah-mudahan hilang la….doakan saya ye ??
Macam mana sahabat? Makin okay ke?
slm dat0′ berat sy 88kg & tnggi 176cm, sy juga ade msalah ini, bgaimana nk bg badan klihatan kemas & s0lid? msalah gyn0 tu da bransur2 kurang, tp ade lg la,,, apakah yg prlu sy bt utk badan klihatan kemas??
turunkan lemak bdn dgn diet dan latihan.
salam dato’
ada cadangan tempat tak untuk melalukan pembedahan. Tempat yg terbaik dicadangkan oleh dato sendiri di klinik atau hospital di Malaysia ini. Sy selalu buat senaman dada untuk kurangkan lemak di dada, tetapi sy rasa memang jalan terakhir adalah melalui pembedahan kerana sy masih lihat tiada perubahan walaupon sudah setahun
wslm. sy xde cadangan yg mana terbaik. cari hospital swasta yg kecil untuk cost yg murah.
assalam dato’
kalau yang jenis ade biji kecik dalam puting tu mcm mane pula?.
mohon pencerahan
dapatkan pengesahan kanser payu dara.
salam dato boleh ke kalau saya amik novaldex or arimidex untuk hilangkan? saya tidak pernah menggunakan steroid before ni. semula jadi.
dptkan refer doctor utk guna steroid.
Dato, saya ada masalah ni dulu, saya dah kurus tapi puting still nmpk besar dan menggeleber… Selain pembedahan ada cara lain tak ??
baik dato tqq
ada dinyatakan beberapa kaedah dlm entri di atas.
Slmt sejahtera.
Nak tanya dgn Dato,
Ada tak krim sapu utk merawat penyakit ini kat malaysia?
byk di pasaran seperti cocoa butter dll. tapi ambil masa sgt lama dan belum tentu pulih sepenuhnya.
salam dato
masalah saya samala macam dalam gambar atas tu .. nak kata lemak saya kurus je .. activiti sukan pom kerap … tapi puting saya timbul .. klau mase sejuk dia mengecil … klau mase panas dia mula la timbul ..xde ke cara lain selain surgery ?
ada sesetengah, masalah genetic.
Slm Dato..
Saya ada terbaca treatment menggunakan pil Gynoxin atau Tribulus Terrestris. Apa pendapat dato tentang nie..?
http://build-muscle-101.com/herbal-remedies-for-gynecomastia/
boleh cuba kalau nak. nanti bagi feedback kat sini.
salam dato
masalah saya samalah mcm ni. .nak kata lemak saya kurus je .. activiti sukan pon kerap … tapi puting saya timbul .. klau mase sejuk dia mengecil … klau mase panas dia mula la timbul .klau ambil nolvadex boleh berkesan tak ? ada kesan smpingan tak ,tq dato
ada sesetengah tu masalah genetic, drpd kecil begitu. nolvadex x membantu
Mane nk dpakn pil gynoxin?
di farmasi ada
Di farmasi mana dato??
Semua farmasi ada kot rasenye cuba cari dulu…. Ada tuu…
Cik. Nak tanya. Berapa kosnga untuk membuat surgery untuk gynecomastia. Dan dia mana saya boleh buatnya
last sebelum ni dlm 5k. di hospital2 swasta biasanya ada.
Dato. Saya nak tanya anggaran kos pembedahan nak kecilkan puting. Puting ye bukan dada. Kos di hosp kerajaan mcm hosp sg buloh. Tq
dlm 5k kalau ikut yg lama. hospital kerajaan saya tak pasti.
Salam dato. Sy ada masalah gyno. Dulu masa sy belasan tahun. Sy seorg yg obes. Tinggi sy 165cm berat 92kg.hampir 1tahun sy berdiet. Akhrnya sy dpt menurunkan bert. Badan sy sehinga 70kg. Sy bersenam di gym selama 5tahun dan body sy ala2 bodybuildr . Masalah sy. Mcm mana nk buang gyno??? sy pernah ambik nolvadex. Tapi x berhasil. gadang2 sy malu.Badan dah ketol2 tapi ada buah dada. Ketolan gyno agak ketara walaupun pakai bju. Untk pengatahuan dato. Masa sy aktif ggym sy pernah cuba deca,anapolong dan juga anabol. tolong sy dato
kalau genetic, sebelum ni mmg dah ada. tak boleh buat apa biasanya. cuba turunkan fat percentage dulu.
sekiranya melakukan suntikan L carnitine di kawsan breast boleh ke dato?
takut sakit tu. kalau ikutkan boleh. tapi baik jangan.
salam dato
masalah saya samalah mcm ni. .nak kata lemak saya kurus je .. activiti sukan pon kerap … tapi puting saya timbul .. klau mase sejuk dia mengecil … klau mase panas dia mula la timbul .klau ambil nolvadex boleh berkesan tak ? ada kesan smpingan tak ,tq dato
sya pun menghadapi penyakit ini tpi sya Rasa teruk Sgt ni sebelah kena putung sya Rasa sakit sengal2 mcm tak selesa dan kedua-dua tangan jari sya kebas-kebas.boleh dato beri penjelasan tentang hal ni apa yg harus sya lakukan.
mcm pelik je. dah check doctor?
sebelah Kiri puting sya keci dan sebelah kena Pula besar.sya ada terbaca Stu product gynexin yg boleh menyembuhkan tanpa sugary adakah tu besar?dimana mana sya mendapat product itu?farmasi Kat mana?
Salam dato. Saya alami masalah ini sejak kecil. Dan sekrg saya dah berumur 31 tahun,masih bergelut dengan gyno ini. Apakah medicine or treatment untuk mengatasi masalah ini selain bedah.
Dato, ada tak rawatan gyno dalam hospital kerajaan, berapa kos yang diperlukan
operation. dulu dlm 5k. skrang tak pasti.
Yg terbaru sye amek pil gyno prohibit dr androgen pharma..bru test..x abih lg sbotol..xtau la jd ke x..bleh tnye dato status syarikat androgen pharma ni..halal ke x produk die ek..tgk kandungan cm tumbuh2an je..
halal ke x, kena tgk status dia. saya pun x pasti. mungkin pakai gelatin. dlm most case gelatin babi.
Ada perubahan tk penggunaan pil gyno prohibit tu? Boleh share
Kalau kita makan arimidex okay kan doc
Dato bleh x sya gunakan ubat gyno prohibit sbb masalah manboob mcm dh lama
Bdn sya kurus ja tpi stil nmpk puting
kekadang mungkin masalah genetik atau mungkin bodyfat tinggi.
dulu obesskrg dah kurus tapi bahagian puting tu timbul confident mmg takde umur 16 haih sedih
cuba dropkan lagi bodyfat
Nak tanye… Kalau sebelah je gyno lepas tu biar kan lama2… Ada effect yg lain ke atau jadi lebih teruk?
gyno atau lemak?
salam dr kaedah terakhir untuk tahun 2023 ni memang kena buat pembedahan eh? Jika buat ada side effect tak doktor?
kalau menjejaskan diri, perlukan ianya dibuang, suka tak suka, pembedahan. risiko biasa, lebam, darah, parut, pengumpulan air dan sebagainya
Assalamualaikum doktor…saya ad masalah gyno….saya nk buat pembedahan tapi tidak tahu dimana…sebb saya malu…kalau lepas buat pembedahan ada side effects ke doktor?
waalaikumsalam. saya kongsikan 1 laman ini, https://malay.aestheticsadvisor.com/2020/05/rawatan-dan-kos-gynecomastia-di-malaysia.html
kos terkini sekitar 16-20k. kerajaan lebih murah tapi mungkin sukar dapat appointment.