Hiperplasia

Hiperplasia boleh ditafsirkan sebagai;
‘Pertumbuhan organ disebabkan peningkatan bilangan sel‘
Berbeza dengan hipertrofi iaitu peningkatan saiz sel-sel sedia ada atau serat berbanding dengan peningkatan bilangan sel. Sebagai contoh hiperplasia, tisu payudara yang mengalamai hiperplasia pada seorang ibu yang menyusukan anak. Pada peringkat awal sebelum mengandung, payu daranya mungkin agak kecil tetapi bila mengandung dan menyusukan anak, ianya membesar. Begitu juga tonsil tumbuh kerana jangkitan pada tekak melalui proses hiperplasia.
Otot rangka manusia mengalami hipertrofi berikutan program latihan bebanan dengan beban yang sesuai dan sistem latihan yang betul. Adakah ianya hipertrofi serat (muscle fibre) atau hiperplasia serat? Dalam bahasa mudah, adakah otot membesar disebabkan oleh peningkatan saiz serat yang sedia ada ada peningkatan bilangan serat?
Terdapat pelbagai kajian tentang ini, dan kebanyakan kajian mengarah ke hipertrofi tetapi terdapat juga kajian bercanggah. Kajian bercanggah juga menunjukkan otot mengalami hiperplasia apabila melalui latihan bebanan yang melampau. Buat masa ini kajian banyak tertumpu pada binatang dan kurang kajian pada manusia. Antara kajian, seperti meletakkan beban ke atas burung, dalam satu jangka masa burung tersebut mengalami hiperplasia.
Walau bagaimana pun, terdapat teori dan sedikit kajian ke atas ahli bina badan yang mana ototnya melampau saiz purata seorang manusia mengalami hiperplasia berikutan latihan bebanan yang berulang-ulang ke atas otot yang terlibat. Secara teorinya, dicadangkan, hiperplasia mungkin berlaku melalui dua cara. Pertama apabila gentian yang sedia ada pecah melebihi kapasiti asal. Kedua pengaktifan sel sekitar serat otot yang mematangkan otot tersebut sehingga tidak boleh mengalami perubahan lagi.
Kajian hiperplasia terhadap manusia tidak dapat hasil yang boleh disimpulkan lagi. Ruang kajian masih terbuka.
Soalan: Kenapa burung boleh terbang sedangkan ayam tidak? Kedua-duanya memiliki kepak.
Soalan: Kenapa burung boleh terbang sedangkan ayam tidak? Kedua-duanya memiliki kepak.
jawapan 1 – kalo ayam boley terbang..belum tentu name ayam tu akan ade..hahaha..
:D. salah. ni bukan soalan teka teki. soalan sains ni. 🙂
klu jawapan cmnie..sbb ayam banyak guna kaki kurang guna kepak, ok x jawapan ni?
x tepat.
1) nisbah saiz kepak dgn berat @ saiz badan ayam sgt rendah brbanding burung
2) kekuatan otot – ayam tiada keperluan utk terbang. makan, minum tuan bagi, bertelur, tidur dalam reban. semua aktiviti atas tanah. tiada sebab utk terbang jadi xberlatih otot2 yg perlu utk terbang. cuba banding ngan ayam hutan. kena kejar ngan musuh kena terbang. hari2 nak tidur kena terbang atas pokok.kira bnyk latih utk terbang. sbb itu ayam hutan blh terbang dgn lbh baik dr ayam biasa. apa lagi burung yg mmg kehidupan di udara. (ni jwpn agak2)
masih x kena ngan jawapannya. tp ada point2 nya sikit.
nape dato?
Kerana
1)bdg burung berbentuk aerofoil ..ayam tdak.
Brung mempunyai pekroralis minor dan major yg kuat bbnding aym
#teke je
Bkn bdn tpi syap
#pembetulan
tak berapa tepat lagi.