Hipertrofi
Setiap kumpulan otot, sebagai contoh bisep dibuat daripada sekumpulan gentian otot atau dalam bahasa lain, sekumpulan serat otot. Daripada 1 serat otot, dipecahkan lagi kepada myofibril. Myofibril dipecahkan lagi kepada actin dan myosin. Pecahan terkecil adalah sel. Pergerakan otot adalah melalui teori gelincir actin myosin (actin myosin sliding theory). Daripada teori ini, dapat ditunjukkan kepentingan kalsium dan lain-lain dalam pergerakan. Saya akan cerita dalam entri akan datang.
Menurut prinsip hipertrofi, otot menjadi lebih besar berikutan rutin latihan kekuatan. Sebahagian menjadi lebih besar atau tebal. Satu atau lebih penyesuaian berikut menyebabkan peningkatan dalam saiz gentian:
– Peningkatan dalam jumlah protein pengikat (actin dan myosin)
– Peningkatan dalam bilangan dan saiz myofibrils setiap gentian otot
– Peningkatan dalam jumlah tisu pengantara
– Peningkatan enzim dan nutrien yang tersimpan
Peningkatan jangka panjang dalam saiz otot disebut sebagai hipertrofi kronik atau kematangan otot. Hipertrofi jangka pendek merujuk kepada pump atau ketegangan yang berlaku semasa latihan rintangan yang mana kebiasaannya akan kecut semula mungkin selepas mandi, 2 atau 3 jam selepasnya, atau mungkin sehari atau lebih yang mana rata-rata rasa seolah-olah kecut semula. Ini adalah sebahagian besar disebabkan oleh peningkatan penyerapan cecair dalam ruangan interstital dan intraselular otot dan dikenali sebagai edema. Jadi jangan merasa kecewa kerana kembang sekejap dan kembali pada tahap asal kerana hipertrofi sebenar belum berlaku.
Peningkatan dalam saiz gentian individu dirangsang oleh peningkatan dalam sintesis protein otot. Semasa latihan berintensiti tinggi, sintesis protein akan berkurang dan meningkat selepas tamat latihan atau dalam tempoh pemulihan. Disebabkan sintesis protein mengurang semasa latihan, adalah amat tidak digalakkan untuk latih berlebihan. Antara indikator senang, badan berbau semacam, menunjukkan protein sudah mula dibakar sebagai sumber tenaga. Mengambil tambahan karbohidrat dan protein selepas sesi latihan rintangan terbukti untuk mengurangkan kadar degradasi protein.
Menurutkan kajian juga, otot essentrik yang terlibat mengalami pertumbuhan yang lebih berbanding otot konsentrik. Sebagai contoh, bila buat biceps curl, apabila bar dinaikkan itu dipanggil konsentrik dan diturunkan dipanggil essentrik.
Selamt Pagi semua,
Bau semacam mcmana tu tuan sebab ketiak dah hangit tu tak dpt detect.
mcm saya lepas ambil bebanan main badminton 3-4set memang terasa badan semcm.
bau hampir ke bau hamcing
Bau tengit.. Penghasilan ketone dr penggunan protein.
tengit ke tengkik? atau hancing? 😀
saya ingatkan ketone terhasil akibat penggunaan tenaga dari lemak?
ya, drpd lemak, tp utk pembakaran lemak, u need carb. carb akan dipecahkan drpd protein
so dato untuk mengelakn dr kecut blik otot selepas main ape g perlu kite laku kn? tau pn tk dpt nk d elakan situasi mcm ni?degradasi protein tu ape?
kembang disebabkan air tu mmg x dpt buat apa. bdn akan amik masa utk adapt dan hipertrofi. jd diharap bersabar. supplement2 yg dikatakan mampu tahan daripada kecut, itu cuma ‘tahan’,
degradasi merujuk pada penurunan
salam dato minta pendapat..betul la dato..mase training ade bau hancingla..ape perlu saya lakukan.
pakai deodorant lebih sket bro.. hahah xD
masukkan glucose sertamerta cam air isotonik
“Menurutkan kajian juga, otot essentrik yang terlibat mengalami pertumbuhan yang lebih berbanding otot konsentrik. Sebagai contoh, bila buat biceps curl, apabila bar dinaikkan itu dipanggil konsentrik dan diturunkan dipanggil essentrik.”
maknanya time nk turunkan dumbbell tu la otot kita paling byk membesar?
ya. train kedua2nya
jadi masa turunkan dumbbell tu kena laju atau perlahan?
depend pada jenis latihan dibuat. jika menggunakan tempo 4s, guna yg sama.
Hi tuan..Nak tanya..setiap kali semasa latihan terutama biceps dan trisep..otot saya cepat sangat pump..contoh kalau bicep curl 4 set..set pertama 15 reps..12..10..dan 8 ..bebanan bertambah setiap set..baru set ke-3 je otot dah pump..so selepas tu buat latihan biceps yg lain dah tak mampu angkat ikut bebanan partner lain..terpaksa partner support naik dan saya hanya bertahan utk turun saja..
1.soalan saya adakah kalau otot dah hipertropi sememangnya akan lemah? Ada cara mengatasi?
2.adakah normal kalau otot cepat sangat hopertropi?
terimakasih atas maklumbalas..tq?
rajinkan diri buat stretching. cuma jgn buat semasa training.