Hormon Pertumbuhan

Hormon pertumbuhan atau GH (Growth Hormone) adalah hormon peptida yang merangsang pertumbuhan sel pembiakan dan pertumbuhan semula dalam manusia dan haiwan lain. Hormon pertumbuhan adalah 191-asid amino, satu rantai polipeptida yang disintesis, disimpan dan dirembeskan oleh sel-sel somatotroph di bahagian anterior kelenjar pituitary. Somatotropin (nama lain untuk GH) adalah hormon pertumbuhan yang dihasilkan secara semulajadi manakala somatropin adalah hormon pertumbuhan yang dihasilkan oleh teknologi penggabungan DNA. Biasanya digelar HGH (Human Growth Hormone)

Kursus Kecergasan 2024Kini rasanya ramai pernah dengar perkataan HGH yang biasa dikaitkan dengan bina badan dengan lambakan jualan di pasaran gelap dengan jenama atau nama seperti Kei Fei, Gentropin, dan sebagainya. Hormon pertumbuhan dalam rawatan gangguan pertumbuhan kanak-kanak dan kekurangan hormon pertumbuhan dewasa. Pernah tengok kanak-kanak yang mana badannya tidak mahu membesar? atau orang dewasa yang kelihatan seperti kanak-kanak?

Apakah HGH selamat digunakan?

Buat masa ini, ujian keselamatan penggunaan HGH masih di tahap percubaan klinikal. Tiada laporan jelas menunjukkan bahaya penggunaannya. HGH dianggap sebagai hormon yang sangat kompleks dan banyak fungsi-fungsi masih tidak diketahui.

HGH telah disalahgunakan dalam bidang sukan sejak tahun 1970-an dan ia telah diharamkan oleh IOC dan NCAA. Analisis air kencing biasa tidak dapat mengesan dadah dengan HGH maka pengharaman itu tidak boleh dikuatkuasakan sehingga awal tahun 2000 apabila ujian darah yang boleh membezakan HGH semulajadi dan buatan mula dibangunkan. Tiada penguatkuasaan dalam sukan bina badan tetapi ada jenis-jenis sukan sudah melakukannya seperti di Sukan Olimpik.

GH juga telah dikaji untuk digunakan dalam sektor pertanian. Penggunaan ini agak kontroversi. Di Amerika, GH digunakan untuk meningkatkan pengeluaran susu lembu.

Apakah fungsi GH pada manusia?

GH secara amnya boleh digambarkan bersifat anabolik (membina). Seperti kebanyakan hormon protein yang lain, GH berinteraksi dengan reseptor pada permukaan sel-sel tertentu. GH juga boleh meningkatkan ketinggian. Hormon pertumbuhan tinggi pada tahap seseorang sedang membesar dan mula menurun apabila mencecah dewasa.

Hormon polipeptida tidak larut lemak, mereka tidak dapat menembusi sarcolemma. Oleh itu, GH mengenakan beberapa kesan dengan mengikat kepada reseptor di sel-sel sasaran, di mana ia akan mengaktifkan laluan MAPK/ERK. Melalui mekanisme ini, GH terus meransang pembahagian dan pendaraban kondrosit-kondrosit tulang rawan.

GH juga merangsang melalui laluan drastik JAK-STAT, pengeluaran insulin-like growth factor 1 (IGF-1) atau sebelum ini dikenali sebagai somatomedin C, hormon yang homolog untuk proinsulin. Anda tahu kepentingan insulin dalam tumbesaran?

Hati adalah organ utama sasaran GH untuk proses ini dan tempat utama pengeluaran IGF-1. IGF-1 mempunyai kesan ke atas pelbagai jenis tisu merangsang pertumbuhan. Tambahan IGF-1 adalah dijana dalam tisu sasaran, membuat ia kelihatan sebagai endokrin dan hormon autocrine atau paracrine. IGF-1 juga mempunyai kesan ke atas osteoblast dan aktiviti chondrocyte untuk menggalakkan pertumbuhan tulang. Pernah tengok mereka dalam bina badan dengan tulang berlebihan atau terlebih tajam di siku, muka dan sebagainya?

Selain fungsi-fungsi itu, hormon pertumbuhan juga mempunyai banyak kesan pada badan seperti:

– Meningkatkan pengekalan kalsium, dan menguatkan dan meningkatkan mineral tulang
– Meningkatkan jirim otot melalui sarcomere hiperplasia
– Menggalakan lipolisis
– Meningkatkan sintesis protein
– Meransang pertumbuhan semua orang-organ dalaman tidak termasuk otak
– Memainkan peranan dalam homeostasis
– Mengurangkan pemgambilan glukosa di hati
– Menggalakan gluconeogenesis di dalam hati
– Menyumbang kepada penyelengaraan dan fungsi pankreas
– Merangsangkan sistem imunisasi

Apa akan jadi jika terlalu banyak hormon pertumbuhan?

Penyakit yang biasa dikaitkan dengan GH berlebihi adalah tumor pituitari yang terdiri daripada sel-sel somatotroph pituitari anterior. Somatotroph adenomas adalah benigna dan tumbuh perlahan-lahan dan beransur menghasilkan lebih banyak GH. Akhirnya selepas bertahun-tahun adenoma boleh menjadi cukup besar untuk menyebabkan sakit kepala, menjejaskan penglihatan disebabkan tekanan ke atas saraf optik atau menyebabkan kekurangan hormon pituitari yang lain oleh anjakan.

Selain itu, GH berlebihan juga menyebabkan masalah di sendi-sendi seperti di jari tangan dan kaki. Pembesaran rahang juga berlaku dan mungkin menyebabkan masalah acromegaly. Masalah turun disertakan dengan berpeluh, tekanan pada saraf, kelemahan otot, hormon seks berlebihan mengikat globulin (SHBG), meningkatkan rintangan insulin ataupun menyebabkan diabetis jenis 2 dan mengurangkan fungsi seksual. GH berlebihan juga menyebabkan pertumbuhan berlebihan yang dipanggil gigantism pituitari.

Apa akan jadi jika kekurangan hormon pertumbuhan?

Kesan kekurangan hormon pertumbuhan adalah berbeza mengikut umur. Bagi kanak-kanak, kekurangan GH menyebabkan kebantutan. Kekurangan GH mungkin disebabkan faktor genetik dan kecacatan kongenital. Kekurangan juga boleh menyebabkan kematangan seksual menjadi perlahan. Jarang berlaku kekurangan pada orang dewasa.

Bagaimana penggunaan oleh ahli bina badan?

Penggunaan dalam jumlah sikit jarang menunjukkan kesan. Penggunaannya mengikut berat badan. Ada kitar yang mudah tetapi jarang mendapat kesan yang baik. Kitar pendek mengharapkan letusan dengan memasukkan sejumlah HGH dalam masa seminggu. Manakala kitar biasa menglibatkan penggunaan setiap hari. Sebagai contoh, mereka dengan berat 90 kg ke atas, menggunakan 8-10 IU sehari. Botol kecil biasanya 4 IU, jadi seorang akan menggunakan 2 botol sehari. Sebulan 60 botol. 1 kotak ada 10 botol. Jadi sebulan menggunakan 6 kotak. Harga sekotak dalam pasaran gelap di Malaysia sekitar rm400 hingga rm3000. Biasanya mengambil masa sekitar 3 bulan ke atas untuk menunjukkan kesan. Selain itu biasanya digabungkan dengan satu jenis testosteron yang sekejap di dalam badan dan insulin yang mana penggunaannya juga setiap hari.

Manakala IGF-1 digunakan untuk membesarkan bahagian tertentu yang mana menjadi kelemahannya seperti di betis, trisep dan sebagainya. Penggunaan HGH melampau juga boleh dirujukkan ke kesan GH berlebihan dalam badan.

Adakah HGH jenis pil berkesan?

Sejak akhir-akhir ini, terlalu banyak HGH jenis pil dalam pasaran. Terdapat juga pil yang merangsang pertumbuhan HGH. Adakah ianya berkesan? Boleh dikatakan kesemua kajian yang ditunjukkan adalah kajian sendiri dan bukan kajian pihak ketiga, jadi agak dicurigai. Tidak terdapat kajian pihak ketiga menunjukkan ianya berkesan. Jika anda ada duit berlebihan dan tidak tahu hendak dibuang di mana, boleh lah mencuba. Ia termasuk dalam kategori makanan tambahan berbanding jenis cucuk yang termasuk dalam kategori hormon tambahan.

ZK: Kenapa anda teringin menggunakannya? Anda bertanding di peringkat dunia dan diberi ganjaran yang besar? Ingin kelihatan cantik sekejap? Anda perlu ingat, satu hari nanti anda akan sampai ke tahap ingin hidup gembira berkeluarga, bermain bersama anak-anak. Jangan sampai satu tahap di mana, anda besar, freak tetapi tidak boleh menikmati hidup dengan gembira. Bina badan adalah sukan yang baik, yang mana perlukan disiplin yang tinggi, tetapi apabila disertaikan dengan bahan-bahan luaran, seolah-olah menunjukkan sukan ini mempromosikan dadah.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

56 thoughts on “Hormon Pertumbuhan

  1. Boleh ke sy nk guna HGH ni utk tinggikan badan, dpd 165cm kpd 180 cm?

    1. terapi GH tambah tinggi kena rujuk pada pakar. bukan suka2 pakai GH. tp penambahan 165 ke 180 tu mcm melampau

      1. Nk jumpa pkar hgh tu dimana?

      2. Encik Zaki tinggi saya 157.5 tpi umur saya nk sampai 18 tahun dh adakah wajar saya menggunakan Gh ni

  2. penggunaan hgh menyebabkan bloated sebab organ2 membesar.betul ke kenyataan ini dato?

  3. “Jika anda ada duit berlebihan dan tidak tahu hendak dibuang di mana, boleh lah mencuba” LOL.

    Dato antara yg paling lantang mengkritik penggunaan steroid
    Dato juga sinikal ttg penggunaan protein powder
    lets say kalau dato sendiri baru belajar nak main gym, dato spend duit ke mana? instructor ? makanan berkhasiat?

    p/s: betul ke tgk porn boleh meningkatkan kadar testosteron? kheehehe

    1. kalau xde ilmu, rasanya akan beli mcm2 supplement gak. 😀

      tgk porn membantu, tp jgn la tgk semata2 utk naikkan testosteron.

      1. mcm mne dgn beronani dato’ boleh meningkat kn hormon tk? 🙂

  4. salam…sya ada msalah tmbesaran…umo sye 18thn..lelaki…tetapi tinggi sye cuma 152cm n brat 44kg….dpatkah sya tnggi lagi..????sya seorang pemain bolasepak di sekolah…knape tmbesaran sye trbantut..????fktor ini yg mnjejaskn sya utk mwakili bolasepak di sekolah….blehkh sya mngambil HGH..???

    1. genetic factor. dlm teori sampai 21. tp jgn espect jd terlalu tinggi. antara cara, train like basketball player, byk jumping, byk strecth, tarik bdn, apa2 activiti tarik, cam yoga, gayut dan sebagainya.
      penggunaan GH, dptkan nasihat pakar genetic. ada hospital yg ada di Malaysia, kalau x silap, assunta ada.

      1. Trima ksh Dato’…infrmasi Dato’ sngt brguna bgi sye…

        1. sye mwakili bola sepak sekolah pn just sbagai bangku smpanan je skarang ni…dlu je sbagai pemain utama….sbab coach bagitahu sye..,,sye xde saiz ngn player yg lain…niat sye nk ambil HGH ni pn bukan utk mnjadi seorng ahli bina badan..,tpi just utk tnggikn dan besarkn badan….Dato’..,,HGH nie mcm susu protein ke…????sye thu HGH nie sbb sye bce artcle je….

          1. HGH cucuk. costing sgt besar. beribu2 sebulan. bergantung pada treatment. dan bukan sekejap. mungkin berbulan2.

          2. ooowwhh…begitu…Dato’,ade tak susu yg dpt mmbntu msalah sye ini…????sye xnk ar cucuk2 nie…

  5. ada jual pil tinggi ka d malaysia datuk???

      1. apekah jename pil untuk tambah tinggi>

  6. HambaAllah says:

    asalamu alaikum dan selamat menyambut bulan ramadhan encik zaki khan. saya ingin menggunakan growth hormon tapi saya tak tahu dari mana saya boleh dapat.

    saya 19 tahun, ketinggian saya 5’4 jadi lebih kurang dalam 165 cm.
    soalan saya ialah, bolehkah saya dapatkan growth hormon ini dari hospital atau dari kedai bina badan selain dari pasaran gelap ? adakah umur 19 tahun masih boleh menambah ketinggian dengan kaedah suntik growth hormon ni?

    tanpa mereka cipta atau menambah cerita, abang saya dalam 175 cm, manakala ayah saya 5’5 kaki ~ 5’6 kaki, kakak saya 5’3 ~ 5’4 kaki.

    terima kasih kerana menjawab soalan saya!

    1. Ok la tu 5’4inch aq ni umur nk sampai 18 tpi 5’2 inch

  7. HambaAllah says:

    saya pernah menggunakan pill untuk menambahkan ketinggian, jenis pertama menguatkan tulang manakala jenis kedua, menambahkan hormon tapi setelah saya guna selama 4 bulan, tiada sebarang hasil malah ketinggian saya tak naik walau seinci pun. hanya duit beratus ratus hangus.

    1. tak buat exercise sekali ke?

  8. mne nak dpt hormon pertumbuhan ni yek? dah g farmasi sume kte x de..

  9. salam dato..saya mmg tkt dan kalau blh nk elak dari ambil sebarang jenis steriod or hgh dalam latihan bina badan.adakah dgn hanya memakan suppliment biasa badan kita jadi semantap yang ambil brang2 terlarang ni

    1. boleh jadi tapi mungkin x semantap dan secepat yg pakai steroid.
      pedulikan dorang, sayangi badan. kita nak guna lama.

  10. zk,saya girl..saya masalah pendek dan tulang kecik jadi sy nampak lg kecik bab tangan sebab tulang kecik,isi pun xde sebab kurus sgt,sy nak up kan mass tulang boleh x?dan tinggi sy 150cm saya nak jadi 160 cm boleh x amik HG ni?nak jumpa sape ya?

  11. newbie_png23 says:

    salam…supplement stanabol x ok tak pendapat dato?
    untuk tingkatkan saiz otot..

    salam..

      1. OK, berkenaan Stanabol-X… Mereka claim ade kandung HGH dlm supplement tersebut. Kalau betul, bagaimana dengan dos nya? adakah terlalu banyak/sedikit atau sesuai. Minta pencerahan.
        bagaimana pula dengan produk Mesotropin?

  12. Salam Dato, Boleh HGH digunakan utk membesarkn alat kelamin lelaki? sama ada dgn cara sapuan mahupun enjaction.. klau saya gunakan bolehke ia menyebabkn mati pucuk ke?

  13. Johan bin Mohamad says:

    Saya mengalami kencing manis sejak saya berhenti bersukan di sebabkan lutut saya rosak. Sekarang ni saya hanya mampu main badminton itu pun cuma sekali seminggu kadangkala dua atau tiga minggu sekali. Masalah yang saya nampak badan saya tidak dapat menukarkan pemakanan yang saya makan bertukar menjadi gula (insulin tidak baik. Perlu kah HGH untuk membantu pengdhaman membantu badan mengeluarkan insulin secukupnya. Saya rasa penyakit kencing manis yang saya hadapi adalah di sebabkan sistem pengdhaman badan saya tidak berfungsi dengan baik.

    Tolong saya hadapi masalah yang ada sekarang

    Sekian
    Terima kasih

    1. cari supplement yang boleh meransang pankreas bekerja lebih baik. byk di pasaran. lebih baik kalau ada nasihat doctor. dlm masa sama, pemakanan perlu jaga. jgn sampai pankreas terus rosak.

  14. slm dato,,blh recommend pakar apa untuk rujuk mslh terbantut..sy umr 23 tapi tinggi 153cm,50kg?

    tlg dtk sbb sy dah bnyk wat carian

    1. penambahan guna gh pun sikit. jgn terlalu fikir masalah ketinggian. setiap orang dilahirkan unik.

  15. di mna tempat nt rujk terbaik,hospital?
    kne byr ke klu jmpe doktor pakar

  16. assalam, sy dah tinggi dlam lingkungan 182,, adekah kalau sy ambik gh akan tinggikn lg ???
    gh nie kalau test urin sangkut x dato… ???

      1. salam , kalau makan stanabol x sangkut urin tak ?

  17. Ada yang nk jual gh dari china
    Agaknye ok ke dato

  18. assalamualaikum ZK.. nak tanya saya umur skrng 21. masa umur saya 18 saya dah berjinak dalam sukan bina badan dan pada usia sama saya dah pakai steroid sustenon dalam 12 kali cucuk. tapi selepas itu saya sudah tidak memakai steroid dan tudak juga bermain gym kerana faktor ketingian saya yang tidak mencicah 170. hanya dlam linkungan 160-165 . soalan saya bolehlah saya meninggi lagi? saya tahu ZK akan jawab dngan menyuruh saya bersenam dan sebagainya. tapi dalam situasi saya yang PERNAH memakai STEROID, bolehkah saya meninggi lagi walaupun saya bersenam dan sebagainya?

    1. wslm. mungkin boleh, tapi jangan letak expectation yg tinggi sgt. sebab umur dah stop utk ketinggian.

    2. Alfonso.. mcm mna ngn cycle steroid awak tu? Ok ke? Ada sebarang side effect tak?

  19. Salam dato zk. Sy nak tanya jika pakai GH,waktu yang sesuai untuk makan ialah immediately after cucuk ke atau kena tunggu beberapa jam baru boleh makan. Tq dato

  20. Spe dah pernah ambik hgh kat sni?

  21. Salam…saya dalam lingkungan 40an…..boleh pada usia ini saya ambil mgh(muscle growth hormone)..utk membesarkan otot badan

Leave a Reply to portege Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: