Isu Penjualan Steroid Secara Terbuka

Penjualan secara terbuka ini akan sama sekali merosakkan imej sukan. Sukan bina badan dilihat sebagai sukan yang mempromosikan dadah. Jika berterusan, percayalah, sukan ini akan tetap jadi antara sukan termiskin di Malaysia dengan tajaan pun tidak berani masuk. Jika menjual sorok-sorok, itu anda punya pasal, sendiri makan sendiri tanggung, tetapi jika secara terang-terangan, adalah satu kesalahan serius. Ia termasuk di bawah akta kosmestik di bawah biro farmaseutikal dan juga akta penyeludupan.
Bagi yang ternampak sesiapa menjual secara terbuka, marilah bendung gejala ini dengan bersama melaporkan pada birofarmaseutikal yang beralamat di http://portal.bpfk.gov.my/ .Di bawah akta penyelupan, jika tidak silap, kesalahan pertama rm15000 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya jika disabit kesalahan, dan kesalahan kedua, rm50000 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya jika disabit kesalahan. Di bawah akta kosmetik tak pasti tetapi mungkin lebih.
Mereka yang menjual di laman sosial ini dah terlalu banyak untung kut sehingga tidak takut pada undang-undang. Tahukah anda, menjual dan mempamerkan produk membakar lemak yang tiada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia juga adalah satu kesalahan. Ada ke fat burner yang ada kelulusan KKM?
Disebabkan masalah yang semakin melampau rasanya, saya akan laporkan semua dan akan bawa isu ini ke mesyuarat dengan Yang Berhormat Dato Seri Liow Tiong Lai yang dijadualkan jika berkesempatan. Isu ini perlu ditangani.
Sebelum menggunakan steroid, tanyalah diri anda, berbaloi ke? Dapat badan cantik dalam masa singkat untuk merebut hamper pasaraya. Jika anda pertanding di peringkat Pro dalam merebut wang ringgit, itu dah kes lain. Atau mungkin terlibat dalam kerja yang lumayan dan memerlukan anda kelihatan sangat sasa. Jika semata-mata ingin kelihatan cantik memakai baju ketat, lupakanlah. Ingatlah, suatu hari nanti, anda mesti teringin untuk bermain dengan anak cucu dan jangan sampai di tahap itu, baru terasa kesan penggunaan yang sebelum ini. Ramai dah alaminya.
salam tuan, bende nie timbul apabila banyak sangat iklan dan persaingan/perlumbaan untuk menunjukkan pada umum tentang kecantikkan seni badan yg melalui jalan short cut serta pantas…itulah akibatnya……
kalau supplement nak bersaing tu bersaing la. bubuh la macam mana pun, 10 minit sekali buh dlm facebook, tp steroid jgn la terang2
sy suka dgn isu ini. sy sokong 100% jika tuan berkesempatan utk bertemu dgn pihak kementerian berkenaan. sy sedih sebab ramai di kalangan kawan gym sy kini yg sering/mudah terpengaruh dgn bahan ini. ingin mengambil jln mudah utk kelihatan cantik shj. sedangkan xmasuk pun pertandingan. nasihat dh beri tp terpulang kpd mereka nk ambil peduli @ x.. mungkin sebab belum nmpak d depan mata kesan sampingan yg teruk lg kot… dunia2x
how about n.o explode(BSN) and X-tend(SCIVATION)??is it also got some s.e(side effect)??please help me bro2 sekalian..
itu kategori supplement. side effect buat masa ini, tiada yg dilaporkan kecuali mungkin kes overdose.
ko pon jual zaki…ko nak banned fat burner?? ko pon jual…sebelom bambu org,tgk diri sendiri dlu..Dah la komen aku haritu ko padam..asal takot??? ko punya niat tu xbaik..dengki je memanjang..
sila tunjuk di mana ada jual fat burner tu. ada dipamerkan di mana2? walaupun ada ruangan jualan produk, tp tiada fat burner di situ.
ini link dia
http://strengthsifoo.com/kedai/makanan-tambahan/
steroid pon ko jual..aku ada bukti la zaki..udah2 la dengan perangai dengki ko.org lain pon nak cari makan.ko xde talent ke nak cari client sndiri??tgk org jual ckit kat facebook,dah rasa tergugat.aku tahu niat ko nak conquer market 1 mesia ni..tp mintak maap bro,Allah dah bg tahu,rezeki dimana2.Usaha je untuk dapatkannya.Bukan dengan cara mcm ni!
ye ke? jika ada bukti, boleh teruskan report anda ke biro farmaseutikal. jgn crita kosong di sini. harap maklum. 🙂
Sembang lebih dia ni busuk hati
azman : terbaek man.
ntah ko ni zaki, cakap xserupa bikin, jgn smpai otai2 mengamuk sudah tu je aku nak pesan… tq
nak mengamuk? boleh. silakan. dgn karpet merah dihidangkan.
sory sy nk mencelah sket..kpd Dato Zaki, jwapan yg baik atau buruk sbenarnyer menunjukkan keperibadian Dato,pd sy jwp yg dato berikan xsedap dibaca, dan juga mcm ada unsur2 marah atau dengki disitu..tq
:D. hanya dia yg memahami
teruskan usaha murni dato..
someone please answer my question??
anybody yang tahu tentang benda nih??
dah jawab
nampaknya, ada peniaga yang marah dengan isu ini. as i stated earlier, jika anda nak jual sorok2 itu, terpulang lah, sapa tahu, saya sendiri pun xnak amik tahu. tapi jika terang2 promo, iklan di facebook, apa pandangan orang lain pada sukan ini? dulu pernah jadi kes sampai masuk malay mail. effect dia pada semua.
mmg sukan ini dicemari dgn org2 yg tak guna akal fikiran dan otak utk berfikir secara waras tanpa nafsu yg mahu kekayaan sahaja….
org2 yg jual ni kebykannya BB yg igt diri dia bagus…..sy juga kesal ada peniaga2 yg tak tau cara sebenar penggunaannya atau ada yg jual tanpa memberi penjelasan apa2…apa yg tau ada yg nk untung sahaja
ada pulak tu, merosakkan atlet BB lain smpai ke tahap kerosakkan organ2 utama badan dn main lepas tangan shj……
ramai peniaga2 tidak beretika ketika menjual…..sy juga telah mula sediakan sedikit laporan utk diberikan kepada jabatan farmaseutikal utk pemantauan…..
teruskan sham
ini bagus untuk penjualan saya
pelanggan saya semua nakkan badan yang macho dan besar…lebih ramai membeli…lebih cepat kaya saya
peduli apa jika kemudian hari mereka sakit atau mati…kakakaka…$$$ saya punya….kalau ada kehendak saya bagikan…
Zaki Khan…terima kasih atas promosi anda ni…banyak membantu dalam penjualan saya ni…hahahahahahaahaha
kepda pembeli yg lain teruskan pembelian anda…kamu mampos siapa peduli….sya dah kaya mah…lu punya lanchau kecik pun saya x kesah…anda mau badan cantik betul…apa peduli apa zaki cakap…mali saya jual ni barang pada anda
zzz
ada peniaga mengguna nama Allah. kata dia, rezeki tu Allah yang bg.
dah mcm seorang peniaga dadah, yang bersyukur sbb rezeki jualan dadah. apa hukum tu?
sama la mcm org kena nombor ekor dia kata rezeki! hahaha isu dato kali memang best sampai ada yg sakit ati,klau dulu dato buat memang aku takkan setuju sbb aku pun ambik benda tu tpi sekarang dah tak sanggup…badan penuh jerawat,kepala asyik pening je,otak pun bangang hahaha….
oooohhhh…no wonder aku tengok bodybuilder punya belakang badan banyak buruk..kah kah kah,aku tak nak,AKU NAK MAKAN FISH AND CHIP…MEI MEI AAAA
Dato usah ambil peduli dgn sapa2 yg tak setuju tentang isu ni,peduli la dorang nak kata dato dengki,yg penting benda steroid ni tak betul,aku pun prnah ambik anabol & dexamethasone,hasil memang sekejap tpi masalah pun dtg sekejap,sekarang pun masih terasa kesan buruk nye..selagi org jual selagi itulah ada pembeli,selagi ada pembeli selagi itulah ada penjual,so sama2 lah kita membasmi steroid ni!
bro, what ever u do, u have my full back-up.
saya suka ayat ni…’Ingatlah, suatu hari nanti, anda mesti teringin untuk bermain dengan anak cucu dan jangan sampai di tahap itu, baru terasa kesan penggunaan yang sebelum ini’…santikkk
sedih bila melihat suasana begini yg berlaku d malaysia..saya minat sukan bina badan walaupn xda badan setegap jay cutler o phil heath…that y sukan bina badan d malaysia xda arah tuju…jgn peduli kan ape yg mereka ckp dato…even sya pn meluat tgk org pakai steroid..kalau pakai tp profesional xpe…ini skadar nak show off….simpan jela smua tu…kalau rasa hebat sgt pergi la bertanding d Mr Olympia…dont worry dato….org yg memfitnah tu dosa besar… layan jea…slagi dato di pihak betul jgn takut…..
Salam tuan, disiplin dan pemakanan yang diterapkan dlm pembinaan badan adalah semua nya merujuk kepada sihat, berkualiti dan baik, buat pe nak tambah2 dengan bende2 racun, ibarat cakap talak selupa bikin….kita nak dijadikan contoh pada anak2 kita, tapi mcm mane kalu bende camni jadi kemestian..?
jeremy. nama jeremy tu pun aku x kenal. kenapa aku perlu burukkan nama jeremy. sapa jeremy? who the hell is jeremy? adakah nama seseorang yg patut dikenali? sorry, seriusly i donno jeremy.
bg aku orang yang jual bodo org yang beli pon bodo… ni bukan bisnes.. ni menghancur kan hidup org.. nak naik cepat nak badan tegap.. tp malas.. so ada duit lebih. cepat2 beli steroid.. x ke bodo.. yang jual plak.. ape2 yg dijual pon dikatakan xde effect.. nak kasi laku la katekan… sampai masuk racun dalam badan pon diorang leh kata xde effect la bro… kalau ade effect pon sket2 je.. tp badan mesti cantik.. so si pembeli pon percaya dan tertipu.. hahhahah x ke 2 2 pon bodo…
ada mamat ni.. badan da cantik.. ripped abis..besar pon besar…tp die jual steroid.. potong terus aku nye respect kat die…
hampir setahun sya mengikuti entri2 dato dlm blog ni..bnyk perkara yg baik dpt sya manfaatkan utk sya dan rakan2 diluar sana..yg bnyk berhabis duit x tentu pasal..badan x jd..sakit yg menanti..syabas dato..
Isu panas ni..hhahahaa..say no to steroid..
ade pepatah…..”u can take as many steroid as u wish,but u will never be mr olympia”…hahaha ayat tajam tu
hi dato,menang betul,streoid sudah senang boleh dapat dimalaysia,kalau kerajaan tak ambil tindakan ini akan menjadi lebih teruk.
Tebaik dato,pedulikan ayat-ayat org yang pentingkan perut sendiri tu dato,bg saya dato terbaik,susah nak cari org nak bg e-book free bro,lu pikir la sendiri.
Salam dato’ .. bagaimana pula dengan sarms? Adakah satu kesalahan menjualnya?
belum ada regulation jelas tentang sarm di malaysia