Jangan Ambil Vitamin
Reactive Oxygen Species (ROS) adalah tindakbalas kimia yang mengandungi oksigen. Dalam biologi, ROS dibentuk secara semula jadi oleh metabolism oksigen. Ia memainkan peranan penting dalam signal sel dan homeostasis. Walau bagaimanapun, peningkatan mendadak ROS boleh merosakkan struktor sel. Peningkatan mendadak boleh jadi dalam kes seperti terdedah pada sinar UV atau suhu yang sangat tinggi.
ROS dibentuk berterusan semasa metabolism aerobik. Kehadiran ROS penting untuk memaksimakan fungsi otak. Ia boleh main peranan penting dalam pencegahan dan teraputik sakit strok, alzheimer dan parkinson. Kebaikan senaman kalau nak diambil kira, sangkat kompleks dimana ia termasuk faktor neurogenesis, pembinaan kembali neuron, pertambahan kapilari, pengurangan kesan kerosakan oksidatif, meningkatkan degredasi proteolytic dan sebagainya.
Senaman membuka satu tingkap penghasilan ROS. Di mana juga terlalu sikit dan terlalu banyak tak elok untuk badan.
Berbalik kepada tajuk kita hari ini. Pernah tengok tak ahli bina badan, ambil pelbagai vitamin sebelum dan selepas latihan. Ini vitamin betul, bukan ‘pil ajaib’. Ada yang ambil pak sehinga belasan biji. Tahukah anda, dengan pengambilan vitamin E dan C selepas latihan menurunkan kesan sensitiviti insulin? Senaman bantu tingkatkan sensitiviti insulin, dimana apabila sensitiviti meningkat, penyerapan nutrisi tinggi selepas latihan. Akan tetapi pengambilan vitamin C dan vitamin E selepas latihan merosotkan kesan tersebut. Ia juga turut merosotkan penghasilan ROS.
Siapa yang biasa amalkan pengambilan vitamin C dan E sebelum dan selepas senaman, digalakkan tukar masa pengambilannya.
Rujukan
http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S209525461300029X
Assalamualaikum Dato.
Kiranya pengambilan apa2 vitamin dibolehkan utk sebelum senaman. Berapa lama jarak masa yg sesuai utk melakukan senaman selepas mengambil vitamin?. Mohon pencerahan. Sebab dah selalu buat gitu, telan vitamin peh tu gi senam.
wslm. amik time pagi. jgn amik sebelum atau selepas senaman.
kalau senaman pun pagi?
kalau xde choice, amik je la sebelum
bagaimana pula dgn pengambilan MULTIVITAMIN atau B Complex ?
kalau boleh, amik masa berlainan. saya galakkan pagi
Salam sejahtera…
Biasanya saya mengambil Vitamin C, Omega-3 & Kalsium selepas breakfast sahaja. Adakah pengambilan pada waktu pagi amat bersesuaian kerana pada waktu petang (selepas waktu kerja) saya menjalani aktiviti di gymnasium?
Sekian, terima kasih.
boleh.