Jenis Hipertrofi

Pernah dengar perkataan hipertrofi? Sebelum ini, saya pernah cerita, serat otot secaranya terbahagi kepada 3 jenis iaitu Jenis I, Jenis IIA dan Jenis IIB.
Rujuk entri
Jenis Otot
Jenis Otot dan Latihan
Secara ringkasnya Jenis I kaya dengan kapilari, mitochondria dan myoglobin. Sesuai untuk aktiviti jarak jauh. Jenis II pula berlawanan, sesuai untuk bina otot. Kecenderungan jenis dominan bergantung pada latihan yang dibuat. Jika seseorang selalu buat latihan jarak jauh seperti marathon, dia lebih cenderung membentuk serat Jenis I.
Jika dipecahkan mengikut ulangannya, lebih 15 ulangan sasarkan serat jenis I. 10 hingga 12 ulangan sasar serat jenis IIA, manakala 1 hingga 6 ulangan sasar serat jenis IIB.
Terdapat 3 cara merangsang perkembangan otot.
1. Tekanan berlebihan
2. Kerosakan otot
3. Keletihan selular
Tekanan berlebihan disini bermaksud, menambah beban dalam angkatan. Ada peningkatan beban. Contoh latihan yang menekankan penambahan beban seperti 5 x 5. Secara amnya, latihan jenis begini, merekruit motor unit. Akan tetapi dalam masa sama merangsang penambahan otot. Latihan kedua melibatkan kerosakan atau microtrauma pada otot. Koyak Baiki, koyak baiki. 8 hingga 12 ulangan. Manakala yang ketiga, menggunakan ulangan tinggi sehingga keletihan. Contoh mudah, seseorang yang hanya berlatih menggunakan berat badan sendiri. Setiap hari bergantung pada peningkatan ulangan untuk membina otot. Keletihan selular jug boleh jadi dengan latihan-latihan seperti super set, drop set dan sebagainya.
Balik pada topik. Hipertrofi terbahagi kepada 2 iaitu myofibrillar hypertrophy dan sarcoplasmic hypertrophy. Myofibrillar hypertrophy merujuk kepada peningkatan saiz serat otot dari segi struktur. Manakala sarcoplasmic hypertrophy merujuk kepada peningkatan ruang yang mengisi simpanan glicogen, air dan sebagainya.
Dalam bahasa mudah, seseorang yang mengangkat bebanan tinggi, lebih kepada myofibrillar hypertrophy, manakala mereka yang buat ulangan tinggi, lebih kepada sarcoplasmic hypertrophy. Mereka yang mengangkat bebanan tinggi pun ada sarcoplasmic hypertrophy tetapi kecendurungannya ke arah myofibrillar hypertrophy, begitu juga sebaliknya.
Adakah seorang yang berotot besar boleh bermain sukan yang menggunakan kepantasan? Contohnya, seorang berotot besar bermain bola.
Ia bergantung pada latihan apa yang dibuat. Jika latihannya lebih menjurus pada sarcoplasmic hypertrophy, berkemungkinan dia tidak laju. Jika ia disusun mengikut periodisasi yang betul, otot besar pun boleh jadi laju.