Kawalan Porsi, Perlukah Menimbang Makanan?

Menjadi tren para peniaga untuk viralkan perniagaan dengan menghasilkan makanan dan minuman dalam porsi sangat besar seperti nasi goreng gergasi atau kuih obes, mendapat pujian netizen peniaga tidak kedekut. Peniaga tidak salah, cuma ia menjadi masalah kerana meningkatkan tahap obesiti dalam masyarakat. Semua orang faham makan berlebihan punca obesiti, kanak-kanak pun boleh faham makan sepotong pizza tidak menggemukkan berbanding makan seluruh pizza. Tetapi ramai yang masih tidak faham jumlah pengambilan agar ia tidak berlebihan. Tahu cara mengukur porsi adalah cara diyakini untuk menghadkan kalori. Ramai yang dapat menjaga berat badan dengan hanya mengawal porsi yang diambil.
Perlukah menimbang?
Menimbang bagus kerana ia tepat berbanding kaedah yang lain. Sama seperti resepi, resepi yang menggunakan sukatan metrik lebih menjadi berbanding resepi sukatan cawan, apatah lagi jika dibandingan dengan resepi anggaran sahaja, ia lebih risiko untuk resepi itu tidak menjadi, begitulah perumpamaannya. Begitu juga cara merujuk kalori makanan menggunakan aplikasi, lebih senang merujuk berat dalam gram kerana kita tidak tahu saiz sepinggan itu berapa jumlahnya.
Sumber : https://www.myfitnesspal.com/
Walau bagaimanapun, kaedah menimbang ada banyak limitasi kerana begitu sukar dibuat apabila makan kedai, balik kampung, bercuti, jamuan atau kenduri. Jangan risau, ada cara lain untuk menyukat porsi makanan.
Tip mengukur porsi
1. Ambil mengikut saiz hidangan.
2. Guna pinggan suku-suku separuh
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
3. Sukat dengan saiz tangan
4. Sukat guna cawan untuk karbohidrat menu seperti nasi, mee, keutiau, pasta dan lain-lain.
5. Menggunakan sistem tukaran makanan.
1 UNIT KARBO [15g karbo/2g protein/0.5g Fat]= 75kcal
1 UNIT PROTEIN [7g protein/4g Fat]= 65kcal
(1 unit protein ikan [7g protein/1g Fat]=35kcal)
1 UNIT LEMAK [5g Fat] = 45kcal
Kesimpulan :
Semua orang perlu tahu saiz porsi kerana ia memberi impak dalam keseimbangan diet. Menjaga saiz porsi tidak hanya bermaksud agar tidak terlebih makan, tetapi setiap individu perlu pastikan juga setiap porsi itu mencukupi agar badan dapat berfungsi dengan baik dengan mengambil kira keperluan kalori masing-masing, jangan makan terlalu kecil porsinya.
Rujukan :
- Portion Size: Latest Developments and Interventions (PMID: 28265869)
- Understanding the science of portion control and the art of downsizing (PMID: 29792243)
- Portion Size: What We Know and What We Need to Know (PMID: 24915353)
- What is the role of portion control in weight management?( PMID: 25033958)