Kebenaran Tentang Makanan Tambahan

Saban hari kita dididik untuk menggunakan produk makanan tambahan. Seolah-olah jika tidak menggunakannya, badan tidak akan menjadi. Dengan pelbagai produk, pelbagai warna, pelbagai fungsi diwar-warkan telah mengaburi mata yang melihatnya lebih-lebih lagi syarikat-syarikat besar yang menggunakan model seperti Jay Cutler, Ronnie Coleman, Markus Ruhl dan sebagainya. Siapa yang tidak ingin memiliki badan cantik sekurang-kurangnya dengan enam ketul di perut. Bagaimanakah keberkesanan produk-produk ini? Apakah ianya berbaloi? ataupun semata-mata iklan kosong?

Kursus Kecergasan 2024Bagaimanakah situasi di Malaysia? Semakin ramai mereka yang berhajat untuk kaya dengan penjualan produk-produk ini. Situasi ini boleh dilihat di laman-laman web sosial seperti facebook, blog-blog, forum dan sebagainya. Produk-produk ini mudah didapati secara online terus ke sana (Amerika) berbanding dahulu yang dimonopoli oleh pihak tertentu. Dengan modal serendah USD1000 sudah mampu jadi seorang peniaga produk-produk ini. Majoriti daripada peniaga ini tiada kelayakan langsung dalam bidang makanan atau kecergasan. Bahkan ada yang baru habis belajar dengan badan seolah-olah baru 2 minggu main gym sudah menjual produk-produk ini.

Jika tidak percaya, tanyalah apa kelayakan mereka? Sekurang-kurang kalau ada kelayakan dalam bidang kecergasan, masih boleh bercerita pasal senaman tetapi majoriti peniaga cuma ada risalah pasal produk. Berduyun-duyun percaya pasal peniaga sebegini disebabkan strategi pemasaran mereka. Tetapi bila ditanya pasal produk, mereka akan mengiyakan disebabkan hendak melakukan produk. Silap-silap lesen berniaga pun tiada.

Tidak cukup dengan itu, ada juga peniaga nak untung cepat, dengan menjual steroid atau dadah sukan secara terbuka. Demi keuntungan wang ringgit, mereka tidak mempedulikan keselamatan pengguna yang lain. ‘Lantaklah apa jadi dekat pengguna, yang penting untung’. Bukan semua begitu, tetapi majoriti.

Berbalik pada makanan tambahan, tunjukkan saya satu syarikat pengeluar produk seperti ini yang ada kajian oleh pihak ketiga?. Kajian-kajian yang dipamerkan adalah dari pihak mereka yang dah semestinya akan menyokong produk itu. Jadilah pengguna yang bijak. Jangan terpengaruh dengan iklan-iklan, gambar-gambar menjanjikan sebelum dan selepas. Jangan terikat pada penggunaan produk makanan tambahan. Yang penting bukannya produk-produk ini tetapi 3 iaitu, latihan, makan dan rehat yang cukup.

Semoga apa yang terkandung dalam E-buku ini serba sedikit membantu.

Muat Turun E-buku Kebenaran Tentang Makanan Tambahan Secara Percuma

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

64 thoughts on “Kebenaran Tentang Makanan Tambahan

  1. Zaki Khan says:

    rasanya ramai menunggu e-book ni. saya minta maaf atas kelewatan.

    1. thanks bro. skrg dah lebih paham sedikit tentang supplement.
      nice 1.

        1. komen saya.
          PERFECT!
          sangat jelas. ada semua maklumat yg perlu kita tahu sebelum mengambil sesuatu supplement.

          1. nk beli suplement kat mlaka area mane?

          2. Zaki Khan says:

            melaka? boleh beli on9

  2. dvd mengenai mr.natural bila nak dipasar kan?mmg smart body dia….

    1. Zaki Khan says:

      dlm proses. blum abis shooting lg. sabar yer. :p

      1. dvd 2 klu da siap..sy nk order yer..

        1. nanti apa2 saya bagitau. insyaAllah kitaorang akan buat full swing bulan 5 ni

      2. ok,tq datoo…tp yang pasti 3 step iaitu latihan,mkn n rehat akan dpt hasil dr protein,sbb sy pernah amalkan 3 step ni,mmg nmpak b’kesan..dlu sy tak ikut 3 step ni…anyway…tq for u info

  3. Zaki Khan says:

    sekiranya ada masalah dlm download e-book. sila bgtau

    1. wan kedah says:

      sy x dpt nak d0wnload E-Book … minta tolong… 🙂

      1. dah register, masuk ke dalam dashboard. ada ruangan download di sana

  4. myenvyeyes says:

    bro kalu macam saya ni yang out disiplin makannya, elok ke kalau saya ambil weight gainer untuk cukupkan keperluan kalori..saya beru je berjinak jinak dengan buat badan ni..yang saya faham perlu lebih kurang 2900 kalori kan?

    1. Boleh digunakan,cuma jgn terlalu bergantung harap pada supplement.seboleh2nya cuba tambah natural food skali

  5. tq bro..e book y best dan berguna nk wat reference=)

      1. info best..tp dato klu gainer pnya info xda pn dato…hehe..nk thu jgk ap kesan klu amek mass gainer?

        1. Zaki Khan says:

          gainer sbenarnya campuran whey juga, cuma ada tambahan dexrose dll utk menaikkan kalori.

  6. da daftar tp blum dpt e book

      1. ok dah dpt…. thank..!!

  7. bagaimana dengan mengambil 2sudu kecil nescafe o tanpa gula? adakah ini blh digunakan sebagai sumber kafein?

    1. Zaki Khan says:

      boleh. tp sumber cafein dlm nescafe tidaklah terlalu tinggi. jd mungkin boleh pekatkan lg.

  8. antara makanan2 tambahan yg dsenarai di dlm ebook tu, ada tak yg kalau diambil, boleh menyebabkan kita tidak sesuai untuk menderma darah?
    Kalau ada, berapa lama perlu stop baru blh menderma?

    1. Zaki Khan says:

      derma darah tiada masalah. jika ada sesuatu substant yg x boleh pun skrang, pusat darah akan lakukan saringan. jd jgn risau utk derma darah. even amik steroid pun boleh derma darah.

  9. apa pendapat bro tentang produk makanan tambahan, whey yang mempunyai campuran colostrum??

    1. Zaki Khan says:

      terlalu byk isu pasal colostrum ni. yg mengatakan penipuan dll. brand apa tu?

  10. kalau x salah saya, produk tu dari keluaran 21st century…

    1. Zaki Khan says:

      x perasan plak 21st century ada kluar protein. tp kalau tanya pendapat saya ttg 21st century, org bg free pun saya x makan. :D.

      1. saya ada makan vitamin keluaran 21st century…saya rasa ok sgt, tp kenapa ZK kata kalau bagi free pun tk makan.produk ni tk bagus ke?

        1. mungkin penyerapan berbeza utk individu. absorbtion rate sgt rendah for me.

  11. boleh bro cadangkan cnth supplement yg sesuai bg saya yg boleh dikatakan agak br dlm arena ni.?

  12. fazli rozi says:

    gaspari myofusion antara susu terbaik sy penah minum 😉

  13. mcam mane dgn l arginine from 21st century?ok ke gune?

    1. kalau tanya secara personal, sy rasa 21st century ni cam x tahan lama dari segi jangka hayat. dulu pernah test beli, cepat tul rosak. mungkin bukan salah product, tp salah penjual, letak di tempat yg panas ke apa.
      as usual, sy tidak mewakili apa2 brand. tp sy boleh bg tip sikit camna nak guna l-arginine, campurkan dgn mg, zn, b6, grapeseed. ada 1 lg, tp lupa plak, nanti sy letak kalau teringat.

  14. ok tq, brape dos yg bleh amik?1000mg ckup ke?

    1. 4000 mg sehari utk kesihatan umum.
      20000mg utk kesan ergogenic.
      dosage bergantung pada berat seseorang, ada yg mungkin lebih

  15. salam dato..saya baru jugak la dalam bidang membina badan nie..dalam 2 bulan saya start..tapi kurang berkesan pada badan saya..sekarang nie berat saya 76kg..tinggi 172cm..mana lebih elok untuk ambil makanan tambahan..mass gainer atau pun whey protein..??mintak tunjuk ajar dari dato ZK..mungkin ada perubahan..dah yg paling penting brand ape yang sesuai..??

    1. bergantung pada sasaran. jika budject rendah elok amik whey. serving tinggi. lebihkan makan natural utk carb. kalau ada byk budject. boleh amik gainer. brand x semestinya sesuai utk semua org

  16. maksud dato makanan natural macamana..??boleh bagi contoh tak..?? sy pemakanan nie tak berapa pandai sgt.. yg sy tau kurang gula ngan minyak je la.. sekarang sy baru je ambik myofusion.. myofusion whey kan sesuai utk body shape ke ape dato..?? lagi 1 sy nak tanya kawan2 saya ramai yg suruh ambik anabol..dato rasa boleh ke kalau sy ingin mencuba..mintak tunjuk ajar dari dato ZK..

  17. salam dato… sy ad masalah ckit la dato..sy start 6bulan lepas, sy btol3 workout (4-5 kali/week) + supplement, sy juz amek ON serious mass, alhamdulillah, berat saya naek kpd 70kg drp 49kg, dan ada perubahan dari segi size… last 2 month sampai skang, workout sy da kurang, nk dpt 3 kali seminggu pon susah (outstation), supplement pon 2 bulan da x amek, berat still 70kg, tp otot makin mngecut,body fat 25%. so skang sy nak start balik, perlukah sy amek serious mass lg? dan nak tnya apa fungsi ON Pro Complex? sesuai x saya amek dgn keadaan skang ni Dato?

    1. kalau 25% x brapa digalakkan. boleh try pro complex. yg penting jaga pemakanan. 25% agak tinggi.

      1. Ha, itu la dato’ , takot jgk bila check, fat sampai 25%,
        Thanx dato’ 4 da info, sy akn try pro complex. Tqvm 🙂

  18. Khairul Hilmi says:

    salam dato,lets say saya ada 2 pilihan mengikut budget saya,untuk amek multivits macam animal pak atau whey protein,dato rasa mana lagi bagus? bagi saya la,saya lebih prefer multivit,bagi dato?

  19. mie besibaru says:

    A.kum, dato’ nk tanya sket, klu saya amek amino shj x amek protin (whey) ok x diet harian saya? tq

    1. amino tu protein. yg paling penting, cukupkan keperluan protein ikut bdn dalam sehari. kalau xde drpd sumber supplement, cukupkan drpd natural sources.

  20. kimie5609 says:

    saya x dpt pom ebook :/

    1. dptkan kat kedai.strengthsifoo.com/products-page/e-buku/rahsia-diet/

  21. I feel I am in full agreement with your post. I’m sorry you could not be more extensive for it is an excellent contribution to the Internet. Again thanks for this great article. I’ll be your follower. Come over I’ll be here to read and comment. Cheers.

  22. salam dato. berat saya 45kg. suppliment superior mass sesuai dan selamat ke untk naikkan berat badan saya?

Leave a Reply to ahmad Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: