Kecil Tapi Kuat

Pernah tengok video Arm Wrestler ataupun gusti lengan, badan kecil menang badan besar. Pernah tengok situasi di mana seseorang yang berbadan kecil boleh angkat beratus kilogram, boleh angkat motor dan sebagainya? Ada yang kata pakai jin.

Bagaimana dengan situasi ini, seorang yang baru pertama kali bersenam, buat bench press. Pada hari pertama, berketar tangan nak angkat 10 kg, selepas seminggu dia boleh buat 20 kg. Adakah kekuatan dia bertambah?

Angkat-Motor

Sebelum menjawab persoalan itu, elok kita fahami beberapa istilah. Intramuscular Coordination bermaksud perhubungan antara otot. Apabila melakukan bench press, pada peringkat awal, sukar melakukannya disebabkan koordinasi antara otot-otot terlibat dalam bench press tiada. Otot primari dalam pergerakan tersebut adalah otot pectoralis major, otot tricep, dan otot deltoid. Masuk minggu kedua, kerjasama diantara otot-otot ini telah berjaya dan lebih berkesan. Kekuatan dia tidak bertambah dalam masa seminggu ini, cuma kerjasama telah berjaya. Apabila melakukan pergerakan baru, seseorang itu membentuk neurology pathway atau pergerakan neurologi untuk pergerakan itu.

Kursus Kecergasan 2024Intermuscular Coordination pula bermaksud, kerjasama di dalam otot. Di dalam otot ada serat otot. Beberapa serat otot ini diikat dengan neuron dan disebut motor unit. Contoh, otot biceps brachii ada 750 motor unit. Cuba bayangkan situasi di mana, dua orang dengan berat badan yang sama dan saiz yang sama membuat bicep curl. Seorang buat 50kg, seorang lagi buat 100kg. Dalam ayat mudah, seseorang yang buat 100kg itu telah merekrut lebih motor unit untuk melakukan pergerakan bicep curl itu. Kerjasama di dalam ototnya lebih baik. Mungkin yang buat 100 kg itu merekrut 40 peratus dan yang buat 50 kg merekrut 30 peratus. Perumpamaan itu sebagai bandingan dan bukan kiraan sebenar.

Berbalik kepada persoalan tadi, kenapa seseorang berbadan kecil boleh menang seorang berbadan besar semasa pertandingan gusti lengan. Berbadan kecil itu telah melatih pergerakan lawan tangan dan merekrut lebih motor unit untuk pergerakan tersebut. Dia telah melakukan adaptasi pada badannya. Ambil contoh yang lebih mudah, jika anda sangat kuat di gimnasium, tidak semestinya anda kuat buat kerja rumah atau berkebun. Adaptasi anda hanya untuk pergerakan di gimnasium. Seseorang yang kerja kontrak atau di tapak binaan, di mana kerja-kerjanya memerlukan dia mengangkat bebanan tinggi, dia telah merekrut lebih motor unit untuk keperluannya.

Bagaimana merekrut lebih motor unit melalui latihan? Untuk menjadi lebih kuat, anda perlu buat latihan power, dimana, ulangannya rendah bebanan tinggi. Cuba tengok entri 5×5, German Volume Training dan sebagainya. Bebanan tinggi, ulangan rendah.

Motor-Unit

Lihat juga Entri
http://strengthsifoo.com/sistem2-latihan/
http://strengthsifoo.com/5-x-5/
http://strengthsifoo.com/german-volume-training/

Rujukan
http://en.wikipedia.org/wiki/Motor_unit
http://moon.ouhsc.edu/dthompso/namics/mu.htm

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

2 thoughts on “Kecil Tapi Kuat

  1. Latihan apa ya nak memperkuatkan kekuatan otot

Leave a Reply to ayee d'navigator Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: