Kejang di Waktu Malam

Apa yang menyebabkan kekejangan di waktu malam? Siapa pernah rasa tiba-tiba kejang di otot betis ketika tidur dan terjaga disebabkan kesakitan menusuk? Selalunya berlaku di betis tetapi ada kalanya di kaki atau tapak kaki. Ia terjadi ketika tidur atau ketika hendak bangun dari tidur.

Apa yang menyebabkan otot kejang?Kursus Kecergasan 2024

Terdapat beberapa kemungkinan termasuk;

* Terlebih bersenam di siang hari. Termasuk dalam kategori terlebih guna otot.
* Mengandung untuk perempuan. Kejang mungkin berlaku disebabkan kekurangan mineral seperti kalsium dan magnesium terutama di beberapa bulan terakhir.
* Terdedah kepada suhu sejuk seperti tidur di dalam bilik dengan penghawa dingin atau terkena air sejuk.
*Terdapat masalah perubatan yang lain termasuk tekanan darah atau peripheral arterial disease, masalah buah pinggang, masalah thyroid dan multiple sclerosis.
* Berdiri atas permukaan keras atau duduk untuk satu jangka masa yang lama atau meletakkan kaki pada kedudukan tak betul ketika tidur.
* Tidak cukup garam potassium, kalsium dan magnesium.
* Masalah kekurangan air.
* Mengambil ubat-ubatan seperti antipsychotics, ubat mengawal peranakan, ubat duiretik, statin atau steroid.

Bagaimana menghentikannya?

Ada beberapa cara termasuk;

* Berjalan sebentar di dalam bilik anda.
* Regangkan otot di betis

Bagaimana mencegahnya?

* Minum air yang mencukupi sehingga air kencing menjadi warna kuning cair atau jernih.
* Kurangkan minum alkohol atau kafein.
* Pastikan nutrisi anda mencukupi, yang mana kaya dengan kalsium, potassium dan magnesium.
* Buat regangan pada otot betis sebelum masuk tidur.
* Jangan meningkatkan intensiti latihan secara mengejut.
* Jika ada peruntukan, dapatkan makanan tambahan multivitamin jika anda tidak dapat menepati keperluan vitamin sehari anda.

Jika masalah masih ada, ia berkemungkinan disebabkan masalah lain seperti restless legs syndrome. Dapatkan nasihat doktor.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

13 thoughts on “Kejang di Waktu Malam

  1. fizaamani says:

    Saya rasa badan saya ni memang kurang kalsium kot, lepas saya amalkan minum susu sebelum tido, kaki dah tak kejang dah..kalau dulu, waktu musim sejuk mcm nie, mesti tidur pakai stoking untuk elakkan kaki kejang..

  2. Awang Hafiz says:

    Satu lagi mungkin juga disebabkan tanda-tanda awal nak kena kayap di bahagian kaki.. jarang berlaku. tapi saya pernah kena.

  3. kalau kejang masa workout, ada kemungkinan x akan kejang masa tidur malam?

  4. AbanGadang says:

    dato, tapak kaki saya bengkak lepas workout semalam. mula2 dia kejang 2,3 kali. esok tu bangun bengkak.
    kes ni, sama ke dengan yang atas? dah 2,3 kali dah jadi macam ni.

  5. nak tanya ckit zaki khan…
    takwim kursus sains sukan 2013 dah keluar..
    tp kursus tahap 2 kat johor atau melaka langsung xde..
    thn lepas ada… ada posibility x nti buat kat melaka atau johor utk 2013?

    1. mungkin dorang cuba selaraskan di tempat lain disebabkan kekurangan peserta

      1. harap2 team zaki akan organize kursus thp II di Johor atau Melaka…

  6. Buat cardio atau sit up x lama lbh kurg 2 min bila nk bgn tetiba cramp bahagian perut…knape ye?

  7. Ibu saya sering mgngalami kekejangan otot sehingga ke jari2 kaki hampir setiap malam..selalunya saya hanya akan mengurut2 kakinya..tapi kali ne dia mngambil msa yg bg2 lama utk pulih…apa saya harus lakukan?

Leave a Reply to ahmad Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: