Kejang
Kebanyakan daripada kita mesti pernah mengalami kekejangan, sama ada ketika latihan atau masa-masa lain seperti ketika tidur, bangun tidur dan sebagainya.
Apa penyebab kejang dan cara mencegahnya?
Dehidrasi – Kekeringan antara penyebab utama kekejangan. Kebanyakan daripada tidak minum air dengan cukup. Kaedah mudah yang digunapakai untuk menentukan sama ada seseorang itu dehidrasi adalah dengan melihat warna air kencing. Secara logiknya, lebih gelap air kencing lebih dehidrasi seseorang. Air kencing harus jernih atau paling ringan warna kuning muda. Warna air kencing jika mungkin berubah disebabkan faktor-faktor lain.
Terlalu panas – Badan atau tisu otot yang terlalu panas boleh mencetuskan kekejangan. Pastikan anda kekal memasukkan air jika suhu badan meningkat. Masukkan air dengan suhu 2 hingga 4 darjah celcius untuk memastikan air terus turun ke tisu otot yang memerlukan. Air sejuk dan bukannya air ais.
Sodium – Kekurangan garam sodium yang mana merupakan salah satu elektrolit penting boleh menyebabkan kekejangan. Semasa senaman, elektrolit keluar melalui peluh. Masalah kekejangan ini biasa berlaku pada mereka yang tengah diet garam. Sediakan air minuman isotonik seperti 100 plus jika perlu. Manusia biasa memerlukan 1.6 hingga 2.4 gram sodium setiap hari, manakala mereka yang aktif memerlukan lebih. Setiap aktiviti fizikal berintensiti tinggi selama sejam, badan akan kehilangan secara purata 1.5 gram sodium melalui peluh.
Potassium – Potassium antara garam atau elektrolit yang hilang semasa berpeluh. Kekurangan potassium dipercayai faktor major penyebab kekejangan. Jika seseorang menggunakan diuretik, ia boleh memaksa badan mengeluarkan sejumlah besar potassium daripada badan. Pernah kejang ketika melakukan sit-up atau crunches? RDA menetapkan seorang yang normal memerlukan sekitar 4700 mg potassium sehari. Mereka yang aktif perlukan lebih. Antara sumber yang tinggi potassium termasuk kentang, pisang, lobak merah, sayur salari, air isotonik dan sebagainya.
Magnesium – Kekurangan magnesium juga boleh jadi penyebab kejang. Ia juga boleh mengurangkan prestasi dan beberapa masalah kesihatan yang lain. Manusia normal memerlukan sekitar 420 mg sehari dan mereka yang aktif memerlukan lebih. Sumber yang tinggi magnesium termasuk kacang, oat, soya, air isotonik dan sebagainya.
Kalsium – Kalsium penting untuk kesihatan tulang dan pergerakan. Kekurangan kalsium biasa pada seorang atlet perempuan. Vitamin D diperlukan untuk penyerapan kalsium. Kekurangan kalsium juga dikaitkan dengan kekejangan. Manusia biasa memerlukan sekitar 1000 mg sehari. Atlet yang aktif boleh menerima sehingga 2500 mg bergantung pada tahap aktivitinya. Kalsium boleh didapati daripada kebanyakan produk tenusu, sardin, tauhu, bayam, soya dan sebagainya.
Kelenturan – Masalah kelenturan atau fleksibiliti menjadi masalah biasa pada mereka yang bersenam di gym berikutan malas melakukan regangan. Adakah anda lakukan regangan?
Apa yang boleh dibuat sekiranya berlaku kekejangan ketika bersenam atau bersukan?
Perkara pertama yang perlu dibuat, pastukan anda tidak kejang dengan mengelak daripada faktor-faktor penyebab kejang. Jika masih berlaku kekejangan, lakukan regangan pada otot yang terlibat. Lakukannya secara perlahan dan bukan paksaan. Apabila berlaku kekejangan, peredaran darah mungkin terhalang ke kawasan yang kejang, anda boleh lakukan urutan perlahan untuk menggalakkan darah mengalir ke situ. Anda boleh menggunakan minyak atau krim panas.
Selain itu, anda juga boleh gunakan teknik panas dan sejuk iaitu dengan menggunakan air panas dan ais secara selang seli. Mulakan dengan ais sekitar 10 hingga 15 saat diikuti air panas 10 hingga 15 saat. Ia diulang beberapa kali sehingga anda rasa lega. Minum air isotonik atau air yang mengandungi elektrolit untuk menggantikan kehilangan elektrolit ketika bersenam. Minum sebanyak mungkin air selagi tidak menyebabkan sakit perut.
Aslkm Tuan,
betul ke kalau cramp mkn garam, pisang atau sekadar mitos?
t.kasih
kan kt atas dah terangkan..
btul. ada jawab di atas
Maaf tuan,
maksud saya makan garam secara direct.
petua dari jurulatih jalan lasak utk mengelakkan cramp.
betul. boleh digunakan.
T.kasih Tuan dgn jawapan
Cian awek atas tu kejang la plak dia..pas ni knala bykkan streching sblm work out..bahaya ni otot nk kna jaga..tq dato info yg superb!!
x semestinya sebelum. aktiviti regangan boleh dilakukan pada masa tersendiri. x terikat kepada latihan bebanan pun boleh.
Errr dato sori lari tajuk sikit tapi betul kaa statement blog ni yang mengatakan soya tak bagos untuk kesihatan errr kalau dato dah pernah tulis boleh hantarkan link nya tak >_< http://www.illustrasiaku.com/bahaya-minum-air-kacang-soya/
cuba try baca http://strengthsifoo.com/soya/
Ohhh hanyalah mitos ok thank you
salam dato, carb cycle to macam mana,,,?
carb atau creb?
carb cycle diet
sy belum pernah sentuh pasal crab cycle. kalau carb cycle, nanti sy check dulu.
dalam bulan puasa nie..mungkin dr pengambilan jenis makanan untuk berbuka dan bersahur…rata-rata sahabat saya dan termasuk saya sendiri mengalami masalah kekejangan otot sewaktu melakukan latihan free weight mahupun selepas melakukannya..dehidrasi/kekurangan air dalam badan juga salah satu punca..well noted info di atas..thanks bro
Saya kerap kejang di bahagian lower Abs kalau nak buat reverse crunch.. dia punya sakit.. perghh.. terlentang… Biasanya lepas Major body workout sperti Shoulder, sy akan continue abs sikit.. tapi selalu kejang diperut.. bahagian badan lain pula tidak pernah kejang2.. boleh Dato komen sikit?
sbb selalu sgt train tempat yg sama. kalau nak juga train, cari potassium pil, dlm 10sen sebiji di farmasi. amik sebelum train.
assalamualaikum…
Dato..
saya berumur 15tahun….berat 145kg…tinggi 171…..
saya nak fokus ke bina badan atau berotot…jadi berape kalori yang perlu saya buang dalam badan n berapa pula kaori penambahannye selepas buang kalori dalam badan??
145kg? agak berat tu.
kalau train 4-6 kali seminggu, cuba aim sekitar 300 g protein sehari. agak byk, tp kalau buat drastik diet, teruk jdnya bdn nanti, jd menggelebeh. aim sekitar 200g carb, kebanyakan carb sebelum training.
ok2…dato bleh x beri contoh makanan2 carb n protein…sebab saya bab makanan lemah cikit…tengok makanan saya main makan je…sebb tu 145kg tu….sampai saya sedih bila nak beli jersey bola je xde saiz…huhu..mcam hidup xberguna lagi bagi saya….
cuba tgk http://strengthsifoo.com/pelan-pemakanan/
Salam..saya selalu masuk aerobikthon utk 2-3 jam sekali sessi..dan masuk jam kedua betis sy kerap kejang…boleh tak sy ambil potassium pill wktu pg sblm mulanya erobic tu? tq
boleh ambil potassium pil.