Kenapa Berat Naik Ketika Period?

Satu kitar haid yang normal adalah 28 hari. Perubahan hormon seorang perempuan boleh ganggu selera dan juga menyebabkan retensi air, seterusnya berat naik.

Kajian perubatan menunjuk sekitar 150 symptom atau gejala bila seseorang period. Antara yang biasa termasuk selera makan bertambah, takungan air dan bengkak.

Kursus Kecergasan 2021

Fasa perubahan selera

  1. Fasa Follicular. Fasa di mana seseorang itu mula berdarah sehingga sebelum proses ovulasi. Estrogen meningkat ketika itu. Estrogen mengurangkan selera makan.
  2. Fasa Luteal. Hormon yang mendominasi proses ovulasi adalah progesterone. Progesterone meningkatkan selera makan. Kajian menunjukkan perempuan cenderung untuk makan makanan manis seperti coklat, dan juga makanan masin. Selera makan meningkat menyebabkan kalori diambil berlebihan dan seterusnya menyebabkan berat badan naik.

Progesterone mengaktifkan hormon aldosterone yang menyebabkan buah pinggang menyimpan air dan garam. Retensi air ini menyebabkan badan sebu dan bengkak. Pakaian rasa lebih ketat. Retensi tak semestinya menyebabkan berat naik. Kajian menunjukkan pengumpulan air berkumpul di muka, buah dada, perut, kaki dan bahagian pubik. Walau bagaimana pun, tiada perubahan pada berat menurut kajian ini.

Bagaimana nak elak berat badan naik?

Anda kena jaga diet;

  1. Makan karbohidrat kompleks untuk kurangkan perubahan mood dan ketagihan makanan tertentu.
  2. Makan makanan tinggi kalsium seperti yogurt dan sayur hijau.
  3. Kurangkan pengambilan lemak, garam dan gula.
  4. Elak atau hadkan pengambilan kafein.
  5. Pastikan paras gula dalam darah stabil.
  6. Ada doktor mungkin cadangkan pengambilan makanan tambahan magnesium untuk kurangkan gejala PMS.
  7. Ada sesetengah kes doktor akan beri diuretik untuk buang air berlebihan.

Rujukan

  1. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6257992/
  2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6257992/
  3. https://www.medicalnewstoday.com/articles/318441#how-to-reduce-cravings

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 22 tahun dalam bidang kecergasan. Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: