Kenapa Bersenam?

Bersenam sudah menjadi budaya di beberapa negara maju. Di Malaysia kita boleh lihat penambahan tempat2 bersenam seperti pembukaan banyak gym besar, studio2 dan di taman2 kebanyakan sekarang dah ada disediakan tempat bersenam. Tetapi belum betul2 menjadi budaya, di mana kita boleh lihat, gym2 ada yang kosong, ada yang masuk gym tapi hilang lepas sebulan, alat2 bersenam di taman abis rosak. Kita lebih tekankan industri kecantikan daripada industri kecergasan itu sendiri. Sebagai contoh, kita boleh lihat banyak pusat gymnasium menawarkan pakej kelihatan cantik daripada pakej sihat.

Kenapa bersenam? antara tujuannya adalah untuk menguatkan jantung. Melalui senaman aerobik kita boleh melancarkan perjalanan darah dalam badan kita. Senaman aerobik membesarkan ruangan ventrikal kiri jantung dan seterusnya membolehkan jantung pam lebih darah beroksigen ke seluruh badan. Cuba bayangkan seorang yang ruang ventrikal kirinya kecil, jantung akan bekerja lebih keras untuk menyalurkan jumlah yang sama. Sampai 1 tahap, ‘heart attack‘. :pKursus Kecergasan 2024

Bersenam juga mengawal berat badan. Mengawal komposisi lemak. Seperti yang diketahui umum, kebanyakan penyakit merbahaya seperti diabetis, tekanan darah tinggi dikaitkan dengan berat badan atau lemak tinggi. Bersenam membantu bakar kalori berlebihan yang diambil dimana jika tidak dibakar akan disimpan menjadi lemak dan jika sampai 1 tahap insulin pun tak mampu nak tukar glikogen berlebihan ke lemak, itu permulaan diabetis.

Perempuan senang kena osteoporosis di mana tulang2 mereput di awal usia 20an sekarang. Senaman dapat membantu mengurangkan masalah osteoporosis dengan menguatkan tulang. Senaman juga bantu stimulasi pengeluaran hormon endorphin yang mana menyebabkan kita tenang, tidak berada dalam keadaan tertekan. Dan percayalah senaman buat kita nampak muda.:D

Senaman yang betul akan memberi kesan pada cardiovaskular, kelenturan badan, komposisi badan, kekuatan otot dan daya tahan atau stamina. Bagaimana cara senaman yang betul?

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

14 thoughts on “Kenapa Bersenam?

  1. It appears that you’ve put a lot of effort and hard work into your article and I require more of these using the net currently. I sincerely got a kick from your post. I don’t really have much to speak about in response, I only wished to comment to reply wonderful work.

  2. salam Dato….
    semua info yang Dato publishkan dlm web Dato sangat menarik dan berguna.
    Bolehkah saya mengambil beberapa article dari web Dato untuk saya masukkan ke dalam blogsite saya? Blogsite saya lebih kepada bahasa Inggeris (saya akan translate article Dato) dan saya akan letak url web Dato di bawah setiap post yang saya.
    Harap dapat pertimbangan Dato
    Trima kasih

  3. Salam Dato, sepupu sya mngalami kecederaan pada otot kaki akibat bermain bola keranjang, dan Doktor suda mengesahkan kecederaan dia tidak akan pulih smula. skrg ni dia nak pergi ke gym smula utk membakar lemak dan buat latihan bebanan, adakah kecederaan dia itu akan memudaratkan lg jika dia mlakukan latihan bebanan? atau Dato ada cadangan latihan yg sesuai ?

        1. bergantung pada tahap injury. boleh kuatkan otot keliling. sy tak dpt nak komen lebih disebabkan tidak tahu kecederaan apa secara detail.

  4. Mmg btul dato…byk gym kosong…n ada bndar gym pon ssh nk jmpa…mgkin x ptg…

  5. Kdg2 rasa pelik dato…olahragawan slalu atlet bina bdn…tp sukan bina bdn lgsung x popular..xde pon keluar dlm mne2 siaran tv

    1. sukan bina badan bukan sukan favorite seperti bola dan sebagainya.

  6. Assalamualaikum dato
    Sy berumur52 tahun.badan sederhana besar.87kg.merokok, darah tinggi yg terkawal dan mengidap diabetic..tapi terkawal dgn kawalan ubat makan.oral medicine.

    Sy nk minta pendapat dan nasihat dari dato dan berharap dato sedia membantu.

    Bagaimana kah Sy harus memulakan tindakan untuk menjaga kesihatan dalam situasi Sy yg mengidap penyakit yg diatas dan dalam keadaan umur Sy sekarang ini..

    Apakah tindakan yg sesuai yg perlu
    Sy lakukan.

    Diharap dato sedia membantu..

    Terima kasih atas bantuan nasihat dato.

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: