Kencing Manis
Kencing manis tersenarai dalam penyakit umum rakyat Malaysia. Kencing manis atau nama lainnya diabetis adalah penyakit di mana seseorang itu mempunyai kandungan gula yang tinggi dalam darahnya, samada disebabkan badan tidak menghasilkan insulin yang cukup ataupun sel tidak bertindak balas terhadap insulin yang dihasilkan. Kandungan gula yang tinggi dalam darah menghasil simptom seperti polydipsia (sentiasa dahaga), polyuria (kerap membuang air kecil) dan polyphagia (kerap lapar).
Terdapat tiga jenis diabetis yang utama;
1. Diabetis Jenis 1 – Hasil daripada kegagalan badan untuk menghasilkan insulin dan memerlukan suntikan insulin. Diabetis ini juga dikenali sebagai insulin-dependent diabetes mellitus (IDDM).
2. Diabetis Jenis 2 – Hasil daripada kegagalan sel untuk menggunakan insulin dengan betul dan juga kekurangan insulin. Diabetis jenis ini juga dikenali sebagai non-insulin-dependent diabetes mellitus (NIDDM).
3. Diabetis Kehamilan – Apabila wanita hamil yang tidak pernah kena kencing manis sebelum ini mempunyai paras glukosa darah yang tinggi semasa mengandung. Ia mungkin peringkat awal perkembangan diabetis jenis 2. Ia juga dikenali sebagai gestational diabetes.
Jenis-jenis lain termasuk diabetis kongenital (congenital diabetes) yang disebabkan kecacatan genetik insulin, diabetis cystic fibrosis (cystic fibrosis-related diabetes), diabetis steroid yang didorong oleh kandungan glucocorticoid yang tinggi (steroid diabetes) dan pelbagai bentuk diabetis monogenik (monogenic diabetes).
Diabetis jenis 1 tidak ada rawatan buat masa ini kecuali penggunaan insulin luaran untuk mengawalnya. Manakala diabetis jenis 2 boleh dikawal dengan ubat-ubatan dan senaman berserta penjagaan makanan yang betul boleh menurunkan paras gula dalam darah. Diabetis yang tidak dirawat boleh menyebabkan pelbagai komplikasi seperti hypoglycemia, diabetic ketoacidosis dan nonketotic hyperosmolar coma. Kesan jangka masa panjang termasuk penyakit jantung, kegagalan buah pinggang, kerosakan mata, ketidakupayaan dalam pemulihan luka dan sebagainya.
Mulakan gaya hidup yang sihat bermula sekarang. Sementara masih sihat, jangan hanya memikirkan sedap makanan di mulut. Sedap di mulut belum tentu sedap di badan. Bagi yang didianosis kencing manis, mulakan senaman dan pemakanan yang betul sebelum masuk kes kritikal dimana nak bersenam pun susah.
terima kasih dato..
hehehe…
gambar utk post nie lagi ngeri dari gambar post bertajuk “Pilihan Senaman Untuk Perempuan?”
:D. gambar ni sebagai peringatan supaya menjaga pemakanan. jaga intake gula. kenali nikmat sihat.
serious saya amat sukakan blog ini..will come here more often
terima kasih kerana menyukai blog saya. nama biasa tgk dlm group 2dayblogger. :p
insaf lepas tgk pic di atas
huhuhuhu
Info yang berguna tentang jenis-jenis diabetis,thanks.