Keputusan Mr Badan Cantik 2012

Buat pertama kalinya pertandingan ini telah dianjurkan oleh Kelab Gim Rakyat Bukit Kiara di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 29 Januari 2012. Di mana seramai 20 atlet bertarung merebut 3 tempat teratas dalam 2 kategori berat badan yang dipertandingkan iaitu:

Kursus Kecergasan 20241. Berat badan bawah 70kg
2. Berat badan atas 70kg

Kategori Berat Badan Bawah 70kg

1. Mohd Shahrizan
2. Muhammad Ammar Afandi
3. Mohd Irrwan

Kategori Berat Badan Atas 70kg

1. Zainal Arif
2. Riano Engah
3. Muhammad Razali

Pemenang Menerima:

Tempat Pertama: RM300 + Sijil + Pingat
Tempat Kedua: RM200 + Sijil + Pingat
Tempat Ketiga: RM100 + Sijil + Pingat

Barisan Teknikal

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

19 thoughts on “Keputusan Mr Badan Cantik 2012

  1. Assalammualaikum dato;

    Cantik2 jugak badan para pemenang tu,yg gambar bwh skali tu yg kepala botak brkcamata tu dato ke?
    ok saya nak tnya tentang kegunaan bcomplex(mungkin saya ada tertnggal isu2 yg lepas)

    1) Adakah bcomplex ni boleh mnambah berat badan atau sebaliknya? Dulu saya pnah mbuat suntikan bcomplex tapi result tetap sma iaitu badan saya spt biasa tetap kurus.

    2) Adakah saya msti mkn bnyk dan tidur yg cukup serta rehat yg cukup selepas pngambilan bcomplex?

    3) Jika bcomplex tak berkesan adakan suplement lain yg boleh membantu?

    Saya kdg2 ada jugak pergi gym.Ok dato sekian…

    1. waalaikumsalam

      botak berkaca mata tu roslan mat sani

      1. bcomplex x tambah berat, cuma membantu dlm tambah selera makan

      2. mkn n tido dah semestinya.

      3. cuba try tonik ginseng

      1. So still misteri la dato ni hahaha…thanx dgn jwpn dato sekurang2nya saya tau apa itu bcomplex…nanti saya cuba cari tonik tu,dulu saya penah terbaca tentang tonik ni kat ruangan ni.

        1. apa plak misteri. ada di situ sebagai ketua pengadil. cuma gambar xde. dorang xnak tangkap gambar. 😀

          1. sy kenal dato ni,dato sndiri pernah hantar brg yg sy beli dgn dato..rajin sungguh dato ni,segan sy..hehe

          2. ye ke, cam ramai la plak antar sendiri. 😀

  2. nak tanya dato ni…kalau diet kita boleh makan nasi x???ada yg cakp boleh..ada ckp jgn sbb kabohidrat…keliru dah…boleh dato jelaskan serba sdikit???

  3. off topic!!!
    ada sesiapa yg akan menyertai kursus sains sukan tahap I di melaka 20-24 februari ni x?

  4. yang menang semua memang badan cantik.

    entah2 memang ahli bina badan

    kakak kat tengah2 tu tak takut ke

  5. xda lar cantek sgt pun…hadoi

  6. yg menang tu bkn mr badan cantek..tu mr bodybuilder…dah slalu nampak dia ni, bg la can kt org len pulak..mr badan cantek ni dlm fikiran org cutting2 muscular, klau bodybuilder cutting tu masuk lar mr kl ker malaysia ker..hurmmm..buruk perangai :~

    1. dah org lain x nak masuk… or tengah off season… menang mr malaysia bukan dapat duit sangat pun…

  7. adam hawa says:

    nape ek sukan bina badan ni ganjaran xbesar dato? walhal kos besar? pe sy perasan, org bina badan ni jarang mati disebabkan penyakit 1 malaysia ( penyakit jantung,kencing manis,darah tinggi) lgpun sukan ni dpt memupuk budaya sihat..huhu.. dato kan bagus org bina badan ni dpt masuk industri filem malaysia.. naik bosan tgk artis malaysia badan lemau jek.tiup angin rebah. industri filem malaysia asyik2 komedi jek..xde stunt man n aktor cool macho…luahan hati peminat sukan bina badan

    1. mcm2 sebab. antaranya, sukan ni dilihat sebagai sukan mempromosikan dadah. pastu permintaan peminat sukan kurang di malaysia, tidak seperti bola sepak dll. dan pelbagai lg sebab. nak olah panjang.

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: