Kisah Kejayaan: Luke Lango

Pada asalnya Luke Lango seorang yang kurus. Bak kata pepatah, terbang bila ditiup angin, tumbang bila ditolak. Dalam masa yang singkat, Luke telah menjadi seorang yang agak muscular dan digilai perempuan di sini. Pada peringkat awal, tiada siapa percaya Luke boleh buat badannya ke tahap ini termasuk keluarganya. Tetapi kini, dia telah membuktikannya pada semua yang memandang rendah padanya.

Dah berapa lama bersenam dan membentuk badan?

“Saya sudah bersenam selama satu tahun setengah tetapi serius membina dalam masa lapan bulan. Saya bermula daripada berat 69kg dan berjaya menambah kepada 85kg”

Kursus Kecergasan 2024Kenapa berminat buat badan berketul?

“Bila saya mula bersenam, saya mula sukakannya. Saya percaya jika seseorang berjaya mendisiplinkan diri dalam menjaga badan, dah pasti dia juga mampu mendisiplinkan diri dalam kerjaya dan kehidupannya”

Chapter 426.1

Apa rahsia yang boleh dikongsikan?

“Terus terang saya katakan, tiada rahsia tertentu. Tiada cara mudah mendapatkan badan yang diidami. Ia cuma kerja keras dan konsistan. Konsistan membawa anda ke tahap yang anda ingin capai. Ramai gagal kerana putus asa dimana mereka mengharapkan hasil dalam jangka masa yang ringkas tanpa menyedari champion pun mengambil masa untuk membentuk badan”

Ada mengambil apa-apa bahan terlarang?

“Tidak sama sekali. Saya masih mampu melakukannya secara natural. Saya hanya menggunakan makanan tambahan seperti Protein. Protein kegemaran saya ialah Syntha-6”

Apa nasihat yang boleh diberikan kepada mereka diluar sana yang baru mula bersenam?

“Percaya pada diri anda. Dapatkan ilmu tentang latihan dan diet yang betul. Dapatkan nasihat daripada profesional jika tidak pasti. Paling penting, jangan putus asa. It his is something you really want to do, then you have to give it 110% effort”

Chapter 426.3

Nama: Luke Lango Raj
Umur: 19 tahun
Tinggi: 180cm
Berat: 85kg
Jenis Latihan: Power Lifting, Body Building, Crossfit, HIIT Cardio
Status: Taken
Supplement: Protein, BCAA, Multivitamin, Fish Oil, Vitamin C
Tempat Latihan: Pure Gym, Subang Avenue

Boleh ikuti Luke Lango di Instagram atas nama luke lango.
Temui Luke di Pure Gym Subang Avenue!

Chapter 426.2

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

14 thoughts on “Kisah Kejayaan: Luke Lango

  1. teruskan usaha luke…boleh senaraikan yr daily menu.

  2. ape susahnya dari kurus ke muscular makan senam naik la,yang susah dari gemuk boroy nak ke muscular

    1. X JG AZMI YG PENTING DISIPLIN… MAKAN PUN BKN BLH SEBARANG MAKAN… usaha tu penting…

  3. dato’ kalau ikut kenyataan azmi, mna yang betul? dari kurus ke muscular atau dari gemuk ke muscular yang lebih mudah?

    1. dari kurus kena makan byk, byk keluar modal. kalau gemok ke kurus, dah ada kalori kat bdn, tinggal nak guna je

  4. aku seorang yg kurus,dulu start main gym dgn berat 55kg only,and now my weight is 63kg,not easy,sebab aku kena makan kuat tetapi makan berakal..
    and then, bila aku tukar minat ke muay thai,weight aku turun menjadi 58kg dalam masa 1 bulan setengah sahaja,…

    personally: naik weight lebih sukar dari segi kewangan, manakala turun weight lebih sukar dari segi disiplin makan,dan excercise…

    1. oooo…patutlah.aku ni bermasalah dari segi disiplin makan & exercise

  5. aku plak dari 54kg naik ke 76kg dalam setahun lebih..nak naikkan berat lagi susah sebab terpaksa keluarkan duit yang banyak untuk raw food dan protein supplement, selain tu aku terpaksa kurangkan aktiviti sukan aku seperti bola sepak dan olahraga yang betul2 aku minat supaya nilai kalori yang terbakar x terlalu banyak, sedangkan kawan aku yang gemuk cuma perlukan disiplin, tingkatkan aktiviti sukan, jaga makan(duit x kuar banyak) dah boleh bagi slim

    1. btul 2.. ak pon mmg mnat giler men bola ngan olahraga.. so bile dah berkecimpung dgn gym n nak dptkan bdan smart trpksa intake kalori byk.. so mmg ssah la dri kurus nk ke tough sbab byk pkai duet..

  6. 100% correct..aku pernah di tanya oleh gym instructor,’kalau kau nak mian gym,tinggal kan bola sepak’ perrgghhhh,soalan tu antara hidup dan mati,tapi kalau nak kan yang besar,korbankan yang kecil,dan kalau nakkan yang kecil,korbankan yang besar…

Leave a Reply to kazam Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: