Kompoun VS Isolasi

Apa itu senaman kompoun?

Senaman kompoun adalah pergerakan multi-joint yang melibatkan beberapa otot atau kumpulan otot dalam satu masa. Contoh paling besar adalah squat yang mana melibatkan banyak otot di bahagian bawah badan dan core termasuk quadriceps, hamstring, betis, glute, pinggang dan core.

Kursus Kecergasan 2024Apa itu senaman isolasi?

Senaman isolasi adalah pergerakan pada satu sendi dan melibatkan satu otot atau satu kumpulan otot. Contohnya seperti biceps curl. Pergerakan isolasi ini biasa digunakan dalam proses pemulihan, membetulkan ketidakseimbangan otot, mungkin disebabkan kecederaan, pembedahan dan sebagainya.

Kenapa guna senaman kompoun?

Ianya menggunakan banyak kumpulan otot yang bermakna lebih pembakaran, membolehkan badan mendapat senaman untuk keseluruhan badan dengan cepat tanpa perlu tumpu pada satu senaman, membetulkan koordinasi, masa tindak balas dan menyeimbangkan otot merentasi sendi, mengurangkan risiko kecederaan ketika bersukan, memberi ruang untuk bersenam dengan lebih lama dengan kurang keletihan pada otot dan seterusnya mengangkat lebihan bebanan. Senaman jenis kompoun lebih sesuai untuk proses membesarkan badan berbanding isolasi yang menyasarkan hanya kumpulan otot tertentu.

Kenapa guna senaman isolasi?

Senaman isolasi sering kali digalakkan untuk membetulkan ketidakseimbangan otot atau kelemahan yang sering berlaku selepas kecederaan. Senaman isolasi juga boleh digunakan untuk membetulkan ketidakseimbangan akibat dominasi bahagian badan tertentu seperti tangan besar sebelah dan sebagainya. Sekiranya otot yang cedera tidak dilatih semula, ia boleh mewujudkan ketidakseimbangan biomekanik yang sukar dibetulkan. Sebagai contoh, apabila berlaku kemalangan dan patah di sebelah kaki, kaki kiri dan kanan akan berdepan masalah ketidakseimbangan. Alasan lain untuk menggunakan senaman isolasi adalah untuk menguatkan, atau menonjolkan otot-otot tertentu, seperti menggunakan leg extension untuk menonjolkan otot quadricep atau lebih khusus ke vactus di dalam. Semasa proses memotong, latihan isolasi digunakan untuk menonjolkan otot-otot tertentu.

Nota: Rujuk data Cara Bersenam

Kompoun VS Isolasi

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

22 thoughts on “Kompoun VS Isolasi

  1. Thanx Dato’.. gd info.. baru sy betul2 paham beza isolasi dgn kompaun.. 🙂
    Bdk yg bru brjinak2 dgn besi la katakan hehe..

  2. info yg berguna…thanks dato

  3. jadi dato, ada x senaman jenis compoun utk otot bicep

  4. seringkali bila masuk gym, ramai yang asyik buat isolasi.. seminggu asyik ulang buat bahu saja… then bila lama2.. memang nampak pelik.. bahagian atas badan besar… dada dan bahu terutamanya… tapi biseps triseps.. kecil.. hahah.. lagi best.. kaki.. halus keding.. haha. bukan nak memperli dan sebagainya.. tapi itulah hakikatnya rata2 gym yang saya masuk.. kena seimbangkan juga workout isolasi ni.. kan datok…

    1. itu sudah smestinya cik mohd..dekat gym yg saya men pn sama…asyik men shoulder n chest jea…kaki langsung xpernah cuit…biasala tu pakai sluar panjang org xnampak katakan….lepas tu berlagak nak tunjuk yg dia men berat la konon…hempas2 besi…tp yg betul2 bodybuilder yg badan menjadi relaks jea training xbanyak ckp n friendly …ragam manusia katakan..

    2. ramai yg alami masalah imbalance ni. kena seimbangkan balik training utk part2 tertentu, kalau x, perkembangan x betul nanti. bila ada masalah imbalance, akan lead ke masalah lain, sakit pinggang dan sebagainya.

  5. salam.dato,tgn kiri saye kecik compare dgn tgn kanan.mcm mane ye dato na bg same?maen lbh untuk tgn kiri ke?

    1. kena balancekan balik, samada lebih kiri, atau tambah bebanan pada kiri.

  6. Joe Terry says:

    Salam,…info yg nice dato’…..baca je trus pham…tq

  7. kompoun lebih baik dari isolasi..setuju.
    Untuk besarkan otot bisep,mahu tak mahu kena buat juga isolasi.
    terima kasih

    1. x ckp semestinya lg baik. kedua2 ada pro con. sesuaikan ikut latihan

  8. Tak sabar nak baca entri 7X7..bila..bila bila??/ hehe

    1. dlm proses. x brani nak bg tarikh. takut terdelay ke, apa ke. tgh tunggu final work daripada graphic designer ni

  9. Untuk membina badan, setiap kali train perlu dimulakan dengan kompaun ke isolasi dulu?

  10. salam,encik saya ingin tanye soalan….
    kalau nak jadi badan sasa kena gemuk dulu ke?

    then Susu protein selalunyaa harga berapa?

  11. Dato,
    Tangan Kiri saya pernah patah Dan saya dapati tangan Kiri lebih kecik dari kanan…bgaimana utk seimbangkannya?

    1. lebihkan bahagian yang lemah. betulkan kembali alignment bdn kalau ada perubahan pada alignment.

  12. Tq Dato kongsi ilmu. Sy rujuk blog dr Jika nk perbaiki teknik walaupun sy dh training 6 tahun. Sy amalkan squad, back biceps bila nk wo. Sy nk capai target squat 200kg tanpa support walaupun pernah patah kaki

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: