Latihan DTP

DTP bermaksud ‘Dramatic Transformation Principle‘. Latihan ini dikatakan akan mengubah bentuk badan secara dramatik. DTP dicipta oleh Kris Gethin. Secara amnya DTP memberi kejutan pada otot dan menyebabkan ia berkembang. DTP disyorkan untuk mereka yang ingin mengembangkan otot dalam masa yang singkat. DTP menyasarkan masa yang pendek, iaitu 12 minggu.

Kursus Kecergasan 2024DTP dilakukan dalam bentuk piramid iaitu beban menaik dan menurun. Anda akan melakukan satu atau dua pilihan senaman untuk setiap bahagian badan.

Contoh;

Hari 1: Kaki, Perut
Hari 2: Kardio
Hari 3: Dada, Belakang
Hari 4: Kardio
Hari 5: Tangan, Perut
Hari 6: Kardio
Hari 7: Bahu, Trap

Set pertama DTP dilakukan dengan ulangan 50, 40, 30, 20, 10 disamping penambahan beban yang sesuai. Setelah 5 set, buat penurunan beban dan ulangan 10, 20, 30, 40, 50. Satu latihan 10 set. Kebiasaannya ramai yang akan gagal sebelum ulangan ke 50 berakhir. Jika perlukan rehat, rehat sekejap tetapi tetap habiskan ulangan tersebut. Rehat 45 saat sebelum masuk set kedua. Masa rehat bertambah, set pertama 45 saat, set kedua 60, 75, 90, 105 dan apabila menurun 120, 105, 90, 75, dan 60 saat.

Melalui latihan DTP, apabila dimulakan dengan ulangan tinggi dan rehat yang kurang, ia akan menyasarkan serat otot jenis I dan apabila beban bertambah, ia menyasarkan serat otot jenis IIA dan disudahi dengan serat otot jenis IIB.

Contoh;

Bench Press

Set 1: 100 kg 50 ulangan
Rehat 45 saat
Set 2: 120 kg 40 ulangan
Rehat 60 saat
Set 3: 140 kg 30 ulangan
Rehat 75 saat
Set 4: 160 kg 20 ulangan
Rehat 90 saat
Set 5: 180 kg 10 ulangan
Rehat 105 saat
Set 6: 180 kg 10 ulangan
Rehat 120 saat
Set 7: 160 kg 20 ulangan
Rehat 105 saat
Set 8: 140 kg 30 ulangan
Rehat 90 saat
Set 9: 120 kg 40 ulangan
Rehat 75 saat
Set 10: 100 kg 50 ulangan
Rehat 60 saat

Adakah DTP boleh dilakukan oleh orang baru? Boleh, dengan syarat, ada asas kepada latihan bebanan.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

54 thoughts on “Latihan DTP

  1. sa pernah try ni..utk saya..sgt bagus..after same routine for 3 months mcm tu..1 months/3 weeks buat DTP..mmg power

  2. sedikit kurang faham…contoh yang diberi hari ketiga dada dan belakang…so,berdasarkan rep yang tinggi dan set yang banyak tu..berapa minimum dan maksimum jenis latihan yang sesuai untuk dilakukan untuk satu part badan?

    1. mungkin dato boleh berikan contoh latihan yang terbaik untuk dilakukan pada hari 1,3,5,7 tersebut…..

      1. contoh;

        day 1: squat, bicycle crunch
        day 3: bench press, barbell row
        day 5: biceps curl, triceps extension, leg raise
        day 7: shoulder press, side lateral.

  3. Salam dato….. Boleh tak bilangan rep tu dikurangkan. Rasanya tak larat nak angkat sampai 50. Perlu angkat seperti ingin memotong atau angkat seperti biasa.

      1. Contoh;

        Bench Press

        Set 1: 100 kg 50 ulangan
        Rehat 45 saat
        Set 2: 120 kg 40 ulangan
        Rehat 60 saat
        Set 3: 140 kg 30 ulangan
        Rehat 75 saat
        Set 4: 160 kg 20 ulangan
        Rehat 90 saat
        Set 5: 180 kg 10 ulangan
        Rehat 105 saat
        Set 6: 180 kg 10 ulangan
        Rehat 120 saat
        Set 7: 160 kg 20 ulangan
        Rehat 105 saat
        Set 8: 140 kg 30 ulangan
        Rehat 90 saat
        Set 9: 120 kg 40 ulangan
        Rehat 75 saat
        Set 10: 100 kg 50 ulangan
        Rehat 60 saat

        kalau sy begineer.. kena ke ikot berat starting 100 kg sampai 180 kg.. ke nak starting berapa kg. dato tlg bg cadangan.

  4. Dato..sy nk tnya ttg creatine.apakah fungsi dia,cara guna & kumpulan sasar(utk siapa)?

  5. dato mcm mana dgn program bizzydiet? http://www.bodybuilding.com/fun/the-bizzy-diet.html
    ok x?

    sy dh maen 1tahun skrng,,,dan berhajat nk drop body fat …
    adakah program bizzydiet ni bagus bg pendapat dato? sbb sy baca review setengah orang cakap program ni rubbish sbb macm lebih kpd promote supplement

    1. lebih kurang sama dgn program2 lain, cuma separate upper n lower body. n ada hiit training. basicly hampir semua jenis training ada promote supplement.

  6. salam…kalo da buat latihan ni tuk tempoh yg ditetapkan…and then tetibe stop, ad ape2 efek x pada badan??

    1. xde masalah kalau nak tukar program.
      cuma kalau boleh, stick pada 1 program dulu, tgk keberkesanannya pada diri.

  7. boleh ke kg tu dikurangkan??berat sangat tu….

    1. maksud kurang? yg di atas tu contoh je. pilih beban yg sesuai dgn anda.

      1. tapi ulangan tu kene sama kn? 50 40 30 20 10 , 10 20 30 40 50

  8. Salam Dato’, Latihan kompoun sesuai ke untuk DTP ni? atau lebih sesuai split?

  9. salam,

    bagaimana pula dengan cara diet permakananya,bole dato terangkan.

    1. cis, ada yg meniru artikel sini tp x linkkan ke strengthsifoo.com

  10. As salam bro zaki.Apa yg sama?apa yg lain?api fat burnner bro jual ke?bagus ke?xde effect apa2?

    1. ada jual. hubungi 012 688 6774. sms
      setakat ni ok. produk herbal.

  11. Sorry bro ada soalan lagi..sebelum workout elok ambik protein ke carbo?dan selepas workout boleh terus minum protein?atau kene tunggu beberapa minit!sebab bro ada ckp rugi nanti dia akan dibakar jadi tenaga?

    1. amik complete meal sekitar 2 jam sebelum training. bergantung pada tahap digest. selepas workout amik carb dulu, cam pisang. lepas 30minit hingga 2 jam baru amik protein.

  12. Tanya lagi boleh ye bro!kalau xde pisang…gantikan dgn semangkuk nasi dgn sedikit lauk boleh ke?

    1. utk post workout? better cari yg fast absorb dulu. kalau xde choice baru nasi n lauk.

  13. aslmkm dato.utk ectomorph body type ape cadangan dato tentang cara pemakanan dan latihan?saye dah maen hampir setahon tp mmg chest flat je

      1. AbanGadang says:

        dato, hargainer tu kategori badan jenis ecto morph ke?
        program 5×5 sesuai ke dengan orang macam ini?
        rasanya saya kategori ini. badan susah nak naik. bila dah gain weight, cepat je turun.hehe 🙂
        btw, saya mencuba program 5×5 macam dato cadangkan. e-book pun saya beli gak 🙂

        1. hardgainer biasanya kategori ecto. 5×5 atau program seumpama tu. pemakanan pun kena tingkatkan cecah 30% drpd keperluan.

  14. salam.. dato, sesuai x lthn ne utk org kurus?.. 60kg 180cm..

  15. jadi dato dlm satu hari tu berapa jenis latihan yg perlu di buat…rsanya klu satu jenis nie pn dh x larat nie…bg contoh jenis workout utk hari 1,3,5,7…

    1. pilih 1 atau 2 je,
      hari 1 squat
      hari 3 bench press, deadlift
      hari 5 arm curl
      hari 7, shoulder press

  16. saya nak tanye…dalam 1 mase..berapa jenis workout kita boleh buat…contoh..dlm 3 jam..adakah kita boleh buat…chest 1 jam..bisep 1 jam..tricep 1 jam..

  17. dato, latihan dtp ini lebih menyasarkan sizing atau cutting? saya workout seminggu 5hari so mcm mana jadualnya jika saya nak try latihan dtp ini? tq

    1. target otot. bila otot bertambah, metabolisme bertambah.
      kalau 5 kali, bab kardio kena adjust ke hari training.

  18. dato, latihan dtp ini lebih menyasarkan sizing atau cutting? saya workout seminggu 5hari so mcm mana jadualnya jika saya nak try latihan dtp ini? tqq

  19. Dato bleh ke klau saye selang selikan ltihan dtp ni dgn lathn yg biase sye buat…cnthnye mggu ni lthn dtp..mggu dpn ltihn biase

  20. SALAM DATO.ADAKAH PROGRAM DTP SESUAI UNTUK CUTTING??

  21. SALAM DATO..ADAKAH PROGRAM INI SESUAI UNTUK CUTTING??

  22. Salam dato.
    Macam mana nak gabungkan chest dengan back tu?

Leave a Reply to zippo Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: