Makanan Asid VS Alkali

Kebanyakan orang mungkin tak sedar, paras pH badan boleh menjejaskan kesihatan anda. Makanan yang tinggi kandungan asid menghalang tindakan saraf, manakala makanan yang kaya dengan alkali merangsang tindakan saraf. pH darah kita adalah 7.365 atau dibundarkan ke 7.4 yang mana sedikit ke arah julat alkali. Julat asid adalah daripada 0 ke 7 dan alkali daripada 7 ke 14.

Kursus Kecergasan 2024Sistem imunisasi kita berfungsi dengan baik di bawah keadaan alkali tetapi juga memerlukan keadaan berasid. Pendek kata badan kita memerlukan keseimbangan untuk mengekalkan pH darah pada 7.4. Metabolisme keseluruhan bergantung pada keseimbangan makanan berasid dan alkali.

Kenapa perlu seimbangkan pemakanan makanan berasid dan alkali?

– Kesihatan buah pinggang, usus, sistem penghadaman dan hati
– Melawan penyakit seperti arthritis dan sakit jantung
– Mempertahankan badan dari kerosakan sel radikal bebas
– Membantu memperoleh mineral dan vitamin dari makanan
– Mengekalkan dan meningkatkan mobiliti sendi dan otot
– Meningkatkan tahap oksigen dalam pengaliran darah
– Keseimbangan antara kedua-dua makanan mengawal masalah penghadaman dan pergerakan usus
– Mengawal paras gula
– Mengekalkan tekanan darah serta mengawal kenaikan dan penurunannya

Apabila makan, cuba seimbangkan makanan berasid dan alkali. Sebagai contoh, jika makan satay, makan sekali dengan timunnya. Jika makan daging, ayam, seimbangkan dengan sayurnya seperti bayam dan sebagainya.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

16 thoughts on “Makanan Asid VS Alkali

  1. Syauki Afandi says:

    Salam Dato,

    Bila katanya nak buat fitness classes dkt area Damansara ni. Tak sabar nak join..

    Thanks.

    1. dlm proses perbincangan lg, tgh runding tarikh n tempat. akan diberitahu nanti. doakan yg terbaik. 🙂

  2. salam dato,

    dalam bahagian tinggi alkali utk kategori buah, lemon dan limau juga tersenarai di situ. adakah ini fakta atau kesilapan teknikal?

    saya teringat eksperimen semasa di bangku sekolah dulu yg menggunakan kertas ph di mana buah limau lebih menunjukkan sifat keasidan dan benda2 yg masam lazimnya berasid.

    asid folik pun banyak diperoleh dari buahan2 mcm anggur dll kan?

    terkonpius dah

  3. DR kak ros says:

    mmg limau n buah2an citrus yg lain mempunyai nilai pH acidic (pH mesti bawah 7 kalau diletakkan kertas pH aka kertas litmus) dek kerana kandungan asid citriknya, namun apabila air limau nipis memasuki badan, melalui proses metabolisma, memasuki darah, seterusnya destinasi terakhirnya sebagai air kencing, pH air kencing itu sebenarnya akan menjadi sedikit “beralkali” daripada biasa. Maka dengan itu, air limau nipis dikategorikan sebagai “alkaline food”.
    Allah sebaik2 pencipta, misteri keajaiban tubuh manusia

    adakah ini fakta atau kesilapan teknikal?

    tidak.. 🙂

    1. nasib bek ada dr kak ros perjelaskan..ape lah zaki khan ni, mcm xreti jwb jer,xkan copy paste je kot…hehehehehe

      1. jika x faham penerangan yg simple, bertanya. jgn merapu x tentu pasal kat sini. i use simple explanation, kandungan gula dah jd penentu dlm kes citrus.

  4. dato, saya ada kemusykilan sedikit, bkn ke limau atau apa-apa buah yang masam berasid ke dato. mcm pernah dibuat semasa eksperimen di sekolah. dan nama saintifik utk vitamin c yang terdapat dlm buah yang masam, asid askorbik. tp mcm mana plak boleh tinggi alkali?

  5. hallu… lemon is acidic.. pH no. 2 after gastric acid pH no. 1 (stomach acid)

    1. The End Product of Metabolism, otherwise known as Ash and it’s effects on the body make it Alkalizing.

  6. lemon buah beralkali…it’s a fact…sila google utk tahu maklumat lebih

  7. Megat Danial says:

    Salam dato. Saya nak tanya sikit, dalam gambar tu cakap, saya ambil contoh gula sebagai sederhana berasid. Bukankah air + gula tu neutral. Boleh dato terangkan, saya kurang faham.

Leave a Reply to Syauki Afandi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: