Makanan Meningkatkan Ketagihan Rokok

Anda merancang untuk berhenti merokok, tetapi…

‘aduh, susahnya’

Semakin cuba semakin sukar. Tahukah anda, ada makanan yang menambah rasa ketagihan nikotin. Terdapat satu kajian yang diterbitkan dalam Experimental and Clinical Psychopharmacology berkenaan faktor pemakanan dalam meningkatkan ketagihan nikotin. Apakah makanan itu?

Kursus Kecergasan 2024

Gula

Gula dan nikotin mempunyai hubungan simbiotik. Gula suka bermain-main dalam darah kita. Apabila ia naik, ia akan jatuh disebabkan kawannya insulin dah panggil. Ini menjadikan anda inginkan lebih banyak gula. Dalam masa sama, rokok kata, dia boleh mengantikan gula dan mengisi kekosongan itu. Nikotin melepaskan gula ke dalam sistem anda.

Daging Merah

Menurut kajian Universiti Duke, sesetengah makanan hanya seolah-olah membuat rokok rasa lebih baik. Disebabkan itu, perokok suka merokok selepas makan. Menurut kajian daging meningkatkan rasa tembakau lebih berbanding makanan lain. Pernahkah anda rasa begitu lega, begitu layan merokok selepas makan steak? Kecuali untuk rokok menthol. Tiada perbezaan rasa nikotin selepas makan.

Minuman

Menurut kajian Universiti Duke juga, minuman seperti kopi dan alkohol juga menjadikan rokok rasa lebih sedap. Disebabkan itu, di kelab-kelab malam yang menghidangkan alkohol, tidak sah jika tiada rokok. Alkohol bukan sahaja mempunyai kesan neurobiologi yang membuatkan anda rindu pada rokok tetapi juga memberi kesan kepada kawasan pra-frontal korteks otak, bahagian yang mengawal membuat keputusan. Kafein juga menyebabkan tindak balas neurobiologi yang akan membuat anda inginkan rokok. Kafein bukan sahaja dalam kopi, malah coca cola, coklat, teh dan lain-lain.

Bagaimana Untuk Berhenti?

Jika sukar untuk mengawal keinginan, kekuatan mental yang lemah, mulakan dengan berhenti mengambil makanan yang menyebabkan ketagihan bertambah. Kemudian baru berhenti merokok. Cuba renungkan, kenapa di satu pusat pemulihan yang bagus, mereka menjaga pemakanan pesakit mereka dan memaksa mereka bersenam untuk hentikan ketagihan?

(Baca juga tentang bahaya rokok di entri Rokok)

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

12 thoughts on “Makanan Meningkatkan Ketagihan Rokok

  1. Joe Terry says:

    good information….blog ni yang paling bagus saya tengok sebab info yang bberdasarkan fakta dan seentiasa menunggu entri yang baru…

    1. sy pun sama..best blog ni

  2. owh. patut perokok lepas mkn je, mesti nak ada asap. hahaha

  3. mmg azab dan cabaran untuk meninggalkan ketagihan merokok..dh rasa kesukaran tersebut..skrg ni maintain tgglkn tabiat merokok..mental kene kuat utk atasi ketagihan,cari alasan2 yg terbaik utk meningglkn rokok demi mnjaga kesihatan.. 🙂

  4. baru perasan.. dulu time merokok dulu, asal isap je, mesti nak air kopi, teh. lepak mamak pun mesti kene kopi or teh, pasu merokok.

  5. Good info dato’

    saya dah tinggalkn rokok sejak g gym..
    BB alasan yg kuat utk berhenti merokok..

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: