Makanan Patut Elak

‘Argghh, apa aku boleh makan, apa aku tidak boleh makan?’

Ada makanan yang baik dan sudah semestinya ada makanan yang tidak baik yang mana patut dikurangkan atau dielakkan bersesuaian dengan diet anda. Membakar lemak dan menurunkan berat badan boleh menjadi sangat mudah jika anda tahu membuat pilihan dan membezakan antara makanan yang baik dan tidak perlu dalam menu harian anda.

Kursus Kecergasan 2024Mari kita lihat, apakah pilihan yang tidak sesuai dengan diet menguruskan badan?

1. Roti putih. Mesti ramai terkejut, kenapa saya masukkan roti putih? Sedangkan ramai ingat roti lebih baik daripada nasi? Betul ke lagi baik? Kalau kita bandingkan, kebanyakan roti putih dan roti serat, kandungan nutrisinya berbeza. Roti putih sekarang lebih pada gula segera. Makan sikit tak mengenyangkan. Kebanyakan yang ambil roti putih cenderung untuk makan lebih. Kalau begitu, lebih elok ambil nasi. Roti serat lebih baik daripada roti putih.

2. Marjerin. Kalau boleh, elaklah sebarang makanan yang menggunakan marjerin. Marjerin tinggi kalori, yang dihasilkan daripada lemak tepu. Penyakit jantung, dan sebagainya selalu dikaitkan dengan marjerin dan adik beradiknya, minyak sapi.

3. French Fries. French fries bukan seperti kentang sebenar. Ia tinggi lemak tepu dan juga karsinogen. Jadi jangan samakan makan french fries dengan makan kentang.

4. Biskut. Biskut juga bukan pilihan yang baik kecuali sebahagian fiber serat. Kandungan utama dalam kebanyakan biskut adalah gula segera. Makan sikit tak kenyang, sedar-sedar dah habis satu bungkus chipsmore.

5. Sosej. Mesti sedapkan makan sosej? Sampai ada yang ingat, itu protein. Tidak, yang sedap itu lemak. Lembut je rasa. Sosej dan burger sangat tinggi lemak. Ia diproses daripada campuran sisa-sisa ayam, bahagian lemak dan sebagainya dan akhirnya jadi bentuk yang comel untuk dimakan.

6. Cereal. Kebanyakan cereal sangat tinggi gula. Jika anda berniat untuk makan cereal, cari cereal khas untuk diet. Terdapat pelbagai kini dalam pasaran.

7. Donut. Donut antara makanan yang boleh naikkan berat badan dengan cepat. Ia dipenuhi kalori daripada lemak tepu, gula, gula dan gula. Sebab itu sedap. Lagi-lagi sekarang ada kedai jual sekali 12. Bulat macam donatlah anda.

8. Makanan berlabel ‘sugar-free’. Walaupun ia berlabel ‘sugar-free’ tetapi ianya mengandungi pemanis tiruan. Pemanis tiruan tidak menaikkan berat badan tetapi merbahaya jika diamalkan selalu daripada aspek kesihatan. Gula tiruan yang biasa digunakan adalah aspartame. Aspartame dikaitkan dengan pelbagai penyakit seperti brain tumor, kemurungan, sawan, migrain, sakit sendi, insomnia, PMS, dan senarainya berterusan.

9. Makanan Dalam Satu Kategori. Maksudnya, jangan hanya makan satu makanan yang majoritinya karbohidrat, atau mungkin air semata-mata. Makanan seimbang kunci kepada diet yang berjaya. Lihat piramid makanan.

10. Bihun. Ramai juga yang fikir, bihun itu pilihan yang baik. Bihun boleh menyimpan lebih banyak minyak berikutan ruang diantaranya yang halus, lebih-lebih lagi bihun goreng. Kalau diperah, minyaknya boleh digoreng semula kut.

11. Air Buah. Air buah yang dimaksudkan di sini adalah air buah dengan gula segera. Boleh dikatakan majoriti produk air buah dalam kotak dan botol dipasaran adalah gula segera. Sebab itu murah. Biasanya jus 100% berganda lebih mahal.

12. Sushi. Adakah sushi pilihan yang baik untuk diet? Tahukah anda shrimp tempura roll itu mencecah 540 kalori. Purata kalori dalam 1 menu sushi sekitar 250 kalori. Tapi cukup ke sikit itu? Belum campur dengan sosnya yang tinggi sodium. Elakkan sushi segera. Shashimi lebih baik.

13. Makanan Proses. Jika boleh, elakkan makanan proses dalam tin dan sebagainya. Dapatkan makanan segar yang baru dimasak.

14. Mee. Mee, mee segera? Apa kebaikannya? Gantikan dengan spagetti atau pasta. Lebih baik dan sedap jika sesuai dengan masakannya.

15. Makanan Tambahan. Jangan terkejut, jika saya masukkan makanan tambahan. Bukan nak kata makanan tambahan tak elok, tetapi ramai yang bergantung pada makanan tambahan semata-mata. Makan sekali sehari tapi, 10 kali minum protein. Perkataan ‘tambahan’ bermaksud tambahan, dan bukannya pengganti menu yang lain. Jika perlu nutrisi tambahan, baru ambil.

Nota: Senarai diatas tidak termasuk lagi makanan berminyak, makanan segera, fastfood, air manis dan sebagainya yang memang terang-terang patut dielakkan.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

116 thoughts on “Makanan Patut Elak

  1. salam dato’..e-book masa memotong bila nak publish??

    1. dah siap. dgn ebook rahsia diet. tgh tunggu masa nak publish. sabar2. 🙂

      1. mana nak dapat publisher buku ni zk?tak sabar dah ni

  2. AbanGadang says:

    assalammualaikum dato.
    saya ada kawan yang amalkan minum coca cola yang kosong kalori dan gula. kalau saya tak silap, plastik botol tu warna kelabu.
    wujud ke makanan atau minuman yang kosong kalori atau gula ni? bila tengok label nutrisi dia tulis kosong. boleh percaya ke?

    1. yang tu la yang pakai pemanis tiruan (eg:aspartame). aspartame takde kalori. dato dah cakap dah kat atas tu.

      1. betulke asparteme ni banyak negara dah baned kan bende ni…ia boleh buat kanser n etc….. apa pendapat dato?

        1. ya, ada negara dah banned. mmg antara penyebab kanser. di malaysia belum ban

  3. dato protin jenis ape sesuai untk saya dan protin ada kandugaan gula ke? cara pemakanan yang baik untuk saya bina badan

  4. salam dato,jadi makanan apa pula yg diperlukan untuk diet menguruskan badan..boleh dato terangkan..tq

  5. Salam Dato boleh saya tahu dengan lebih detail pakej yang Dato sediakan iaitu pakej pendakian ekstrim dan ringin? Terutama bagi pakej pendakian Gunung Tahan dan Gunung Nuang

  6. salam dato..
    tapi kalau dimakan sekali-sekala atau cheat meal xslah kan? hehe
    saya nak tanya pendapat dato tntang ice cream yoghurt contoh mcm tutti fruity..betul ke ia menyihatkan? sesuai ke makan ketika diet? seems legit…

    1. satu lagi dato,
      sekarang saya tengah usaha turun berat lemak badan sambil naikkan muscle(dulu 123kg skrg dah 109kg).
      so saya nak tanya, perlu ke saya ambil karbohidrat sebelum training
      sbb ape yg saya baca, klu ambil karbo dulu lemak susah burn akibat dari
      karb yg kita ambil dan glikogen yg trsimpan tak digunakan so lemak pun tak digunakan.ape yg saya perlu buat utk dapatkan penurunan lemak yg optimum?

      1. amik cukup2 utk tenaga buat weight training. lepas weight training baru buat cardio utk fat burn

    2. sesekali xpe. cheat meal.
      ice cream yogurt jgn, yogurt xpe. tuti fruit ada yg sihat ke? cam manis semata2 je. 😀

  7. salam dato..
    shashimi bagus ke dato?
    macamana pulak dgn sushi..jenis nasi dgn ikan…mcm sushi salmon,sushi tuna..ok ke…

  8. salam dato… saya stop minyak, gula, garam dan nasi..
    saya cuma makan makanan tinggi protein.. dada ayam bakar/ikan bakar dan 10 biji putih telor.. minyak zaitun saya amal kan sekali sehari..

    tapi kenapa badan saya makin membesar dan rasa badan saya keras dan padat jika berbanding sebelum ini lembik.. apakah sebab itu yea??

      1. tapi yg makin membesar tang perut dan pinggang.. bukan ker bila tiada karbo nie untuk dapatkan sixpack?

        1. kekalkan makan clean, dan dlm masa sama amalkan program cutting. kalau makan dah jaga, mungkin training yg x brapa betul

  9. susahnya nak mkn.
    serba-serbi ada x kena.
    saya blasah je. alhamdulillah, genetik ok, tak cepat gemuk-tak cepat kurus
    err, dato, kalau boleh nak gak tgk diet & training utk boxer pulak. training utk basketball player, bola sepak dah ada 😀

  10. salam dato…sy jenis yg susah naek berat badan dan cepat turun sbb kadar metabolism sgt tinggi…dah try mkn byk dan try amik mass tp tetap sama…amik whey pn still sma jgk…just increasing strengh but size still da same…ley cite skit x cane nk mkn ape nk mkn dan supplement2 pe yg patut amik or combine supplement utk size???tlg dato ye…

  11. good info bagi yg tengah meng’cutting’ / memotong macam saye 🙂

  12. as salam dato
    apakah spageti dan pasta lagi elok diambil daripada mee dan bihun untuk diet?

  13. dato …saya nak tanya ..dulu saya seorang yg kategori obesiti..kemudian saya rajin pergi gym..dan jaga pemakanan sehingga saya dpt berat badan yg ideal..badan mantap selama 4bulan..tetapi bila saya xberapa jaga mkn..pegi gym xsekerap dulu…berat badan saya naik mendadak..cepta betul..tak sampai sebulan bole naik sampai 3-4kg..mcmana nak atasi masalah saya ini…

    1. bdn ada muscle memory, jika xnak naik semula. maintain aktif. x selalu pun, at least 3 kali seminggu bersenam

  14. magi,sardin dalam tin,telur masin,madu,mee bandung…

  15. Dato , kalo tuna dlm tin diambil 3 kali seminggu atau tiap2 hari ok ke ? Tuna jename ayam brand xD

    1. ok. tp amik tuna dalam air. bukan tuna dlm chili, mayonise dan sbagainya

      1. yep mmg saye mmg tuna dlm air , Thanks Dato

  16. abeh kalau mcm tu mknan apa yg patot dimakan??sume tk buleh je..hehhehe

  17. Salam Dato,

    Nak tanya.
    mcm mana plak dengan sotong,udang,ketam? i mean seafood.
    saya tau seafood ni urik asid tinggi.tp kalau dimasukan dalam diet?
    adakah seafood ni high protein?

    1. kurangkan. mungkin 2 minggu sekali. seafood seperti tu bukan pilihan yg baik utk diet.

  18. paukacang07 says:

    salam dato…

    berat saya skrg +- 58 kg. saya nk tmbh lg skit brat n muscle. sy pegi gym universiti 3x sminggu (turn student lelaki). skang sy ambil serious mass 52gm protein.

    kawan sy cadangkan sy ambil muscle juice 70gm protein. apa pendapat dato. ad kesan baik n buruk x nti ?

  19. cereal apa yg patut kita mkn dan x blh mkn ?? mcm koko krunch tu ok x ?

    1. koko krunch x boleh. ada byk cereal high fibre skrang. fitness masih ok, tp ada byk lg pilihan. rasanya kurang sedap

      1. rasa perkara kedua yg pntg bdn nih.. haha, jgn manjakan sgt.

  20. roti nan bole makan tak?

    1. boleh. time sizing sesuai sgt. cuma time diet, kalau boleh kurangkan yg pakai serbuk penaik, yis.

      1. salam dato

        kalau capati pulak?

          1. salam.. kalau abis training makan steamboat ok tak? x amik kuah pun

          2. bhn dlm steamboat tu kebanyakannya tepung, carb n fat.

  21. alang2 da masuk link ,
    dato, saya nak tanya .

    whey protein and whey iso ada beza ker ?

    kalo boleh bagi link lagi senang.
    sebab banyak2 komen dato yang saya tgk kalo minum whey iso xleh minum terus lpas workout . .
    n dato cakap rugi je kalo minum time x workout .

    sebab saya guna whey isolated dymatize . adakah sya perlu ambik 3 kali sehari atau kena minum lepas workout jer ?

    xberapa nak faham ttg tu.

    1. iso boleh lepas workout. iso terus masuk.
      whey ni general word.
      boleh diambil bila2 perlu, tp kalau time x workout tu, campurkan skali dgn oat. utk delay absorbtion, takut rugi keluar camtu je.

  22. john Johnny says:

    Salam… Dato

    Amalan makan daging burger dimasak secara kukus bersama nasi & brokoli kukus tidak elok ke utk sizing?

    1. bukan clean sizing. majoriti burger tinggi lemak. walaupun ada burger rendah lemak skrang, tp still bukan pilihan bagus utk diamalkan.

  23. kalau bihun sup okay tak ? sbb everyday wktu lunch saya makan bihun sup

    1. bukan pilihan yg baik. lebih pada carb, n penyediaan sup blum tentu elok kalau kat kedai. paling teruk pun kalau xde makanan, cuba cari nasi ayam, ayam dipanggang atau rebus.

  24. Salam Dato’,

    Saya nak tumpang tanya, boleh tak kalau saya nak share info dato’ dengan kawan-kawan dalam blog saya?

    1. apa blog anda?? share jugak kat kami…heheh

      1. AbanGadang says:

        setuju dengan Ejan.hehe

  25. underw... says:

    salam dato’,

    nak tanya skit, zink tambahan elok tak untuk tumbesaran? maksud sya nak bagi normal dgn umur sya.. sya xtinggi & xb’isi, tulang tu xdela menonjol sgt… pstu ble bg tips nak berisi…

    1 lg p’mintaan saya, ble tak dato’ buat 1 entri untuk yg underweight punye ketegori… harap dato’ dapat pertimbangkan…:p

    1. atas nasihat sapa utk tambah zink? dlm makanan harian, kandungan zink biasanya dah mencukupi.

      training skrang camna? makan?

  26. Dato saya dah tension giler,..berat tak turun²..bersukan hari² makan dah jage..saya nak sedekah je la lemak sy..ade sesape nak boleh la..huhuhu

  27. .nak tye cm mane nak kurangkan masa makan….sy terpaksa makan 5 hingga 6 kali sehari…klu xmakan pada masa 2 perut mencucuk2…n sakit kepala…sy takut klu terlebih mengambil keperluan kalori sekiranya saya makan byk kali dlm stu hari…klu xbleh kurangkan makan…ade x makanan yang terbaik untuk mengatasi masalah ni selain makan biskut n nasi…pe yg patut sy buat

    1. kena kurangkan sikit2. mungkin amik masa. kalau biasa setiap 3 jam, tukar ke 4 jam, 5 jam dan seterusnya. bdn dah biasa dgn pemakanan begitu. polar pemakanan boleh diubah.

      1. ok…tq Dato…i’ll try my best….jadi berapa kali makan dalam satu hari yang terbaik untuk badan?

  28. Salam Dato, boleh tak Dato komen ttg penggunaan stevia? Skrg ni, mmg byk pemanis dari stevia di jual di farmasi. Saya pernah merasa daun stevia dan rasanya mmg naturally sweet.

    1. stevia pernah diban dulu, kemudian ditarik balik akibat didesak oleh company2 besar, yg provide research2 tambahan. pendek kata more to business. mereka dgn diabetis masih x digalakkan amik.
      pendek kata ada side negatif, ada side positif. research yg ada skrang masih x cukup lg.

  29. dato saya ahli gym.tp dengan sbab kerja saya tk sempat untuk kegym tsbut. boleh dato beri cadangan sikit, antara treadmill ngan spining bike mana lebih sesuai untuk turunkn berat badan. klau boleh saya nak beli salah satu daripada dato coz tempat saya tiada menjual alatn tsbut. tq

  30. salam dato..saya ada satu persoalan sekadar utk mnambah ilmu,sy bg contoh jika seseorg individu itu memekan mkanan di atas ttp within calori limit,adakah beratnya akn brtambh?

    1. tak.
      tp kena ingat, digestionnya tetap x sama. carb, protein n lemak. 3 different categori. protein n lemak boleh dipecahkan kepada carb. tp bukan reverse proses. bdn perlukan protein utk membina.

      1. trima ksih dato krana ilmu dato..udah jelas

  31. Assalamualaikum dato,saya pasti dato tahu mengenai produk herbalife, minuman nutrisi. Saya hendak lose weight sebenarnya, jadi 5 hari berturut saya jogging+walking at least 1hour di waktu pagi.. then balik jogging sy mengambil minuman shake. tengah hari, sy makan mcm biasa. ambil nasi. petang before pukul 7mlm saya minum herbalife semula. Setelah 4 hari, sy bukannya lose weight. tp gain weight. Bila sy tanya sponsor saya, katanya sebab sy “hendak period”, jd hormon tidak menentu, berat badan boleh naik.

    Saya buat research mngenai berat badan ketika period, tanda2 pms, dan lain2 yang berkenaan. tetapi menemui jalan buntu. Tidak ada satu artikel pun yang menulis, Berat badan boleh naik ketika hendak period, sedang period dan juga selepas period. Jawapan palingg dekat pun – selera bertambah. masalahnya 4 hari ni, saya mmg kawal betul2 cara pemakanan saya.. Apa pendapat dato? sekian.

    1. komen sy, kalori terlalu kurang. possibility bdn catabolic. jgn jdkan supplement sbagai meal replacement, ia makanan ‘tambahan’. tambah jika perlu. meal solid tetap kena ada. cukupkan keperluan kalori mengikut keperluan skrang.

  32. salam dato.
    sy nk tnya, adakah sosej mmg x sesuai lgsung untuk dimakan?? bukan apa di bhgian nutrition fact tulis untuk 1 pek ade , 42g protein, 30g carb, 9g fat, 400 kalori…
    jadi lemak yg ade x lah tinggi sgt lbih kurang mcm satu hidangan makanan biasa je….sy mkn sosej ni mcm meal yg biasa bila sya xcukup mase untuk masak selalunya sarapan dan malam (lepas workout)
    mintak pandangan dato’ dlm hal ini….

    1. dlm market skrang ada pelbagai jenis, sosej low fat, burger low fat dan sebagainya makanan segera. kalau betul2 low fat, burger/sosej tu mesti keras. kalau boleh, amik makanan solid, ayam/daging dll.

  33. Dato, Klu keropok lekor macam mne? Adakah protein yg ad pd ikan ngan kpok lekor sme? Ble x buat menu tambahan protein?

    1. ada protein n dlm masa sama ada carb. tepung yg dicampur biasanya tinggi carb. kopok lekor pantai timur rebus ok lg, tp jgn selalu.

      1. npe dato’? ad bad effect ke??

        1. kalau carb, kategori 0 ni possibility disimpan tu lebih tinggi. tp kalau dlm kuantiti, x jd isu

  34. hi dato,sy da 1 bln tdak mkn nasi,sye gantikan nasi dengan bihun n roti..adkah dissbubkn i2 sy xleh menurunkan berat bdan???? slain i2 sya amkan pil n lotion untk krus ttpi xdak mjadi..apa yg patut sya mkn n lakukan???

    1. apa kata makan nasi balik tp dlm portion yg betul. jgn buang duit utk lotion. ada lakukan senaman?

  35. Salam dato,daging bebola yg buat bakso tu elok tak kalau saya mkn tetiap hari pd waktu tngahari?Just rebus jer…

  36. Sbenarnye spageti tu elok utk diet ker tidak?
    Sebab ade yg ckp elok..dan ade yg ckp tidak..so,skrg saye confius..
    Boleh dato jelaskan dgn lebih terperinci?

    1. depend pada cara masak. kalau goreng x elok.
      ia antara pilihan carb yg baik. GI rendah.

  37. Pastu roti gandum yg tak sedap tu..brand gardenia tu boleh ker kiter mkn selalu waktu diet ni???

  38. salam dato.,
    kentang rebus atau di buat sup elok ke tidak untuk diet.?
    satu hari dalam 3 biji.

    1. dato…
      boleh tak sekiranya saya makan sardin jenama king cup dalam tin tu..??
      masak tanpa pakai minyak….

  39. salam dato,
    saya sekarang ini dalam proses untuk menurunkan berta badan dan lemak.
    dalam masa yang sama saya mejalankan workout.
    adakah perlu saya untuk mengambil supplement seperti protein atau amino (kapsul) selepas workout?
    atau saya harus mencapai target BMI berat badan saya terlebih dahulu?
    terima kasih.

    1. tinggi : 167cm
      berat 75kg

      saya workout sebulan lebih.

    2. depend. kalau ada budject, x salah. cukupkan keperluan protein bdn.

  40. salam…saya ada satu soalan..kakak sy mempunyai masalah berat badan..dan ingin mencapai berat badan ideal.ini kerana..dia malu untk berhadapan teman2nya.kerana doa sudah dewasa..sudah boleh berkahwin..jadi…sy kasihan dngn kakak sy..dia inginthu apakah cara dia boleh menguruskan badan dan menurunkan berat badannya ke tahap ideal selain dari tips biasa yang telah diketahui…namun sedikit sekali org yang mampu melakukannya.and..ada x..apa2 produk yang boleh membantu dia menguruskan badan??sy kasihan pada dia..harap encio zaki dapat bantu…kalau boleh emailkan saja pada sy..sy menunggu..maaf menyusahkan..

    1. cuba lihat, Diane Sera di http://dianesera.com
      dia berjaya turunkan berat, x berat sgt. daripada 78kg ke sekitar 50kg dgn diet dan latihan. antara supplement dipakai, whey protein.

  41. assalamualaikum.
    rakan serumah saya sedang berdiet dengan mengurangkan pengambilan nasi. dia gemar menyediakan tom yam atau sup sayur untuk dimakan dengan bihun. adakah ini membantu dietnya?

  42. Kampong Runner says:

    Makan lah apa pun kalau malas exercise mmg x sihat laa….

  43. salam dato

    saya nak tanya adakah pengambilan garam atau gula perlu atau dikurangkan sahaja.sebab badan pun memerlukan garam dan gula…dan
    bagaimana pula dengan penyedap rasa untuk merebus ayam cth :penyedap rasa “secukup rasa”ok tak??

    terima kasih dato…

    1. kurangkan. gula boleh didapati daripada sumber lain carb termasuk nasi dll. gula segera kalau x perlu elakkan. garam pun ada dlm kebanyakan masakan. scukup rasa tu elakkan. msg

  44. dato nak tanye…
    kenapa bila seseorang tu nak buang lemak atau sedut lemak…tak boleh buang keseluruhan…ada kadar2 tentu…
    minta pandangan dato…terima kasih

  45. boleh ke ambil mininum yg berais?

Leave a Reply to aryn Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: