Masa Makan

“Betul ke kena makan malam sebelum jam 7 malam?”
“Betul ke kena makan sarapan selepas bangun tidur? Kalau tak sarapan, metabolisme menurun?”
“Betul ke kena makan banyak kali sehari untuk kuruskan badan?”
Saya tunjukkan satu kajian di bahagian rujukan menunjukkan kesan thermogenik sama walaupun menu dipecahkan kepada beberapa menu tambahan, sama kemasukan kalori. Frekuensi tidak meningkatkan metabolisme.
Kajian yang sama juga menunjukkan penurunan berat lebih tinggi dengan pengambilan karbohidrat sewaktu makan malam. Mereka yang buat diet defisit, tapi makan karbohidrat tinggi semasa makan malam tak mudah rasa lapar. Karbohidrat bantu tambah penghasilan serotonin, bantu seseorang berehat dan tenang, seterusnya tidur lebih baik.
Bagaimana pula dengan sarapan? Kalau dalam bahasa english-nya, breakfast bermaksud berbuka puasa. Takde masa tepat bila nak buka puasa (tahan diri daripada makan). Jadi tiada masalah pun untuk makan lebih lewat. Malah ada kajian yang menyokong puasa 12 hingga 16 jam beri kesan secara fisiologi termasuk penggunaan lemak sebagai tenaga dan penambahan hormon tumbesaran.
Bagaimana pula dengan kehilangan otot? Kita biasa dengar badan masuk ke mood katabolik. Kajian lama tunjuk, pembakaran otot boleh cecah sehingga 8 peratus. Tapi selagi mana ada ambil protein mencukupi sebelum tidur, ianya sangat minimal. Badan masih boleh guna karbohidrat dan protein sebagai sumber tenaga. Jangan terlalu risau.
Puasa untuk tempoh lebih 30 jam boleh menyebabkan kadar metabolik merosot.
Ada kajian mengatakan mereka yang makan majoriti makanan waktu malam berjaya kekalkan komposisi badan berbanding mereka yang makan awal.
Paling penting adalah jumlah kalori harian.
Rujukan
- https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/9040548/
- https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/15741046/
- https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/16051710/
- https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/21475137/
- https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/22901843/
- https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6893547/
- https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6520689/