Menu Tipu

Adakah diet anda sempurna sepanjang masa?
24 jam menjaga pemakanan?Kursus Kecergasan 2024Kebiasaannya mereka yang benar-benar inginkan hasil, mungkin disebabkan sesuatu sebab akan menjaga hampir 100 peratus dietnya dengan harapan diet yang diamalkan berkesan. Fakta yang perlu diketahui sebelum memulakan program diet samada untuk membakar lemak, membina otot, diet yang sempurna sepanjang masa akan menyebabkan badan menyesuaikan diri dan dengan demikian akan menurunkan metabolisme. Terdapat dua cara untuk elakkan:

Kitaran Kalori
Kaedah ini memerlukan anda meningkatkan kalori sekali dalam seminggu paling kurang. Sumber kalori yang elok adalah daripada karbohidrat. Masa yang baik untuk tambah kalori adalah selepas latihan. Penambahan kalori adalah daripada sumber yang baik, tidak seperti menu tipu.

Menu Tipu
Memperkenal menu tipu atau cheat meal dalam diet anda sekurang-kurang seminggu sekali. Menipu satu menu bukan bermaksud satu hari melainkan jika anda menyasarkan rehat untuk acara seperti perayaan untuk tempoh sehari. Menipu menu sehari akan menyebabkan badan sukar untuk membakar kalori berlebihan yang diambil yang mana mungkin mengambil masa seminggu untuk bakarnya. Manakala menipu satu menu, boleh membantu tingkatkan metabolisme badan dan dalam masa sama mengurangkan keinginan terhadap sesuatu makanan itu. Walau bagaimana pun, belum ada kajian lengkap menunjukkan kaitan menu tipu dan kehilangan berat badan lagi.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

22 thoughts on “Menu Tipu

    1. Sendiri mau body mantap, sndiri mau ingat lar..xda org nak nolongnyer….hehehe

  1. jgn smpai cheat training sudah…..hahahaha!

    1. haha. tu lg masalah. menarik gak isu cheat training ni. nanti kena masukkan. 😀

  2. Owh ada pun, saya cuba cari tadi tak jumpa sebab tak tau tajuk 😛 Terima kasih.

      1. kalu saya cadangkan letakkan arkib.. menyusun entri mengikut date dan time… sebab arkib akan buat menambah dan menyusun secara rumusan mengikut date dan time secara automatik..

        1. dah pernah buat dah dulu. cam serabut je. last2 buang tarikh n time tu. 😀

  3. org kate mkn pisang bley tmbh otot,..,.tol ke/?ape kene mengene nyer??bley tlong xplain sket//????

    1. bukan tambah secara direct. pisang tinggi carbohidrat n potassium.
      otot memerlukan carbo dan protein utk membesar.
      jd skali gus carbo dlm pisang membantu tetapi masih perlukan kehadiran protein.
      potassium akan membantu tarik air ke dlm otot
      otot akan nampak full.

      1. klu telor lak cane???????

  4. Muhammad Maulid Bin Mohamad Sapian says:

    Saya mengamalkan free day; satu hari penuh makan macam org lain dan 6 hari strict diet (makan 1 bahagian protein & 1 bahagian carb 6 kali sehari setiap 3 jam sekali). Saya dapati berat badan saya paling banyak hilang sehari selepas free day (walaupun tengahari makan 2 big mac dan malam makan nasi arab 1/2 kilo kambing waktu malam). Saya tanya seorang fitness guru dan dia cakap sebab badan kita dah biasa makan sikit 6 hari dan bila kita makan masa free day badan kita akan ‘terkejut’ dan burn more fat. Saya setuju dgn pendapat dia sebab perkara yg sama berlaku pada saya sejak saya mula diet tahun 2002 dulu. Mula2 berat badan saya 124KG dan at my lowest 69KG!! Saya tak pernah kurus sejak kecil lagi dan terperanjat yang saya boleh pakai seluar saiz 29″ (dulu saiz 44″)

  5. Salam…. kalau sedang buat size boleh tak amalkan menu tipu yang sederhana. Contohnya ayam goreng atau rojak mahupun pizza.

Leave a Reply to mohd zaki Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: