Mindset ‘Tribalism’ di dalam Fitness

Saya ingin anda bayangkan. Suatu hari, anda bertemu dengan dua rakan anda. Saya namakan Rakan A dan Rakan B. Rakan A merupakan seorang Ahli Bina Badan yang mempunyai kekuatan untuk mengangkat Deadlift sekitar 180kg serta melakukan Bench Press sebanyak 130kg untuk high reps. Rakan B anda pula adalah seorang atlet maraton yang baharu sahaja menghabiskan 41km larian di sebuah event tertentu.

Sedang sedap sahaja bersembang kopi, entah bagaimana mereka bertekak tentang siapa yang lebih hebat di dalam fitness. Ini dialognya :-

 

Rakan A: “ Apa guna kalau kau takleh jadi kuat? Lets say nanti ada thunderstruck yang panahkan satu dahan pokok, dan terkena pada seorang pakcik. Kau nak gunakan  kapasiti aerobik kau tu untuk angkat dahan yang himpit pak cik tu? Mustahil!

Rakan B: “Habistu, kau cuba bayangkan kalau kau dikejar oleh segerombolan ah long yang cuba kejar kau walhal bukan kau yang pinjam tapi member-member kau.Tapi sebab kau bodoh piang jadi guarantor untuk member kau tu. Kau bayangkan kau kena hadap mereka yang bersenjata. Kau nak lawan? Lebih baik kau train untuk berlari saja. Aku jamin kau akan lebih selamat sebab aku jamin 90% populasi masyarakat kita takkan train untuk berlari.

Anda buntu, siapa yang lebih fit ni? Kedua-duanya ada merit dan idea mereka tersendiri.

 

Kenapa perlunya ‘Runner’ mengangkat besi (Begitu juga jogging untuk Bina Badan)

 

Jika anda berkecimpung dalam satu jenis latihan modaliti sahaja, contohnya latihan cardio, atau spesifiknya anda buat latihan maraton. Anda mungkin akan dengar daripada ‘otai’ ini yang menyatakan :-

“Otot besar tak elok untuk buat lari. Berat”

“Badan besar pun, belum tentu dapat lari lebih jauh macam kita.”

Begitu juga dengan mereka yang berlatih Strength/Hypertrophy based. Mereka jua akan skeptik melihat runners yang rata-ratanya badan keding sebegitu. Sangat tidak ‘intimidating’. Mereka percaya kekuatan dan imej untuk kelihatan ‘menakutkan’ mengatasi segalanya di dunia yang serba ‘chaos’ secara alamiah nya

Namun, ini yang kedua-dua rakan anda (malahan keseluruhan penggemar fitness) terlepas pandang

Ahli bodybuilder tidak tahu bahawa latihan kardio yang bersifat Low Intensity Steady State (LISS) mampu menurunkan kadar Resting Heart Rate anda. Kebanyakkan GymBro ini hanya tahu bahawa Latihan kardio hanyalah untuk tujuan ‘membakar kalori’ dan meningkatkan metabolisma. Secara amnya betul, tapi mereka tidak melihat kepada ‘’Bigger Picture”.

Resting Heart Rate yang baik akan memberikan anda keadaan yang lebih relaks. Relaks ini berpunca daripada pengeluaran hormon serotonin, dimana ini menjadikan anda lebih anabolik dan mengurangkan Myostatin melalui pengurangan Hormon Kortisol (Ini yang dipanggil hormon stress). Keadaan anabolik TERAMAT MUSTAHAK jika anda dalam proses menjadi kuat/ menambahkan saiz otot anda.

Dari sudut Runner pula, kebanyakkan runner pula tak dapat merasakan potensi kekuatan yang kesemua manusia boleh capai. Kebanyakkan mereka hilang jisim otot, tidak punyai kekuatan untuk melakukan pergerakan “explosive”. Mereka juga tidak meneroka tentang kepentingan kekuatan dalam kehidupan seharian.

Kata George HerbertÊtre fort pour être utile (Jadi kuat untuk jadi berguna!)

Bagaimana jika anda berdepan dengan situasi yang memerlukan anda menjadi kuat?,Mereka hanya fikirkan bahawa Latihan Aerobik lebih ‘Superior’ berbanding Latihan Anaerobik. Mereka mungkin tidak tahu ada sahaja ahli bina badan seperti Nick Bare yang membuktikan orang yang berotot juga berlari. Paling tak pun, anda perasan tak kebanyakkan pemain ragbi punyai kapasiti aerobik yang baik di samping punyai badan yang kekar dan ‘bulky’?

Kursus Kecergasan 2021

Jangan ‘Limitkan’ potensi anda

Jadi,persoalan saya adalah, “Kenapa perlu limitkan Latihan anda kepada satu jenis sahaja?”.Untuk atlet elit, mungkin ya bahawa mereka perlu LIMITKAN kepada latihan spesifik sahaja, itupun atas tujuan pertandingan.

Tetapi,untuk orang amatur dan yang berlatih secara suka-suka/rekreasi seperti anda dan saya pula, adalah penting untuk menjadi ‘all-rounder’ untuk kebaikan diri sendiri . Jangan hanya ‘stick’ kepada satu jenis latihan sahaja. Terokai potensi diri anda!

 

*Artikel ini merupakan inspirasi daripada video “Pillars of Fitness” oleh Bioneer.

 

Rujukan

1) The Best Damn Cortisol Article Ever – T-nation

2) Pillars of Fitness: Types of Fitness Everyone Should Train For- Adam Sinicki (2020)

 

Ilham Izaruddin

Ilham Izaruddin

M. Ilham Izaruddin

“Health Can Never Be Divorced With Strength” – George Hackenschmidt

Hi, saya Ilham. Seorang pelajar di sebuah IPTA (Dan masih lagi bergelut untuk menghabiskan saki-baki semester dalam bidang Ukur Bahan),
Seorang Certified Fitness Instructor dibawah NASC ,serta penulis amatur yang kadangkala akan berceloteh seputar isu fitness dan nutrition di Facebook dan Instagram saya (ItsCendolTime)

Sebagai seorang anak muda yang dahulunya tidak ‘pernah’ fit ( Kini mungkin lebih fit sikit. Sikit sahaja lah), saya sentiasa menganggap bahawa definisi ‘Fit’ hanyalah untuk golongan yang tertentu, terutamnya atlet-atlet. Namun, kecintaan yang mendalam terhadap fitness bermula daripada keputusan untuk mengangkat berat di gym akibat masalah ‘insecurity’.
Dan saya tidak menyesal dengan keputusan tersebut..

Kerana itulah saya sentiasa berpendapat bahawa ‘Fitness’ adalah HAK milik semua. bukan semata-mata untuk atlet sahaja.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: