Minuman Berkabonat

Bolehkah minum air gas ketika perut kosong?

Apabila perut kosong, apa yang tinggal adalah perut berasid. Minuman bergas sangat berasid. Kebiasaannya minuman bergas tinggi phosphorus. Kombinasi asid phosphorik dan karbon dioksida menjadikan air gas sangat berasid. Asid dicampur asid menjadikan keadaan di perut bertambah asidik. Asid phosphorik bertindak balas dengan asid hidroklorik di perut menimbulkan masalah gas dan kekembungan. Cuba makan sedikit sebelum minum minuman bergas. Jika tidak, dapat antacid atau ubat anti-gas. Antacid membantu meneutralkan asid dalam perut.

Kursus Kecergasan 2024Bagaimana pula dengan air minuman isotonik seperti 100 plus? Air isotonik biasanya rendah asid. Ia boleh diambil dengan perut kosong. Ia boleh dijadikan sebagai pengganti garam bagi mereka yang hilang selera makan untuk 1 jangka masa yang lama, yang bermaksud, perut mereka juga kosong.

Adakah minuman berkabonat elok untuk perut?

Mengambil terlalu banyak minuman bergas meningkat keadaan asidik di perut yang mana seterusnya boleh jadi penyebab kanser esophagus. Asid terlalu tinggi juga boleh menyebabkan hakisan. Terlalu banyak air berkabonat juga boleh menyebabkan mutasi sel.

Akan tetapi ada kebaikannya minuman bergas. Sebelum ini dipercayai bahawa minuman bergas menyebabkan ulser perut tetapi menurut satu kajian yang dipamerkan dalam ‘European Journal of Gastroenterology and Hepatology‘, minuman bergas tidak menyebabkan masalah ulser tetapi membantu melegakannya. Ia juga membantu dalam masalah sembelit. Kajian menunjukkan minuman berkabonat mengosongkan pundi hempedu dengan lebih cepat sekaligus mengurangkan gejala-gejala penyakit pundi hempedu. Kajian ini tidak dijalankan secara menyeluruh. Kajian juga menunjukkan ada orang tidak mendapat manfaat daripada minuman berkabonat itu.

Adakah minuman isotonik baik untuk badan?

Minuman isotonik mengandungi garam. Badan kita menyingkirkan garam melalui sistem perkumuhan apabila bersenam. Minuman isotonik membantu mengantikan garam yang hilang dan juga glikogen yang telah dibakar. Akan tetapi perlu diingatkan, gula tetap gula. Jika berlebihan akan disimpan dalam bentuk lemak jika tiada lagi ruang simpanan untuknya.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

4 thoughts on “Minuman Berkabonat

  1. ohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

  2. salam dato’,nk tanye,mcam mana glikogen boleh d bakar sedangkan kita sedang bersenam waktu tu,bukan glikogen di convert fully jd glucose ke bila kita bersenam ??terima kasih dato’

Leave a Reply to tanta Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: