Nasi

Bolehkah makan nasi dalam diet? Ramai rasanya yang takut dengar perkataan nasi. Sehingga timbul anggapan awam, ‘nasi menggemukkan’. Benar ke nasi menggemukkan?

Kursus Kecergasan 2024Pertama sekali, kebanyakan telah terdidik dengan gaya di barat yang mana lebih kepada makanan seperti kentang, pasta dan sebagainya sehingga beranggapan, tidak boleh makan nasi untuk kelihatan cantik. Apa kata jangan tengok yang cantik sahaja. Cuba tengok pula berapa ramai yang obes di sana. Makanan ruji mereka di sana bukan nasi, tetapi di Asia boleh dikatakan nasi. Beras adalah makanan utama bagi lebih daripada 3 bilion orang di seluruh dunia dan majoriti di kawasan Asia. Terdapat lebih 15 ribu jenis beras di seluruh dunia. Beras menyediakan lebih daripada satu perlima daripada kalori yang digunakan di seluruh dunia oleh manusia.

Beras padat dengan nutrien dan menyumbang lebih daripada 15 vitamin dan mineral. Ia adalah sumber yang sangat baik untuk karbohidrat kompleks, yang mana tersimpan di dalam otot dan digunakan untuk memberi tenaga kepada kita apabila memerlukan. Tidak seperti karbohidrat yang lain, berat mengandungi protein yang bermutu tinggi. Beras mengandungi kesemua lapan asid amino yang membantu dan mengekalkan tisu otot dan membuat enzim, antibodi dan hormon.

Asid amino terdiri daripada leucine, isoleucine, valine, lysine, methionine, phenylalanain, theronine, dan trytophan. Asid amino ini dianggap penting kerana badan manusia tidak boleh mengeluarkannya sendiri dan mesti diperolehi daripada sumber makanan. Kegagalan mendapatkan cukup lapan asid amino perlu boleh menyebabkan degradasi protein badan.

Dalam satu hidangan nasi putih, kandungan nutrisinya mungkin kurang daripada nasi perang. Sebagai contoh, kandungan zat besi mungkin separuh daripada beras perang. Kandungan proteinnya juga kurang berbanding nasi perang. Nasi perang menawarkan enam kali lebih banyak vitamin B1 (thiamine), tiga kali lebih banyak vitamin B2 (riboflavin), lima kali lebih banyak vitamin B9 (folat) jika dibandingkan dengan nasi putih. Daripada kebanyak segi nasi perang lebih baik daripada nasi putih. Nasi putih memiliki kanji yang lebih tinggi.

Terdapat juga nasi putih diperkaya dengan vitamin tambahan, tetapi tetap tidak menyamai nasi perang. Kanji di dalam beras adalah jenis rintangan tinggi iaitu ia akan dihadamkan di usus. Ini menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dan menjaga kesihatan usus.

Berbalik kepada persoalan, bolehkah makan nasi dalam membentuk badan?

Boleh, selagi mana dalam keperluan kalori badan. Nasi berlebihan mungkin akan disimpan, tetapi jika tidak berlebihan, kenapa badan perlu simpan?

Bagaimana dengan roti? Elok ke ganti nasi dengan roti?

Kenyang ke makan roti 2 keping? Kebanyakan yang makan roti akan cenderung untuk makan lebih. Roti putih 2 keping dah hampir seperti 1 hidangan nasi. Lebih kenyang makan nasi berbanding roti 2 keping. Anggaran roti serat pula, sekitar 2 kali kurang daripada roti putih. 4 keping hampir 1 hidangan nasi putih.

Angaran Nutrisi 1 hidangan

1 cawan Nasi putih 29g karbohidrat
1 cawan Nasi perang 16g karbohidrat
1 cawan Nasi Poni 25g karbohidrat
1 cawan Nasi Basmathi 27g karbohidrat
2 keping Roti putih 23g karbohidrat
2 keping Roti serat 11g karbohidrat
1 keping Rice Cake 7g karbohidrat

(cawan dalam anggaran di atas adalah cawan kecil, jadi mungkin tidak menepati kebanyakan hidangan di Malaysia, di Malaysia saiz hidangan mungkin lebih, 1 hidangan nasi putih boleh mencecah 37g karbohidrat, perbezaan hampir 10g karbohidrat. Roti juga mengikut jenama, mungkin jumlah karbohidrat antara roti putih dan roti serat tidak banyak berbeza)

Nota: Dalam diet, perlu bijak memilih makanan. Jangan terpengaruh dengan ideologi diet atkin, diet nasi dan sebagainya. Ikutlah piramid makanan.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

89 thoughts on “Nasi

  1. WOW…….SY BARU JE DIET MKN NASI…….JADI NASI BUKANLAH PENYEBAB PERUT JADI BUNCIT…….

      1. lepas mkn terus tido bru buncit….! =)

        1. xjuga,sya wat mkn n trus tido pun,sya stil kurus.

          1. Bergantung kepada keperluan BMR seseorang dan kadar metabolisme seseorang. kalau metabolisme tinggi, byk makanpun susah mo gemuk. tapi kalau metabolisme rendah, makan sepinggan pun mcm makan dua pinggan. so utk kekalkan kadar metabolisme yg baik, bersenam dan makan mengikut jadual, jgn lambat sarapan pagi lebih dari jam sembilan.

  2. Joe Terry says:

    tq dato..nice info neh…..hehe

  3. boleh bagi contoh roti serat dan roti putih?

  4. ROTI 2 KEPING DAH SAMA 1 HIDANGAN NASI YE DATO…. SATI PINGGAN PENUH KE…SESENDUK NASI DATO….SEBAB SAIZ HIDANGAN NASI ORANG BERBEZA BEZA…ADA YG PENUH MEMBUKIT, SUKU, SEPARUH DAN SEBAGAINYA DALAM SEPINGGAN…..LAU DAH SEPINGGAN PENUH…BAIK MKN ROTI KAN DATO…

    1. 1 cup biasa, bukan yg besar. saiz hidangan malaysia biasa lebih

  5. makan lar nasi(berpatuttan)dan jgn sampai kita tolak nasi..hilang nikmat dunia yg di kurnia tuhan….jgn kita lupa semasa kita zaman mjd baby,kanak2,IBu kita memberi kita mkn nasi..tp sekarang ada anda antara kita tolak makan nasi konon nak kurus”…(dulu zaman kanak2 org tua selalu pesan makan nasi sampai habis,klu takhabis mkn nasi nati nasi Menagis.”.eee)renungkanlah..

  6. tengkumanja says:

    Pada saya, nasi bukanlah masalah, penyebab sebenarnya adalah semasa mengambil lauk, bayangkan apabila kita terpaksa makan nasi (di kedai terutamanya) dengan lauk kari, makanan bergoreng dll
    Betul dua keping roti sama kalori dengan nasi (segenggam), tapi itu belum dicampur lauk2 yang kita ambil

    1. sbb tu penting pemilihan makanan yg berkualiti. lauk pun quality, less oil, less salt. menigkut pyramid makanan.

  7. nasi perang sebelum bersenam, nasi putih lepas habis bersenam 🙂

  8. saya makan nasi sekali je sehari,tgh buat cutting skrg,heheheheh

  9. dato’ sy ada prob..perot sy x tahan dengan lactose sy akan buang air at least 2 jam selepas mnum protein..seperti ada dlm susu2 kotak..baru ni sy beli myofusion..sy mnum n buang air x lama lepas tu..camne ye dato’.. ada yg bg suggestion mnum vitagen or 100+ klo camtu..tapi sampai bila saya nk minum vitagen n 100+ tu je..

  10. dangdingdut says:

    tq….harap lpas ni lbih brsmgt g gym…..

  11. mkn nasi amt penting untuk tenaga, tp berapa kali kite perlu mkn nasi jika menjalani kehidupan yg normal…?

  12. keperluan nasi ikut kehidupan seharian.. kalau jenis kerja banyak yang mengunakan tenaga.. sekitar 2 kali shari mungkin cukup untuk mengekalkan bentuk badan… tp untuk keje office dok dalam air cond or jenis kerja yang x banyak mengunakan tenaga.. mungkin sehari skali makan nasi da memadai.. sbelum training ptt makan nasi.. selepas training makan something for recovery ur muscle.. betol x saya nye ideologi ni dato? hahahah

    1. bg saya mudah je, ikut guide line keperluan badan. lepas training pun amik. cuma pastikan dlm keperluan kalori. penting gak carb selepas train.

  13. FIRDAUS MAULA says:

    yer terbaik lar Dato..sebelum ni da 4 bulan stop nasi…tp skang da start mkn nasi ikut anggaran yg di suruh makan…sbb trainer ckp kena makan kalau x hari2 sy workout bukan sy bakar lemak bina otot…tp sy bakar otot tp bina lemak..erm mmg tips yg terbaik…thanks dato…

      1. FIRDAUS MAULA says:

        orait dato…da start da…

  14. cikgu rusydi says:

    orang malaysia makan nasi ceduk sampai menimbun sebesar kepala lutut pastu cakap nak diet nasi makan sekali sehari..hehehehe..info yg berguna

    1. betul2, pastu nasi xnak kaler putih. nak kaler kuning. nasi beriani. 😀

  15. jejaka misteri says:

    tapi saya pelik dgn org nepal/bangla dan seangkatan,diorang kalau time makan jer,nasik bertimbun mcm gunung,tp tgk badan mantain je mcmtu,buat keje xdela berat sgt pun,genetik ker?

  16. muscular-girl says:

    jom makan nasi!

  17. salam dato .. nk tanya .. klau nasi goreng , nasi lemak , dan jenis nasi yg bukan nasi putih ni ,adakah semua nasi yg saya sebut tadi masih lagi ada khasiat dia , mcm protein , vitamin dan sebagainya.. ada lagi ka vitamin dan khasiat dia lagi dato ??

    1. itu dah kategori kalori melampau2. dgn lemak tinggi. khasiat masih ada, tp mungkin kurang.

  18. sehari tak dapat makan nasi tak sah .. hee ~
    biasa la.. pemikiran mereka .. 🙂

  19. dato..nak tanya ni ,btl ke olive oil bole bantu bakar lemak?
    boleh ke guna olive oil dlm masakan semasa proses cutting?
    terima kasi dato…

  20. tq tuan zk info yg best.nak tanya satu lgi,cam mana dgn orang yang kena kencing manis,sebab selalunya mereka ni kena diet nasi?adakah tips utk ni.

    1. still mengikut keperluan. cuma kalau on medication, kena follow medication tersebut. dan senaman sgt perlu utk kencing manis. kes2 kritikal sehingga potong kaki semua agak sukar, jd perlu tukar beras, tukar jenis carb. kalau pankreas dah rosak, agak sukar. ada pelbagai treatment dicadang termasuk pemindahan stem cell, tp keberkesanan blum tentu 100%.

  21. dato…berapa banyak carb yg diperlukan untuk saya maintain otot sewaktu cutting proses. berat saya adalah 76kg

    1. bergantung pada aktiviti. guide line mudah, jika train 5-6 kali seminggu, amik 1 g utk 1lbs weight. jd sekitar 160 sehari

  22. Abang Long says:

    Beras perang tu camna ye?beras nasi dagang ker?ke ada jenis2nya?jenama apa biasanya yang bagus?

  23. arigho sachi says:

    walaupun saya kurangkan mkn nasi..tapi tak bersenam..badan tetap naik…sekarang dah pergi gym..saya makan nasi..berat dah turun..,..hehehehe..maknenya nasi ni bukan bagi gemuk..gaya hidup yg malas bersenam menyebabkan kite gemuk di tambah lagi di malaysia berlambak kedai makan..huhuhuhu
    .

    1. btul tu, semua nak salahkan nasi bila bdn naik tp x sedar apa aktiviti sehariannya.

  24. Salam…

    Saya pun ada pengalaman makan nasi nie. Dulu masa study kat U, setiap hari makan nasi 2 kali, tapi setiap petang saya turun jogging n pergi kelas pun jalan kaki…berat saya turun…saya hairan jgk masa tu…

    Sekarang nie dah kerja, saya makan nasi satu kali jek sehari, tapi berat tetap naik…jadi kesimpulannya, memang hidup kene aktif selalu…

    Saya nak tanya Dato’, saya skang makan beras Herba Ponni Taj Mahal dan saya compare kan kandungan karbohidrat antara beras putih biasa, beras perang dan beras herba ponni taj mahal nie dan saya dapati beras herba ponni taj mahal nie paling rendah kandungan karbo nye…adakah ini bermakna beras herba ponni taj mahal nie antara yg terbaik untuk kawal pengambilan karbo harian kita?…

    1. kalau ikutkan paling rendah beras perang. poni berada di tgh2. rendah sikit dari beras biasa. boleh digunakan dlm diet.

  25. salam..blh bantu sy..sy nak kuruskan badan.berat sy 65kg dgn ketinggian 148cm.umur 27thn..apa menu harian yg perlu sy makan.tq

  26. dato..

    Angaran Nutrisi 1 hidangan

    1 cawan Nasi putih 29g karbohidrat
    1 cawan Nasi perang 16g karbohidrat
    1 cawan Nasi Poni 25g karbohidrat
    1 cawan Nasi Basmathi 27g karbohidrat
    2 keping Roti putih 23g karbohidrat
    2 keping Roti serat 11g karbohidrat
    1 keping Rice Cake 7g karbohidrat

    mcm mana plak dengan Kalori untuk nasi2 ni?
    xD

      1. wah.. makna nye.. kalori xde la tinggi sgt.. cuma kat lauk je la ye dato.. heheh

          1. dato macam mana pula kalau saya tukarkan nasi putih kpd spaggeti kosong?

  27. salam, pcl dah start diet sket nih….nak mulakan dgn kurangkan jumlah pengambilan nasi, semangkuk kecil 1 hari…insyaAllah. (diet utk kesihatan bkn utk npk macho..haha)

    1. semangkuk kecil mcm terlalu kecil, tp apa2 pun bergantung pada berat n latihan

  28. berkali gagal says:

    Aslkm dato…
    tanya skit jer…ada tak gantian utk nasi selain roti? cth untuk
    launch

  29. Salam dato nak tanya,saya ada terbaca yang memakan minyak kelapa dara. juga boleh membantu pembakaran lemak..betul ke

  30. salam.

    kalau lepas exercise spatutnye ambil carb atau protein???

    1. carb segera dulu, diikuti protein 30 minit- 2 jam selepas workout

  31. mie besibaru says:

    klu cm nie, b’fast bolehla mkn nasi bru calories tinggi..sesuai nk besarkan bdn, kira bsarkan bdn x perlu kos tingi, klu plus weight gainer lg la bdn menjadi2 besarnya.

  32. Jiwa Resah says:

    as`kum..sy dlm diet ambik gym progrm..selalu workout 6 hari seminggu..dlm diet boleh ambik mkn pasta rebus mkn sekali ngan ayam/ikan bakar untuk mengganti nasi..

  33. senang cerite xyah makan lagi bagus………..elok jadi vegeterian lagi senang

  34. bertanya untuk mendapatkan info

    nak tanya berapa gram carbs setiap 100g list dibawah?

    100g nasi putih =
    100g mee kuning =
    100g spageti =
    100g bihun=
    100g kentang=
    100g cereal=
    100g kueytiaw=

    1. Anggaran

      100g nasi putih = 20g
      100g mee kuning = 71g
      100g spageti = 31g
      100g bihun= 23g
      100g kentang= 18g
      100g cereal= base dgn brand
      100g kueytiaw= 80g

  35. baru tau beras perang lbh rendah carb dari herba ponni.. tp kenapa sedap ja beras perang tu.. kalo herba ponni tak sedap yang amat..

      1. dari dulu 1 famili mmg mkn beras perang.. tp kalo herba ponni rasa mcm mkn hampas apa ja.. dulu ada sorg pesakit kencing manis tanya beras apa yg dia patut makan, saya bgtau beras herba ponni la.. sbb yg tu paling tak sedap sekali.. ingat yg tu paling kurang kanji..

  36. Salam…. Buat saiz sesuai tak melantak nasi.

    1. boleh selagi berada dlm keperluan karbo. Tapi ia tak boleh ganti protein.

  37. banyak info yang bermanfaat. teruskan usaha.

  38. mohd zaki says:

    Oh baru ku tau. Like like like info nih

  39. salam dato

    saya makan 3 piring saiz “piring malaysia” dalam sehari dalam 3 mangkuk kecil untuk target 140 gram karbohidrat.dalam proses membesar kan badan.ada ke pengambilan saya terlebih .miungkin sebab tu tak dapat six pax he…he
    thanks…..

    1. maksud saya dato satu piring mungkin 3 mangkuk kecil

  40. dato’, betul ke klau nk diet kena mkn 5-6 kali sehari tapi mkn sikit2. adakah setiap kali tu kena makan nasi??

  41. dato’, betulke klau nk diet kena mkn smpai 5-6 kali dlam sehari.. adakah setiap kali tu kena mkn nasi??

  42. Salam dato.
    Kalau makan parboiled herba ponni, boleh tak makan dengan kuantiti banyak? Penuh pinggan? Berapa kalori ye

Leave a Reply to bolshoi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: