Oats Adalah Makanan Dedak Yang Diberikan Kepada Kuda!
Tahukan pembaca sekalian bahawa oat adalah makanan dedak untuk kuda. Memberi makan oat kepada kuda telah menjadi amalan sejak berabad-abad kerana faedah oat dan kesesuaian untuk diet kuda. Oat adalah sumber tenaga, protein, dan nutrien penting untuk kuda. Begitu juga, manusia mengambil oat kerana ia adalah bijirin penuh berkhasiat yang membekalkan serat, protein, dan pelbagai vitamin dan mineral. Jom baca artikel kali ini yang membahas mengenai kebaikan dan keburukan oat. (1)
Oat atau nama saintefiknya Avena sativa L dikelaskan sebagai bijirin penuh dan sangat tinggi dalam serat (soluble fibre), ?-glukan, lipid, protein dan mikronutrien tertentu, serta bertindak sebagai sumber unik polifenol (avenanthramides). (2) Bukan itu sahaja, malahan oat juga merupakan sumber yang sangat baik untuk pelbagai vitamin dan mineral, termasuk mangan, molibdenum, fosforus, kuprum, biotin, vitamin B1, magnesium, kromium dan zink. (1, 2)
Oat membantu mengawal gula darah tinggi dan diabetes. Tahukan anda yang penyakit diabetes atau kencing manis boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular, neuropati dan kerosakan buah pinggang jika tidak dikawal. Kajian oleh Li et al telah mengkaji kesan makan oat pada orang dewasa yang berlebihan berat badan dengan diabetes. Dalam kajian Li et al ini sebanyak 445 individu telah dipasahkan secara rawak kepada empat Kumpulan. Kumpulan 1 merupakan kawalan tanpa diubah pemakanan mereka. Kumpulan 2 merupakan individu yang mengambil diet rendah lemak dan tinggi serat (termasuk bijirin seperti beras, gandum, beras hitam, dan bijirin). Kumpulan 3 and 4 adalah dua Kumpulan variasi rendah lemak dan tinggi dengan pemakanan serat yang menggantikan 50 dan 100-gram bijirin dengan oat, masing-masing. (3)
Selepas 30 hari, kumpulan yang mengambil oat 50-gram dan 100-gram mempunyai pengurangan gula darah paling banyak, serta peningkatan yang paling sihat dalam biomarker mereka. Bukan itu Sahaja, malahan selepas setahun, pemakan oat 100-gram masih menikmati tahap glukosa dan tahap trigliserida darah yang lebih baik. (3)
Kajian oleh Li et al yang dibahas diatas juga melaporkan yang oat adalah pilihan bijirin yang optimal untuk individu yang berlebihan berat badan, terutamanya mereka yang menghidap diabetes. Li et al membuat hipotesis ia sebahagian besarnya disebabkan oleh beta-glukan oat, yang boleh meningkatkan kesedapan makanan, mengurangkan penghadaman kanji dan meningkatkan rasa kenyang untuk membantu mengelakkan makan berlebihan. (3)
Kajian oleh O’neil et al yang mengkaji data di kalangan 14,690 kanak-kanak berumur 2-18 tahun untuk menentukan perbezaan berkaitan berat badan antara pengguna oat dan bukan oat. Mereka mendapati bahawa kanak-kanak yang makan oat mempunyai pengambilan nutrien yang lebih baik secara keseluruhan, kualiti diet, dan risiko yang lebih rendah untuk obesiti, yang sekali lagi dikaitkan dengan kandungan serat dan beta-glukan oat.(4)
Anda mungkin pernah melihat label “jantung sihat” pada produk oat di pasaran. Ternyata, ini lebih daripada sekadar helah pemasaran industri makanan. Oat ialah salah satu makanan yang paling kerap disyorkan untuk orang yang mempunyai kolesterol tinggi, atau yang mempunyai faktor risiko lain untuk penyakit jantung.(4)
Penyelidikan menunjukkan bahawa kesan penurunan kolesterol oat berkaitan dengan beta-glukannya. Kesannya kelihatan lebih ketara apabila dimakan dalam bentuk makanan berasaskan oat yang kaya beta-glukan yang tidak ditapis, dan berkurangan dengan ketara apabila beta-glukan digunakan sebagai bahan tambahan.(4)
Tambahan, oat juga adalah sumber vitamin E dan merupakan antioksidan yang melindungi sel daripada kerosakan oksidatif. Vitamin E telah dikaji secara meluas untuk potensi manfaat neurologinya. Namun, penyelidik mendapati bahawa penurunan tahap vitamin E dalam darah dikaitkan dengan prestasi ingatan yang lebih lemah. Malahan, penyelidikan telah mendapati bahawa tahap vitamin E cenderung lebih rendah di kalangan individu yang mempunyai penyakit Alzheimer.(5)
Walau bagaimanapun, walaupun terdapat banyak manfaat kesihatannya, terdapat beberapa perkara yang perlu diingat jika anda ingin mengamalkan oat buat pertama kalinya. Oat mengandungi serat larut yang tinggi, yang baik untuk penghadaman namun oat juga boleh menyebabkan kembung perut, peningkatan gas dan kekejangan perut bagi sesetengah orang. Seperti makanan kaya serat yang lain, ini lebih berkemungkinan berlaku jika anda tidak biasa mengambil diet tinggi serat.(5)
Tahukan anda oat mengandungi phytates. Phytates merupakan sebatian yang terdapat dalam beberapa makanan tumbuhan seperti oat dan kekacang. Phytates dilaporkan boleh menghalang penyerapan mineral seperti zat besi dan kalsium. Berita baiknya ialah kebanyakan phytate dalam oat terdapat di badan luarnya. (6) Semua produk oats yang dipasarkan termasuk rolled oats adalah diproses, maka kita tidak harus risau dengan kandungan phytates dalam oats.
Setiap individu adalah berbeza dan ada sekumpulan individu yang digalakkan untuk mengelak mengambil oat. Mereka ini boleh termasuk sesiapa sahaja yang tidak bertoleransi gluten atau yang menderita penyakit Celiac. Oat secara semula jadi bebas gluten dalam keadaan keseluruhannya yang tidak diproses, malangnya ia adalah bijirin berisiko tinggi untuk pencemaran silang dengan bijirin yang mengandungi gluten. (6)
1. Webster F. Oats: chemistry and technology: Academic Press; 2016.
2. Singh R, De S, Belkheir A. Avena sativa (Oat), a potential neutraceutical and therapeutic agent: an overview. Critical reviews in food science and nutrition. 2013;53(2):126-44.
3. Li X, Cai X, Ma X, Jing L, Gu J, Bao L, et al. Short-and long-term effects of wholegrain oat intake on weight management and glucolipid metabolism in overweight type-2 diabetics: a randomized control trial. Nutrients. 2016;8(9):549.
4. O’Neil CE, Nicklas TA, Fulgoni III VL, DiRienzo MA. Cooked oatmeal consumption is associated with better diet quality, better nutrient intakes, and reduced risk for central adiposity and obesity in children 2–18 years: NHANES 2001–2010. Food & Nutrition Research. 2015;59(1):26673.
5. Gómez-Pinilla F. Brain foods: the effects of nutrients on brain function. Nature reviews neuroscience. 2008;9(7):568-78.
6. Al Hasan SM, Hassan M, Saha S, Islam M, Billah M, Islam S. Dietary phytate intake inhibits the bioavailability of iron and calcium in the diets of pregnant women in rural Bangladesh: a cross-sectional study. BMC Nutrition. 2016;2:1-10.