Osteitis Pubis

Osteitis pubis juga dikenali sebagai pubic symphysis merupakan kesakitan (keradangan) di bahagian bawah perut atau pelvik. Ia adalah sakit yang agak biasa pada seorang atlet larian, pemain bola dan sebagainya. Ia juga boleh disebabkan:

• Mengandung atau melahirkan anak
• Pembedahan gynecologic
• Pembedahan urologic
• Aktiviti sukan
• Major trauma
• Minor trauma berulang

Osteitis Pubis

Dalam kes melibatkan orang awam, ia boleh jadi disebabkan:

• Bersenam di atas kawasan keras
• Bersenam di kawasan tidak rata
• Memulakan senaman setelah berehat lama
• Meningkatkan intensiti latihan sangat cepat
• Bersenam dengan kasut yang tidak sesuai
• Biomekanik pergerakan yang tidak betul
• Otot ketat di bahagian pinggul, groin dan punggung
• Perbezaan panjang kaki
• Pertambahan saiz otot secara mengejut, mungkin disebabkan terlalu banyak sit-upKursus Kecergasan 2024

Tanda-tandanya termasuk kehilangan kelenturan di bahagian groin. Boleh jadi juga kesakitan ketika rehat atau ketika berlari atau ketika berubah arah dalam pergerakan atau pergerakan bangun daripada duduk atau mungkin pergerakan keluar daripada kereta atau ketika baring sisi atau ketika naik tangga atau ketika bangun daripada katil.

Groin

Tiada rawatan khusus untuk osteitis pubis tapi anda boleh lakukan regangan pada otot-otot terlibat untuk kurangkan atau mencegah masalah ini. Ais mungkin melegakan sementara keradangan. Ada negara menggunakan kaedah prolotherapy atau regenerative injection therapy yang menggunakan glucose dan lidocaine untuk memaksa badan pulih dan menghasilkan tisu baru. Selain itu, kaedah biasa seperti pemberian nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) dan steroid. Ada juga kes-kes kritikal yang terpaksa dibedah. Kadar kejayaan pembedahan agak rendah yang mana mungkin akan mencetuskan masalah lain di pinggul pada masa hadapan.

Kecederaan ini, jika tidak dibetulkan, berkemungkinan mematikan kerjaya seorang atlet. Jika anda aktif sebagai atlet, keraplah buat rehab sebagai langkah pencegahan kepada apa-apa kecederaan. Jangan tunggu cedera dahulu.

Boleh sahkan kecederaan melalui ujian X-Ray
Boleh sahkan kecederaan melalui ujian X-Ray

Rujukan
http://emedicine.medscape.com/article/87420-overview
http://emedicine.medscape.com/article/87420-treatment

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

2 thoughts on “Osteitis Pubis

  1. salam dato’ ape syart nk jadi personal trainer kene ade diploma ke?

    1. at least sijil personal trainer. yg lain kira tambah nilai utk trainer. jom sertai kursus personal trainer. saya dah forward invitation ke email.

Leave a Reply to iwan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: