Otot Teras

Apa itu core? Asyik bercerita pasal core tetapi ada yang tidak faham maksudnya. Dalam anatomi, core atau teras merujuk kepada badan tanpa kaki dan tangan atau boleh didefinisikan sebagainya bahagian tengah badan. Kebanyakan pergerakan bergantung kepada otot teras. Jika otot teras kuat, maka kuatlah anda.

Kursus Kecergasan 2024Bahagian teras yang utama adalah perut dan pinggang. Otot utama termasuk bahagian pelvic, transversus abdominis, multifidus, internal dan external obliques, rectus abdominis, erector spinae (sacrospinalis), longissimus thoracis dan diaphragm. Otot teras minor termasuk lattisimus dorsi, gluteus maximus dan trapezius.

Fungsi otot teras adalah untuk menstabilkan toraks dan pelvis semasa pergerakan dinamik dan ia juga memberi tekanan untuk membantu penyingkiran bahan-bahan buangan.

Boleh dikatakan kesemua jenis latihan menggunakan otot teras termasuk squat, bench press, deadlift dan sebagainya. Begitu juga dengan sukan. Kekuatan otot teras sangat penting dalam kebanyakan pergerakan kita. Apa yang melemahkan otot teras ini? Antaranya seperti memakai tali pinggang ketika bersenam. Pemakaian tali pinggang sepatutnya jika berlatih terlalu berat dan bukannya daripada awal latihan. Tekanan intra-muscular bukan lagi pada perut tetapi pada tali pinggang.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

22 thoughts on “Otot Teras

  1. yeke ?hmmm sy ari2 siap buasir sbb men hardcore n tak pakai tali pinggang

  2. yeke ?hmmm sy ari2 siap buasir sbb men hardcore n tak pakai tali pinggang huhu

    1. buasir sbb meneran dan tak guna otot yg sepatutnya. pressure tu lebih pada punggung. contoh squat, pressure patut lebih pada kaki.

  3. sy nih baru dekat sbulan workout dekat gym…nak kata ada perubahan dekat badan..tak lah nampak sangat…tp lepas workout tuh ada la rasa otot mengembang..lepas tuh jadik biasa balik je…takut takde effect plak…dulu ada jugak sakit2 badan kalau workout..skarang dah tak rasa apa2 dah…normal ke tuh???..lagi 1….sy biasa main dambell 10kg je kalau nak main bicep..tp bila sy cuba nak tambah lagi berat kepada 12-15 kg…sy rasa tulang dekat forearm sy sakit dan ngilu sikit…apakah itu perkara biasa bagi orang yang cuba nak tambah beban or stop kan dan mantainkan pada beban yang sy selesa dengannya???

    1. kembang time training tu bukan kembang otot lg. otot amik masa utk kembang. bdn adapt jd rasa sakit tu kurang. tp seeloknya cuba cari jln utk rasa, kemungkinan dah adapt ngan berat tu. sakit dah ngilu tu mungkin ada 2 sebab. 1 sbb nak langgar limit, 1 lg sbb injury. rasanya sbb x pernah buat, jd terasa agak sukar. apa kata pakai ke barbell atau EZ Curl

      1. sy rasa mungkin sebab sy dah langgar limit..kadang2 kan sy cuba buat 1 set 12 reps je ntuk bicep n beban dalam 12 kg…sy mula rasa ngilu..so, bila jadi macam nih??..perlu push lagi or stop??..sy ada tanya kawan sy jugak…dia kata kalau nak build up muscle, kene workout guna beban yang berat2 dlm bilangan reps yang sikit…kalau nak mantain muscle workout beban yang ringan dalam bilangan reps yang banyak…so, sebab sy nak build up muscle, sy tambahkan beban yang kadang2 sy sendiri pon mungkin 50% je boleh buat..itu pon kalau ada bantuan….betol ke cara nih???

        1. tambah dlm range boleh buat, 8-12 kali. jgn tambah sampai x boleh angkat. jika x boleh guna dumbbell, guna ez curl dulu

    2. sabar bro. baruu sebulan. sekejap sangat dah nak hasil mana boleh. check training dengan pemakanan tu dulu. muscle2 minor dengah develop lagi. tu lagi bagus start dengan compound exercise.

      mohon dato perbetulkan kalau saya salah. tq

    3. saya pun hadapi masalah ni.. tp sy rasa sbb dumbbell bar tu besar sgt la.. sbb kt gym sy leh angkat 10kg ja.. tp kalo guna dumbbell kt umah leh angkat smpai 15kg.. siap buat 10×10 lg tanpa masalah.. smpai skrg bicep adalah otot paling lemah sy.. sbb malas main kt umah.. main kt gym setakat nk bg rasa sakit kt forearm ngan tendon area pelipat tu blh la..

  4. So,mcm mn nk kuatkn otot teras e dato’?

    1. senaman2 perut dan pinggang cam plank, good morning dan sebagainya

  5. core dan otot lower back kena semuanya tak semestinya core yang kuat otot lower back kena,mcm bicep dan tricep

      1. Bahasa org asli maybe dato..hehe =D

  6. kecederaan lower back blh pulih dgn sendirinya ka dato? sbb sy dh sebulan lbh masih sakit lg ni.. tak tau bila silapnya.. buat barbell curl pun kena pakai belt.. kalo tidak leh angkat 2,3 kali ja.. pastu terpaksa stop.. sakit pinggang..

      1. sakit kt pinggang tapi sebelah kanan sahaja.. bukan tengah atau kiri.. kalo camtu berkaitan otot atau tulang?

  7. APA ITU OTOT TERAS?
    JENIS OTOT TERAS?
    15 SENAMAN OTOT TERAS?

  8. APA ITU OTOT TERAS?
    JENIS OTOT TERAS?
    15 SENAMAN OTOT TERAS?
    -JAWAB SECEPAT MUNGKIN-

    1. dah jawab dlm entri di atas
      senaman
      plank, hanging leg raise, sit-up, crunches, reverse crunch, v hold

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: