Otot
Otot dibahagikan kepada tiga, iaitu otot rangka, otot kardiak, dan otot licin. Pergerakan otot rangka boleh dikawal manakala pergerakan otot kardiak dan otot licin tidak boleh dikawal. Contoh otot kardiak adalah jantung. Jantung berdenyut sendiri, kita tidak boleh kawal hari ini nak perlahan sikit, esok laju sikit. Manakala contoh otot licin seperti esofagus dimana pergerakan peristalsis tidak boleh dikawal. Kita tidak boleh menghentikan sekejap makanan di kerongkong dengan harapan untuk makan malam.
Otot secara majoritinya dikuasai oleh pengoksidaan lemak dan karbohidrat tetapi tenaga anaerobik juga digunakan lebih-lebih lagi fast twitch fiber. Tindak balas kimia menghasilkan Adenosine Triphosphate (ATP), molekul yang digunakan pakai unuk pergerakan myosin.
Otot Rangka
Otot rangka dibahagi kepada beberapa jenis:
Jenis I: Lambat oksidatif, slow twitch, sel darah merah padat dengan pembuluh darah, kapilari dan kaya dengan mitokondria dan mioglobin. Ia boleh membawa lebih banyak oksigen dan bertahan dalam aktiviti aerobik.
Jenis II: Fast twitch muscle. Dibahagi secara umumnya kepada 2 dan ada sesetengah kajian membahagikan kepada 3
Jenis IIa: Kaya dengan mitokondria dan kapilari darah.
Jenis IIb: Jenis anaerobik, glikolitik, berwarna putih. Cenderung untuk membina otot.
Jenis IIx: Merupakan otot terpantas dalam badan manusia. Ia dapat kontrak lebih cepat dengan jumlah tenaga yang lebih besar dari oksidatif otot, namun dapat pertahankannya untuk tempoh yang singkat sahaja. Ada sesetengah buku hanya membahagikan jenis II kepada dua dan jenis IIx termasuk sekali dalam jenis IIb.
dasyat tul prempuan tu
bila nak jd camtu?:p
isisisssss byk nak guna sastanon tu
sapa? prempuan tu? :D. xtau la dia guna apa
sy nak mcm perempuan tu tp syg lemak hanya berkumpul di pinggang,perut ke bwh…what should i do dato’?
kena train. kena squat utk punggun yg lawa. kena train part mana yg diingini.
good essay
thank you for share this for me
thank you for share this for me