Pengadil Tidak Puas Hati Dengan Peserta

Antara wakil daripada Team ZK

Pengadil tak puas hati dengan peserta? Mesti ramai pelik, apa kes? Biasanya peserta tidak puas hati dengan pengadil.

Peserta Badang 1 Malaysia

Kursus Kecergasan 2024Terlebih dahulu, Pertandingan Badang 1 Malaysia baru sahaja selesai tadi. Sekitar 80 orang mengambil bahagian. Saya sendiri masuk. Saya tak mendapat tempat kerana tidak lepas buat 2 rutin. Rutin pertama berjaya, flip tayar sejauh 20 meter. Bila masuk rutin kedua, berlaku masalah teknikal, kasut tertanggal bila tarik pajero. Salah diri sendiri juga kerana tidak mengikat tali kasut dengan betul.

Selepas rutin kedua, berlaku satu pergaduhan sedikit dengan pengadil AHB. Sebenarnya, kalau ikutkan memang dah lama rasanya AHB cuba cari pasal dengan saya. Bila sampai pagi itu, tiada pula nampak dia cari pasal dengan saya. Mungkin takut sebab keseorangan, tetapi apabila Abang Man tiba, dia menggunakannya untuk menghentam saya. Isu dibangkitkan, apa lagi kalau bukan isu Mr World pasar malam.

Kalau tanya saya, isu dengan AHB ini mungkin dah agak lama. Saya pun dah tak berapa ingat sebenarnya. Mungkin berpunca apabila cerita dia kaki botol, kaki perempuan terbongkar dan kemudian datang pula seorang yang mungkin isteri keduanya yang tiba-tiba bertanyakan soalan pasal dia. Terus terang saya cakap, saya tak tahu cerita pun. Tiba-tiba keluar cerita pasal kahwin dua senyap-senyap, cerita dia kemalangan yang membawa kecacatan kerana mabuk dan sebagainya.

Nak dijadikan cerita, kerana tak puas hati dan panas hati, AHB menendang saya disitu. Saya tengah mood bertanding ketika itu, jadi tumpuan lebih pada pertandingan. Profesional lah sedikit dalam buat kerja. Sepatutnya jika tidak puas hati dengan saya, jumpalah selepas pertandingan. Apa salahnya? Saya menghormati penganjur, Tuan Syed Mashor. Minta maaf jika terjadi kekecohan tadi.

Kemudian timbul pula isu, pertandingan itu merupakan anjuran Persekutuan Bina Badan Malaysia. disebabkan saya pernah mempersoal Dato Gan, dia tak puas hati saya masuk pertandingan anjuran Persekutuan Bina Badan Malaysia. Betul ke? Kepada yang berada di sana, atau menyertai tadi, ada nampak tak di mana-mana logo Persekutuan Bina Badan Malaysia? Ada tulis di mana-mana tak Persekutuan Bina Badan Malaysia sebagai penganjur? Di borang tertulis Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, begitu juga di banting. Saya tak nampak satu pun nama Persekutuan Bina Badan Malaysia, kecuali nampak mereka membantu di sana, sebagai urusetia, pengadil. Saya minta maaf jika salah. Tapi saya memang tak nampak.

Disebabkan kes itu, saya dah hilang mood untuk teruskan. Tetapi masih juga teruskan dengan rutin akhir. Deadlift Kenari. Cuma mampu buat sikit. Apa-apa pun, tahniah pada yang menang. Tahniah juga pada sebuah gym yang mampu menghantar sehingga 20 peserta. Terkejut juga dengar jumlah peserta yang ramai. Saya tak pasti siapa yang menang kerana tidak menunggu sehingga habis, tetapi salah seorang daripada Team ZK mendapat tempat ke 4, Amran.

Nota: Apa pun, saya bersetuju dengan kata-kata kawan saya. AHB mungkin tak puas hati sebab dia pendek.

Antara wakil daripada Team ZK

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

66 thoughts on “Pengadil Tidak Puas Hati Dengan Peserta

  1. Pee Eazy Pee 'The Raptor' says:

    maaf biler perkara ni terjadi kami tengah lunch break , jika berlaku di depan mata kami, terus terang kami di pihak ZK tidak akan berdiam diri,silap2 mau bertempur jugak di gelanggang tadi dgn cara yg agak kurang professional jugak.diharap Dato bersabar,kerana pihak2 minority ni semua agak kekurangan modal utk dijadikan isu. Harap bersabar.aperpun tahniah secara peribadi kepada Amran ‘The Grimmlock’ walaupon berjaya menduduki tempat ke-4.

    1. itula, kes terjadi bila semua pergi makan plak tu. dgn isa dah ke kl uruskan project di sana. am ke tandas. ada la 2 org time tu. 2 tu pun agak blur sbb tak tau cerita kut. sapa yg menang?

      1. MASTER ZOBEL says:

        LEN KALI BGTAW BRO..BDK2 KECIK CM TU ROTAN JE..HAHAHAHA

        1. jobel.. kalau kita dh ada kt sana… seligi jer… tp aku rasa dengan mudah aku buat kunci 5.. pendek katakan

          1. kunci 5? semua hilang time tu, g makan la, apa la.

          2. Lanun Putih says:

            tu la, aku jauh di perantauan. klu tak aku sekeh2 je kepala pendek tu…..

        2. Lanun Putih says:

          budak2 zaman lama nie…. nak kena jentik telinga nie……

          1. Gua Budak Lanon Ijau says:

            sunatkan ajerrr

    2. Buff Dady says:

      Betul pie, aku sokong……

  2. Wah…Ada gak kecoh kat sn….
    Buat pe la gaduh2 Hal kecik…
    Papehal tahniah team zakikhan…

  3. xprofesional lgsg….isk…buat malu je

  4. langsung tak profesional

  5. halim tu dah lama x puas ati ngan ko ki, tiba2 jumpa plak. mana x angin org tua tu

    1. seperti kata AHB, dunia bina badan ni kecil. still akan jumpa. 😀

  6. tahniah kepada REVOLUTION GYM & FITNESS, kerana berjaya menghantar 15 0rang peserta kesemuanya tahun ini….tahniah kpd y berjaya & berani menyahut cabaran MR.BADANG…..

    1. aik, 15. miss information la ni. wan bgtau 20. apa2 pun, terbaik!!!

  7. MASTER ZOBEL says:

    BUDAK2 SEKARANG MEMANG MACAM TU,NAK SALAHKAN KELUARGA PUN TAK BOLEH..DAH TUA..KURANG UPAYA PULAK…HMMM..SAMPAI KE KAKI TU?….(LAWAK2..KONON TOUGH PADAHAL BESI JE)….APE2 PUN THANIAH PADA PESERTA FIRE GYM…YANG TERBAEK BRO..
    1:PERSOALAN……
    = ADA UBAT BAGI TINGGI & BAGI KAKI PANJANG TAK!!!!!!!!..HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA…SUKENYE AKU..LALALALALALALALALALALA

    1. Lanon Putih says:

      Ada, meh aku tampar muke die 10 kali. setiap 1 kali tamparan naik 1 mm. jenuh lak aku nak menampar muke die…. hahahahah

      1. Gua Budak Lanon Ijau says:

        jangan… kita punggi ajerrrr mau bertebaran besi2

  8. Hayun jer..gaduh2 mulut ni buat panas hati jer hehe

  9. Badang Malaysia says:

    Betul ke pemenang Badang 1Malaysia tu dari Singapura? sejak bila singapura kembali ke pangkuan Malaysia ni?

    1. hmm…isu ini. bila ditanya pada penganjur. kenapa tiba2 ubah syarat padahal terang2 syarat no 1

      2.1 Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

      penganjur menjawab, last minute buka penyertaan kepada luar kerana takut tiada peserta. tp tgk peserta cam ramai je. sepatutnya daripada awal, jika berniat buat open, buat open, tak perlu masuk dlm syarat. boleh dipertikaikan juga. jawapan kedua diterima pula, terlepas pandang. pelik juga kalau terlepas pandang kerana, dlm borang ada ruangan IC. hmm. apa kata penganjur?

      1. Shamsul Anuar Aliash says:

        bro, diorg promo pon cam taik..takde sape tau…….sbb tu buat ayat cam sial kata takut org tak masuk…itu kira baik dekat 80 org dtg……promo plak buat kalangan BB je….cuba advertise secara meluas…..kita kan ade internet…….marketing tak bagus…..

        pas2 nk attack perkara yg takde kaitan ngn Mr Badang…..cam budak2 tak dpt lolipop je gayanya mamat yg attack…dan agak bacul sbb attack ngn member kt bro yg sorang2…kalo brani ajak ramai2……kita patahkan kaki dia….hahahaha

        1. Lanon Putih says:

          mana bleh patah, keluar besi nanti…..

  10. dukacita dgn sukan bina badan ni..padahal market bina badan ni bukanla besar mana pn kalau d malaysia…yg pelik nya stiap kali menganjurkan pertandingan mesti ada saja yg plik2 dr penganjur cz nak menangkan pihak sebelah…b4 ni isu mr. malaysia pasal juara keseluruhan, lepas tu isu mr.world yg kat melaka tu…skrg ni isu org singapore yg mana syarat utama pnyertaan badang 1 malaysia adalah warga malaysia..slogan pn dah 1 malaysia..mestila utk org malaysia…kalau mcm ni politik yg d mainkan oleh pihak penganjur sampai bila pn sukan ini xkan ke mana…nati sibuk nak mempertahankan hak masing2 n rasa diri mreka yg menang…saya x memihak kepada sapa2 pn cuma inikah yg d namakan semangat kesukanan??? mana pergi smua smangat tu??? kalau nak sgt menang bli jea trofi n bawa pulang….bila dgr apa yg berlaku kat dato panas pn ada…anywhere bersabar je dato…

  11. Salam dato;

    lor, ape cite plak nie..dato dah traning elok2 tiba2 je jd mcm nie..dia nie sape duk wat kacau kat sana..KL GENGSTER ke..huhu.ataupun LAKI KEPADA BINI-BINIKU GENGSTER…hahahaha

  12. muscular-girl says:

    tahniah abg am, dpt no 4

  13. halim ni masih x insaf2. igt dah eksiden tu baik la sikit.

  14. Lanon Putih says:

    pijak je halim tu

  15. Badang Negara says:

    ini adalah isu fitnah, sesungguhnya pandangan sebelah pihak yang tidak adil ini patut dibincangkan dengan baik. Apakah pandangan AHB dengan isu ini kerana dia sendiri tidak bersuara. Isu sepak/ tendang tidak akan berlaku tanpa sebarang provokasi. Dan perlukah dilemparkan fitnah (andai kata ia benar pun) berkaitan isu peribada AHB? dengan publish article sebegini hanya mengundang isu permusuhan yang lebih parah antara individu, persatuan dan ahli-ahli. Beginalah, tidak perlu sebarang provokasi ya sahabat2 semua, AHB mungkin ada salah dia. tapi AHB dikenali dan disanjung dalam arena sukan bina badan. Cukuplah. saya percaya mungkin komen ini akan depadam oleh dato’ kerana berbau menyebelahi ABH. ingin ditegaskan tiada siapa saya menyokong dalam hal ini. Sedia menerima sebarang komen.
    Wasalam.

    1. jika ianya fitnah, sila buat laporan. terima kasih.
      hebat betul org disanjung sehingga dibuang daripada beberapa gym. kalau x silap, 2 gym kut baru2 ni sbelum sampai ke force fitness.:D. kenapa disingkirkan yer? sbb x berguna? atau sbb kes lain? :p

      1. sape AHB ni dato? saya teringin jugak nak join the club.

        1. Harimau malaya says:

          AHB–(ABDUL HARAM BUDU) lu pikir sendiri……..

          1. adui.. seyes la nak tahu ni :p

  16. Apabila komen, sila jangan guna ip address yang sama, tetapi nama berlainan. kut yer pun nak backup AHB, x perlu la reply guna 10 nama. gunakan nama sebenar. jgn malu2. adakah anda sendiri AHB? atau balacinya?

  17. fuh, entri ini telah dihitkan oleh AHB. teringat plak kisah, bila AHB kata org x baca page ni, tp cam dia sendiri yg top kan page ni. :p

  18. fattah FP says:

    x sempat mau bace…sian aku… 🙁

    1. pendek tu berusaha betul2 keras utk jd spammer. :D. pakai berpuluh nama ngan 1 ip address 203.121.83.149 .x ke sengal tu? 😀

      1. fattah FP says:

        sangat hebat…sangat bertenaga…

  19. fattah FP says:

    xde siaran ulangan ke..?? huhu

  20. Lanon Putih says:

    Dato, biar je die komen. nak tgk gak die komen ape? mana la tau, budak terencat nie ada ape2 yg die nak backup. Asyik kutuk die je. Kesian lak die… @pun Xpuas hati meh jumpa depan2. Kutuk2 cam nie Xbest. Klu ABH takut kena pijak bawak polis skali pn Xpe. Kita setel elok2. Tapi nak setel cemana. ABH dah hutang 1 sepak ngan dato la….. (pandai2 la pikir nak setel cemana)

    1. Lanon Ijau says:

      Lanun Putih.. aku setuju

  21. lawak la plak bila tgk AHB cuba guna cara baru. nak guna nama ZK plak. hahaha. x perlu la buat kerja sia2

    1. guna pelbagai nama dgn ip address 116.197.5.81 , saling membalas. rasa kena buat 1 entri special pasal AHB kut dgn gambar2 ip ni. 😀

    2. fattah FP says:

      plak da…i.p same la plak….ngak faham gue… 🙂

      1. haha. biasala, AHB nak tunjuk, konon ramai back-up dia. guna mcm2 nama, tp ip address yg sama je kluar. agaknya dia xtau apa tu ip address. AHB, adakah anda tahu, ip address tu apa?

        1. Lanon Ijau says:

          ZK org tua…. mane nak tau benda alah tu sume.tunggu time jer tue

  22. org kajang says:

    force gym!!!!……mcm ku kenal AHB ni……nak interview dialah pasal ZK nti….mesti panassssssssssssssss…………..kita bakor….kita bakor…….

    1. fattah FP says:

      sape yg nak kena bakor tu..??

  23. King Kong says:

    sapa x kenal halim budin tu, sana sini mengencing. time mr world ari tu, harapkan nama je jurulatih. tgk jurulatih lain tolong atlet2 sapu kaler, halim keje pegang kertas. apa pun x boleh, selagi org begini ada dlm mbbf, hancur bina badan malaysia. atlet nak bersuara x berani, kena angguk je la. lebih2 kang kena pulau

  24. hehehe… AHB ader kt FB..

  25. salam dato’

    ABH-ABDUL HALIM BIDIN KAN….semlam sy ada baca buku i sihat..dia ada bg cara senaman tp dia jurulatih apa dato…tmpt force gym..

  26. dulu penah dengar je cite AHB ni. pasal dia,ada yg dah sampai putus sedara. ingatkan cuma cerita, ternyata kebenaran tu satu masa akan dapat dilihat…

  27. rezam potai says:

    Pertandingan macam nie xpernah di iklan2kan dimana2 , saya tahu pun bila pertandingan dah habis bila kawan2 pos kat Facebook, klu x leh dtg tengok, selalu aja miss

    1. biasa la. nasib baik ada promosi percuma oleh beberapa pihak, termasuk di sini

Leave a Reply to MDN Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: